Friday, 19 August 2016

Air Terjun Strata Part 2, Behrang Ulu

Cara-cara untuk ke Air Terjun Strata ,Behrang Ulu.


Bahagian ini merupakan sambungan dari bahagian 1 seperti link berikut :




Dalam bahagian 1, teman telah bercerita akan cara-cara ke Air Terjun Strata, Behrang Ulu. Cerita teman  berhenti di sini. Kita sambung dari sini. Sekarang kita telah berada di kawasan Hutan Simpan Kekal Behrang.

Dari hutan simpan Behrang, terus jalan ikut anak Sungai Sekiah menentang arus sungai. Atau pun ada denai-denai hutan sampai ke atas, sampai jumpa kawasan hutan yang telah diterangkan. 
  
Berjalan kaki je sampai ke atas kawasan balak-balak besar merentang sungai. Sebahagian besar kawasan hutan itu telah pun dibersihkan.

Dari sini, anda boleh naik ke atas bukit yang telah diterangkan, ada jalan untuk ke Air Terjun Strata.

Anda terus naik ke atas bukit, sehingga jumpa satu simpang di sebelah kanan anda.

Anda terus berjalan sehingga jumpa simpang di sebelah kanan. Nampak jelas, kan simpang di sebelah kanan yang telah diterangkan.


Anda terus masuk ke dalam hutan untuk ke Air Terjun Strata. 

Anda perlu melintas Sungai Sekiah dengan batu-batu besar sebelum masuk ke dalam denai-denai hutan untuk ke Air Terjun Strata.
  
Semasa melintas sungai itu, di kejauhan kelihatan sebuah jeram lagi. 

Banyak benar meredah denai-denai hutan dan meredah anak sungai. Ini kerana tidak ada trek yang bertanda.

Petanda yang penting di sini, anda mesti melalui batu gajah seperti dalam gambar. Itu tandanya anda telah menghampiri Air Terjun Strata.

Ini adalah wajah Air Terjun Strata. Tahniah anda, telah menjumpai air terjun yang tersembunyi selama ini, teman baru jumpa walaupun telah bermastautin di sini selama 16 tahun. The Hidden Treasure of Tanjong Malim. Air Terjun Strata di Kaki Gunung Behrang. 

28 comments:

  1. Wow...cantiknya pemandangan...i wish i cud be there...

    ReplyDelete
  2. Saya pernah gi kolam air panas Kat behrang tu . DLM kwsn felda ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat situ memang best tapi berbayar. Harga kemasukan semakin mahal. Kenalah menapak sehari suntuk. Kalau tidak berbaloi nampaknya.

      Delete
  3. WAH CANTIK TEMPATNYA KENA RAJIN MENAPAK UTK SAMPAI TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena rajin menapak, barulah nampak hasil usaha kita.

      Delete
  4. wahhh..cantik tempatnya, mesti best dengar bunyi air terjun hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman pun suka mendengar deruan bunyi air terjun. Sungguh bahagia bila mendengar bunyi air yang berdesing.

      Delete
  5. dulu selalu lalu behrang, tak sangka ada air terjun cantik

    ReplyDelete
  6. subhanaAllah cantiknya..tak pernah pergi ke sini lagi

    ReplyDelete
  7. benda2 tersembunyi ni kdg kala kena dirahsiakan kalu tak nnt sampah sarap merata2 ;-)

    ReplyDelete
  8. ok syiokni kat sini jer... tapi tuler kena ada geng bru boleh pergikan...

    ReplyDelete
  9. Kalau naik 4x4 lepas tak nih ?

    ReplyDelete
  10. wah seru juga ya pak turun" ke bawahnya mantap dah....

    ReplyDelete
  11. Brpa jam dr starting pon ke air terjun????

    ReplyDelete