Wednesday 26 February 2014

Rantau Panjang kelantan


Pasar besar jualan barangan siam berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu, Kelantan. Dari Kota Bharu anda perlu melalui Pasir Mas sebelum sampai ke Rantau Panjang . Rantau Panjang ni bersempadan dengan Thailand. Pekan Rantau Panjang dihubungkan dengan Pekan Sungai Kolok yg terletak di Thailand  melalui Jambatan Harmoni yang merentasi Sungai Golok.

Rantau Panjang adalah destinasi membeli belah utama saya apabila berada di Kelantan. Saya suka membeli barang kat sini kerana banyak pilihan dan harganya pun berpatutan. Antara barangan yang selalu saya cari bila ke sini baju bajan, buah mangga, bakul anyam, bunga-bunga hiasan rumah dan periuk belanga. Kat sini juga banyak kedai yang jual barangan kawen. Macam dekat Nilai 3. Sapa nak kawin lepas ni xpayah dah pi Bandung beli barang pengantin hahaha..

Gambar yang saya ambil di bawah adalah gambar sebelum berlakunya kebakaran. Lebih kurang jam 1 pagi 7 Januari 2014, Pasar Besar Rantau Panjang yang menjadi tumpuan wajib bagi pelancong ke Kelantan telah terbakar. Dianggarkan lebih 150 buah kedai telah terbakar hangus tanpa dapat diselamatkan. 

Saya masih belum berpeluang  melawat ke Rantau Panjang selepas berlakunya kebakaran itu. Semoga harga barangan tidak menjadi terlalu mahal kerana dikenakan kadar sewa kedai baru. Almaklumla, sewa kedai baru mestilah lagi mahal sewanya berbanding dengan sewa  kedai papan ala koboi yang sempit dan tidak teratur.


 Saya suka buah mangga yang dah dikupas dicampur dengan asam yang menjilat jari di gerai ini. 

 Deretan kedai di Rantau Panjang

 Bakul-bakul anyaman

 Tempat letak kereta dan gerai ala koboi yang menjadi tumpuan utama saya

 Adik yang diberi pendedahan awal dalam dunia perniagaan

 Bangunan yang bakal siap dibina


 Bunga-bunga keluaran Siam

 Baju dalam Lelaki

 Gerai cendol kegemaran saya.

Bukit Batu  yang kelihatan dalam perjalanan balik melalui Dabong, Kelantan.

41 comments:

  1. zam sempat g sekali je thn 2012

    ReplyDelete
  2. Lum sampai lg kat Rantau Panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena datang sini SZ..menarik tempatnya..kalau kaki shopping, tempat ni memang heaven la hihi

      Delete
  3. sepanjang duk kelantan baru sekali saya sampai sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru sekali sampai sini?? sah sah FK ni bukan kaki shopping hehe. saya yang duduk Perak ni dah lebih 10x rasanya kesini. bukan beli apa pun kadang2 tu, saja jamu mata dengan barang2 nya yg unik yg xde kat tempat saya

      Delete
  4. dah pekena ais krim baba..? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali datang sini memang xtinggal mkn eskrem baba.. satu lagi yg saya suka sgt kalo datang sini minum cendol buah kabong..perghhhhh memang terbaik..saya rasa itu la cendol tersedap yang saya pernah minum..cukup rasa lemaknya, manis gula kabongnya

      Delete
    2. x sempat plak hari tu nk cari cendol kat sana.. hehe.. tapi dalam ais krim bab tu pun dah ada buah kabung kalau x silap..

      Delete
    3. Kalau datang lagi kena pekena cendol kat sini Pha Is..mmg sedap..dalam eskrem tu pun ada juga buah kabung tp xsesedap buah kabung cendol, fresh :D

      Delete
  5. Alaa, eza belum sampai sini lagi.. one day nanti, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. Dah lama saya tak ke sana.. kali terakhir pun dah 5 tahun lepas. Cantik gembar2 tu & suasana pekannya nampak bersih, kenderaan2nya nampak sungguh teratur... menarik...
    3x british council.. mmg nuff tngh sgt meriah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tu KK.. kena datang lagi ni. tempatnya walaupun macam pekan koboi tapi persekitarannya memang bersih..

      Thanks klik nuff..:D

      Delete
  7. Belum berpeluang menjejakkan kaki kesini lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la datang ke sini. menarik tempatnya. banyak barang2 yang kita jarang jumpa di Malaysia

      Delete
  8. Dah lama tak ke Rantau Panjang

    ReplyDelete
  9. dah lama aiza tak pergi ke rantau panjang ini.. last sekali pergi masa belajar dulu.. menabung inti... :D

    ReplyDelete
  10. dah sampai sekali ...jadilah ada tinggal jejak. ada rezeki boleh datang lagi

    ReplyDelete
  11. tiap2 kali balik kg mesti pergi rantau panjang.. sampai tak tahu nak buat apa pergi sana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiii untungla rumah dekat dgn rantau panjang..saya yg jauh ni teringin je nak pi sana selalu

      Delete
  12. Dah berbelas tahun tak ke sini. Mungkin banyak perubahannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi lama dah tu mie..lepas ni kena buat trip ke rantau panjang pulak ni..sblm terbakar xbanyak sgt perubahannya, lps terbakar ni xtau la pulak macam mana sbb saya xberpeluang lagi pi ke sana

      Delete
  13. jauh nye berjalan..banyak ke shopping abg din..?? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada shopping banyak nye MC.. Org rumah beli periuk belanga je..katanya murah berbanding kat perak

      Delete
  14. Belum prnah smpai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa ada rezeki boleh la datang ke sini Kathy.. Best, mcm2 ada

      Delete
  15. saya last pergi RP masa rombongan sekolah tahun 2000
    lepas tu tak penah sampai lagi
    banyak kali plan tapi tak juga lepas

    ni dah lepas kebakaran, diorang dah start meniaga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihh lama dah tu yana..dah 14 tahun xpi..lps ni kalau plan pergi lagi, kena bagi lepas..

      Lepas kebakaran saya xpasti pulak dah meniaga ke belum

      Delete
  16. ya x penah sampai ke rantau panjang...maklumlah asal uatara..kalau nak p ke blah timur memang payah sikit..
    wow menarik juga..rantau panjang ni...shoping pun best :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat utara pun ada juga tempat2 mcm ni kan,..sama je kot barang2 nya..sbb barang2 tu biasanya dari thailand

      Delete
  17. Kalau di Perlis, Wangkelian. Wah, belum berkesempatan ke Rantau Panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berkesempatan lagi pergi wangkelian..boleh la TI buat entry tntg wangkelian..boleh saya jadikan rujukan kalau nak kesana nnt

      Delete
  18. Ida pernah datang sekali kat sini... memang giler tengok tudung2 dan kain sutera

    ReplyDelete
  19. tuan memang pandai ambil gambar..profesional

    ReplyDelete
  20. saya orang kelantan, percaya atau tak, saya tak pernah sampai rantau panjang.

    ReplyDelete