Saturday, 6 August 2016

Program Pendakian "Laluan Warisan Jejak Mat Kilau"

Hiking merentasi Banjaran Titiwangsa. Program Jejak Mat Kilau. 6 hingga 7 Ogos, 2016. ( Dari Ulu Slim, Perak ke Raub, Pahang)

Doa kami selamat pergi dan pulang. Doa agar kami dalam kesejahteraan dan kerahmatan Allah SWT.
Anjuran UPSI Staff Adventure Club (U-STAC) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Tourism 1MYC.

Lakaran Kasar Perjalanan dari Ulu Slim, Perak ke Raub, Pahang. 
kredit : Abd Ghani Mansor


6hb Ogos 2016 adalah tarikh sejarah kelab kami dalam perjelajahan dari Ulu Slim, Perak ke Raub, Pahang. Kami berkumpul di UPSI di antara jam 6.00 - 6.30 pagi. Kami dijangka tiba di Ulu Slim, Perak jam 7.30 pagi. Kami akan bergerak ke Pos Tenau jam 8.00 pagi. Perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira  2 jam dengan bermotor.  Motor ditinggalkan di Pos Tenau dan akan diambil semula pada 8hb Ogos nanti. Kami berehat di sini dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kami akan mula trekking dengan berjalan kaki sejauh 10 KM ke Pos Labu bermula  jam 11.00 pagi. Kami di jangka tiba ke Pos Labu jam 3.00 petang. Jam 3.30 petang kami akan menggunakan 4WD untuk ke Pos Singrup sejauh 10 KM. Kami akan bergerak dengan menggunakan coaster sejauh 70 km ke Pos Buntu. Kami akan sampai ke Pos Buntu kira-kira jam 6.30 petang.  Kami akan bermalam di Pos Buntu menunggu keesokan harinya.

Pada 7 hb Ogos,2016, kira-kira jam 8.30 pagi kami akan bergerak dari Pos Buntu ke Kem Sangka. Kami akan hiking sejauh 15 km dan dijangka tiba jam kira-kira 11.30 pagi. Lebih kurang jam 1.30 tengah hari akan meneruskan perjalanan ke Pos Bersih. Kami berharap dapat sampai ke Pos Bersih sebelum mentari terbenam dan bergerak pulang ke UPSI dengan bas. Amin. Allahuakbar.

Buat pengetahuan sahabat blogger kalian, Presiden UPSI Staff Adventure Club (U-STAC) adalah Saudara Abd.Ghani Mansor. Setiausaha adalah Pn. Marina Awang Ahmad. Untuk Program Pendakian "Laluan Warisan Jejak Mat Kilau" Pengarah Projek adalah Drs Izani Mat II dan Penolong Pengarah Projek adalah Dr Mazura Mastura Muhammad. Projek banyak dibantu oleh rakan-rakan pendaki yang lain. Kami bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap. Tahniah semua. Selamat berjaya dunia akhirat.
      

12 comments:

  1. semoga selamat semuanya..balik nanti share eh

    ReplyDelete
  2. Semoga selamat semuanya...mencabar..naik motor, berjalan kaki, naik 4WD, naik coaster..kena betul2 fit..fizikal and mental..

    ReplyDelete
  3. Fuh ...letih bila baca artikel ni. Mcm berjalan tak de henti. Ekekeke..maaf, sayq bergurau je saudara blogger. Apa apa pn..mmg terbaik

    ReplyDelete
  4. menarik sejarah ni sebenarnya kan

    ReplyDelete
  5. Pengalaman yg menarik dan amat bermakna ni... seronok juga... terbaik tuan MKL!!

    ReplyDelete
  6. nampak macam jauh ja...perlu ada stamina yang baik ni

    ReplyDelete
  7. jangan lupa kongsi di sini ya..boleh tengok keindahan alam

    ReplyDelete
  8. Ada lg tak program mcm ni?klu ada mcm mana nak joint...sapa2 yg ada info blh hubungi kat smz760516@gmail.com

    ReplyDelete