Saturday 22 February 2014

Tasik Banding Perak

Keindahan alam yang begitu memukau mata


Kali ini pengembaraan saya adalah ke Pulau Banding atau Tasik Banding, Gerik. Tasik ini adalah tasik buatan manusia. Anda perlu menggunakan lebuh raya Timur Barat. Saya pasti akan melalui Pulau Banding atau pun Tasik Banding dalam perjalanan menuju ke Jeli Kelantan. Nasihat saya, sama ada anda dari Ipoh atau Pulau Pinang, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan penuh. Stesen minyak hanya ada di Gerik dan Pulau Banding sahaja. Stesen minyak yang berikut hanya di Jeli, Kelantan. 

Pemandangan sekitar Tasik Temenggor sangat memukau mata. Tasik Temenggor adalah empangan menjana kuasa eletrik haidro di Utara Perak yang siap di bina pada tahun 1974. Di bahagian tengah Tasik Temenggor ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Tasik Banding ini yang anda nampak dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli Kelantan apabila melalui Lebuh raya Timur Barat. Terdapat sebuah kem tentera di kawasan ini demi untuk menjadi keselamatan Empangan Temenggor. Di sini adalah tempat yang ideal untuk aktiviti memancing. Kaki-kaki pancing akan memburu  ikan seperti Toman, Sebarau,dan Kelah.  Banyak chalet dan resort terdapat di kawasan sekitar ini. Anda boleh melakukan akitiviti luar seperti berkelah, berkhemah dan jungle trekking. Tasik Banding menjadi terkenal dengan aset semasa yang utama iaitu Royal Belum. 















46 comments:

  1. masa naik moto kelantan-penang dulu, berenti kejap kat situ.. saja layan permandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viewnya mmg cantik..boleh lepaskan lelah penat2 jalan jauh

      Delete
    2. tu la..mmg cantik.. lagi satu tempat yg mesti berhenti bila lalu jalan tu, hentian puncak titiwangsa.. hehe

      Delete
    3. Hentian puncak titiwangsa dkt mana eh ?

      Delete
    4. Hentian puncak titiwangsa dkt mana eh ?

      Delete
    5. Dalam perjalanan ke Jeli kelantan selepas Grik Perak

      Delete
  2. oh tasik banding! lama dah tak singgah situ, dulu zaman study selalu singgah, sini banyak ikan toman, patin n beberapa jenis ikan tasik yg lain :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh banyak ikan tasik ye.,tapi kat tepi2 tu tak de pulak org jual, kalau ada boleh beli sekilo dua.. Ikan patin masak tempoyak nyummmmyyy

      Delete
  3. Ida pernah pergi sekali ikut ayah memancing masa kecik kat sini...seronok dan indah sekali...sukar untuk dibayangkan dgn kata2. Cuma satu saja yg terlintas difikiran ida ketika itu...kalau2 lah timbul naga kat situ hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kaki pancing rupanya ida ni ye :D..naga di tasik? Itu salah satu sebab wife saya takut mandi di tasik..dia kata takut ada ular atau naga besar dlm tu hahahaha

      Delete
  4. perasaan rindu masih menebal utk kembali lagi kesini, tapi apa kan daya, masa terlalu mencumburui ku..cewahh.. mcm baca sajak pulak, sori ye abg din, teman dah lama tak kemari, insyallah satu hari nnt sy akan kembali merempit ke royal belum mencari pelbagai spesis ikan idaman kaki pancing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh kaki pancing juga MC ni..saya pun minat tgk ikan fresh2 keluar dari laut/ tasik tapiiiiiiiii kesabaran menunggu tu xde hahaha..try la pi

      Delete
  5. Tahun lepas gi kursus kat Tasik Banding. Memang best. Rasa nak gi lagi tahun ni.

    ReplyDelete
  6. memang terpukau pandangan betul ni.. sangat cantik, tenang je rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangannya mmg subhanallah..airnya warna hijau dan biru

      Delete
  7. Aduh bestnya ... lama dah tak mengail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga kaki pancing kat sini hehe..blh la pi sana chegu zam, saya tgk ada bot2 utk disewa utk kaki pancing

      Delete
  8. Replies
    1. Tak de banyak sgt tempat saya dah pi.. Kadang2 tu pi satu tempat je tujuannya, tapi menyinggah banyak tempat, itu yg nampak byk tempat pergi hihi

      Delete
  9. Replies
    1. Ohh dah dekat kampung aiza? Kampung kat mana? Kalau tau blh saya dgn wife singgah mkn patin tempoyak rumah aiza hahaha gurau je

      Delete
  10. Menarik tempat ni.. gambar2nya pun cantik2.. in shaa Allah, ada kelapangan nak juga ke sana.. thanks sharing ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah tasik ni mmg cantik., tenang je memandangnya..kalau khir ada kelapangan, mesti tinggal jejak kat sana

      Delete
  11. cantiknya ciptaan Allah itukan..:DDD

    ReplyDelete
  12. cantik pemandangan dia, ni kalau memancing best ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat memancing ke yana yani..boleh la sewa bot utk memancing kalau ke sana

      Delete
  13. Semoga keindahan semulajadi ini kekal terpelihara

    ReplyDelete
  14. subhanallah. cantik view tepi tasik tu. beznye...
    teringi nak naik perahu tu. main kayuh-kayuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau yumida sampai kat sini boleh la try main kayuh-kayuh perahu tu :D

      Delete
  15. Idah tak pernah smpi ke sini lagii... Selain dari memancing aktiviti apa lagi yg ada ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sewa house boat kat sana, boleh junggle trekking mcm2 lagi..try la pi sana acik idah, best..

      Delete
  16. mselim3 pun tak pernah gi lagi tpt nie... tp tpt nie menarik tenang dan damai aje..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah tasik ni kalau pi masa stress mmg blh hilang semua stress tu..try la datang sini mselim3

      Delete
  17. Kat sini pn nampk best jer.. tenang jer..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat2 pelancongan kat negara kita tak kalah dengan tempat2 di obersi MS..sempena tahun melawat Malaysia ni mari la kita beramai2 melancong dlm negara :D

      Delete
  18. Tak ramai yang suka pergi ke tempat begini. Tapi itu tidak bermakna tempat begini tidak menarik.

    ReplyDelete
  19. Macam tak pernah sampai ke sini.. Belum ada kesempatan..

    ReplyDelete
  20. Confuse jap.. royal belom tuh tasik banding ke? Atau ia adlh dua tmpt yg bebeza?
    Dannnnn.. tasik banding tuh dlm kawasan empangan temenggor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Royal belum dan tasik banding dua tempat yg berbeza. Deme berjiran..tasik banding itu terletak dalam kawasan empangan temenggor..

      Delete
  21. Baru tahu Tasik Banding tu merupakan sebuah pulau. Pulau Banding. Ingatkan tasik yang berbeza dari Tasik Temenggor ! Haha. Info yang menarik !

    ReplyDelete
  22. IM pernah pergi sini. Nampak link ni, terus buka. Rindu Tasik Banding mungkin. Kalau stay kat resort/chalet boleh buat banyak aktiviti. Bessttt.

    ReplyDelete