Wednesday, 17 August 2016

Air Terjun Strata Part 1, Behrang Ulu.

Cara-cara untuk ke Air Terjun Strata ,Behrang Ulu.


Teman telah berkesempatan ke sana pada 14 hb Ogos,2016. Sesuatu tempat yang asli,belum tercemar lagi dan trek yang bersimpang siur. Lokasi trek adalah di Behrang Ulu, Perak di kaki Gunung Behrang. Tempat ini sangat sesuai untuk Jungle Trekking dan banyak punca air. Aliran Sungai adalah Sungai Sekiah. 

Sekiranya anda dari Utara Semenanjung Malaysia, anda perlu exist ke Tol Behrang, menuju ke laluan Bandar Proton City dan terus mencari INSTUN dan Diamond Creek adalah pintu masuk ke Air Terjun Strata. Anda perlu minta izin dari Pak Guard yang menjaga pintu masuk ke Daimond Creeks. Selepas dua roundabout dari rumah Pak Guard, hiking anda akan bermula dari situ.

Sekiranya anda dari arah Kuala Lumpur, anda perlu perlu exist Tol Tanjung Malim, menuju ke laluan Bandar Proton City dan terus mencari INSTUN dan Diamond Creek adalah pintu masuk ke Air Terjun Strata. Anda perlu minta izin dari Pak Guard yang menjaga pintu masuk ke Daimond Creek. Selepas dua roundabout dari rumah Pak Guard, hiking anda akan bermula dari situ. Sekiranya anda ada masa, jangan lupa singgah sebentar di Pekan Tanjong Malim. 

Ikutilah jejak-jejak kami mencari Air Terjun Strata, Behrang Ulu. Tidak ada sebarang tanda laluan jalan, cuma anda perlu redah dan cari jalan seperti yang ditunjukkan teman. Teman pun pertama kali ke sini, dan yang biasa dengan jalan ini adalah Faiz Aziz dan Nabil Fahmi Toha. Insyallah, teman akan ke sana lagi, main redah dan ingat beberapa tanda yang boleh dijadikan panduan kelak. Kami pergi ke sana berlapan. 

Fawwaz Mahmud, Nabil Fahmi Toha, Murshid Zaidi, Wesmorland banding, Faiz Aziz, Kaki Travel Khairuddin dan Cikgu Syaa. Farizul Athir tidak ada dalam gambar.

Diamond Creeks,nama tempat diberi. Anda perlu meminta izin daripada pengawal keselamatan terlebih dahulu.

Diamond Creeks, tanda di bulatan yang pertama. Anda perlu jalan terus, jalan jam 12 sebelum sampai ke bulatan yang kedua. Letak kereta anda di bulatan yang kedua, kerana situ adalah jalan mati.

Selepas bulatan yang kedua, cari jalan masuk seperti dalam gambar, Bulatan kedua  adalah jalan mati. Jalan masuk ada di tepi bulatan itu sahaja. Anda akan melalui kebun kelapa Sawit.   

Jalan terus sehingga jumpa dua simpang bersiur, ambil yang kanan sahaja.

Selepas itu anda akan berjumpa dengan dua simpang yang bercabang, anda perlu ambil yang kanan dan teruskan perjalanan.

Teruskan perjalanan sehingga anda jumpa jambatan kayu. Jambatan kayu adalah tanda anda berada di trek yang betul. 

Tanda yang kedua anda mesti jumpa pondok rumah seperti dalam gambar di atas.

Tanda yang ketiga anda mesti melalui kawasan pokok buluh seperti dalam gambar.

Tanda yang keempat adalah anda mesti jumpa papan tanda Hutan Simpan Kekal Behrang. 

Kami telah sampai ke Jeram yang pertama, Sungai Sekiah. Ada orang camping di sini. Boleh berkhemah di sini. Di sini adalah punca air pertama yang kami jumpa.

Jeram Sungai Sekiah, boleh mandi manda dan berkhemah di sini.

Begitu indahnya jeram Sungai Sekiah, berdekatan dengan Tanjung Malim. Teman akan sambung lagi dalam usaha menjejak Air Terjun Strata dalam bahagian kedua. Teman adalah pemburu air terjun. Perjalanan memburu Air Terjun Strata mengambil masa lebih kurang satu setengah jam dari bulatan kedua Diamond Creeks. 


21 comments:

  1. TREK YG DILALUI NAMPAK SUKAR JUGA NK CARI TU...TAPI CANTIK SGT TEMPAT TU...

    ReplyDelete
  2. Dah lama duduk dekat Behrang, tapi tak pernah tahu tentang kewujudan air terjun ini. Kena try nanti nie.

    ReplyDelete
  3. Wah best en Din... jarang orang tahu tempat ini...

    ReplyDelete
  4. Perghhhhhhh hebatnya penjelajahan mencari air terjun Sungai Sekiah...terbuntang mata tgk team pi ramai2...jauh juga perjalanan tu ye...tp mmg cantik...jarang di sentuh oleh manusia lain air terjun ni...indahnya!

    ReplyDelete
  5. rs mcm jauh je berjalan tp pastu pasti berbaloi

    ReplyDelete
  6. bestnya...teringat masa masih di bangku sekolah rendah selalu ikut rakan muda hiking nak jumpa air terjun yang cantik dan bersih di pulau pinang

    ReplyDelete
  7. Klu bkn kaki jungle tracking mmg x jumpa LA tpt mcm ni ...

    ReplyDelete
  8. Bilalah dpt pergi ke sini... klu ada geng satu group seronok ni...

    ReplyDelete
  9. macam jauh sangat nak berjalan kaki ni hihi tapi bagus..boleh keluarkan peluh :)

    ReplyDelete
  10. Fuyooo jalan kaki gitu..jauh jugak tu

    ReplyDelete
  11. Best nyer ... Kenderaan mmg tak lepas masuk eak ?

    ReplyDelete
  12. Adventure..siap masuk ldg kelapa sawit.

    ReplyDelete
  13. wah rame" main aer seru ya pak kim mantap dah....

    ReplyDelete