Tuesday, 30 August 2016

Pantai Bagan Pinang, Port Dickson

Batu 3, Jalan Pantai. Kampung Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Teman bersama dengan kembar, Naim dan Naimah telah berkesempatan melawat Pantai Bagan Pinang. Pantai ini adalah antara pantai yang cantik di Port Dickson. Banyak kegiatan yang boleh dilakukan di sini seperti berlari anak-anak, mandi manda, memancing ikan, bermain dengan pasir pantai, berkelah, bermain jet ski, sewa bot untuk bersiar-siar di lautan lepas dan bermain layang-layang. Terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak yang berdekatan. Selain itu, terdapat gerai-gerai jualan makanan, wakaf-wakaf, restaurant, Masjid Kariah Bagan Pinang, tandas awam, kemudahan tempat letak kereta, dan kedai-kedai jualan pun banyak bersepah di kiri kanan jalan utama. Apabila air surut, anda boleh menjelajah Pulau Bagan Pinang yang kaya dengan flora dan fauna. 

Sekiranya anda berkesempatan ke Port Dickson, jangan lupa singgah di Pantai Bagan Pinang termasuk melawat Pulau Bagan Pinang.  


Naim, Ular Mainan dan Pantai Bagan Pinang 

Anda boleh bermain di gigi pantai sambil menikmati tiupan bayu pantai. 

 Memancing adalah antara kegiatan utama di sini. 

 Terdapat paya bakau dengan bot yang boleh di sewa untuk melawat sekitar pantai dan pulau-pulau di Port Dickson

 Pantai yang sesuai untuk mandi manda dengan Marina Resort sebagai latar.

 Begitu indahnya pemandangan Pantai Bagan Pinang.

 Terdapat kemudahan untuk pejalan kaki di sini. Tempat yang sesuai untuk berlari-lari anak.

 Anda boleh bermain jet ski di sepanjang pantai.

 Bot-bot nelayan ditambatkan di sini.

 Anda boleh berkelah di sini.

 Kelihatan Pulau Bagan Pinang nun jauh di sana. Anda boleh berjalan-jalan di pulau itu semasa air tengah surut. Banyak flora dan fauna yang menarik boleh anda ketemu di sana.

Ada taman permainan kanak-kanak di sini. 

21 comments:

  1. 3tahun saya dok PD tapi takpernah pi mandi laut. Hehe..

    ReplyDelete
  2. CANTIKNYA PANTAI NI N SIKEMBAR NMPAK KAN MAIN SUKA BERKELAH DI SINI...

    ReplyDelete
  3. Jauh tak dari teluk kemang tak?
    Boleh g mandi laut tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai Bagan Pinang terletak di Batu 3, Jalan Pantai.
      Pantai Teluk Kemang terletak di Batu 7, Jalan Pantai.
      Jarak antara satu sama lain adalah kira-kira 4 batu sahaja.
      Pnatai Bagan Pinang sangat sesuai untuk mandi manda.Teman suka mandi manda di sini semasa kecil-kecil dulu.

      Delete
  4. Selalu kalau ke PD pergi Blue lagoon je, next time boleh p sini pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai Bagan Pinang tidak kurang menarik juga berbanding dengan Pantai Blue Lagoon atau Pantai Tanjong Biru.

      Delete
  5. owh , saya dah sampai di tempat ini cuma masa tu belum ada blog . x dpt nak abadikan kenangan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa boleh berkunjung ke sini lagi dan mengabadikan kenangan dalam blog anda.

      Delete
  6. dah lama tak ke PD. menarik pantainya..

    ReplyDelete
  7. saya belum sampai ke sini bro MKL...

    mudah-mudahan satu hari nanti sampai ke sini

    ReplyDelete
  8. ada tempat penginapan yang berpatutan dan selesa tak berdekatan area ni?

    ReplyDelete
  9. lepak tepi pantai. dengar suara ombak memukul pantai, angin menyapa pohon-pohon fuhhh nikmattt

    ReplyDelete
  10. pernah singgah sini.. lama dulu.. dengan mak ayah..
    lama sangat dah tak meronda area PD.. hehe mungkin boleh plan lagi..

    ReplyDelete
  11. Indahnya panorama alam kat sana..Subahanallah pujian ke atasmu Allah

    ReplyDelete
  12. Moga persahabatan maya lebih akrab ya..semoga keluarga KL sentiasa ceria..amiin

    ReplyDelete
  13. semoga kebersihan dan keindahan pantai ni akan sentiasa terpelihara

    ReplyDelete
  14. lama dah tak ke pd. moga ada rezeki bawa anak2 di pd nanti

    ReplyDelete
  15. belum pernah ke port dickson, ternyata bagus juga disana ya

    ReplyDelete