Tuesday, 14 April 2015

With love from Taiping : Charcoal Factory

Kilang Arang di Kuala Sepetang

Anda boleh menelefon Mr Chuah di talian 0125739563 untuk meminta keizinan untuk melawat kilangnya. Mr Chuah memberi kebenaran kepada saya untuk melawat kilangnya tanpa mengira masa. Kilangnya dibuka 24 jam. Ada penjaga di sana. Anjing-anjing yang ada mesra-mesra belaka.

Tetapi elok datang di awal pagi. Semua aktiviti dijalankan di awal pagi. Anda dapat melihat bagaimana kayu balak dipindahkan ke kilang melalui bot kecil. Proses pengeringan kayu sehingga proses kulit kayu dibersihkan. Kemudian, bagaimana kayu diletakkan ke dalam glove atau oven untuk dibakar menjadi arang. 

Begitu enaknya kita menikmati satay dan bbq. Di sebalik itu, ada insan yang menderita kerana kudrat demi sesuap nasi. Saya telah menyaksikan dokumentari 'Suri Kuala Sepetang' mengenai isteri-isteri yang menolong suami mereka bekerja di kilang Arang di Kuala Sepetang. Air mata menitis tanpa disedari. Sendu dan sayu di sudut hati kaki travel.  

Arah tanda utama adalah sebelum Hutan Paya Laut Matang di sebelah kanan dari Taiping. Kilang Arang di sebelah kiri anda. 


Kami sekeluarga melawat kilang arang pada hari terakhir di sebelah pagi.

Dapur Arang Ang Lay Poat Sdn Bhd

Gadis-gadis Ayu bumi Mua'alim

Jejak-jejak tapak kami

Kubah berbentuk glove dipanggil Tanur

Dapur arang atau oven berbentuk seperti Iglu berwarna kecoklatan

Untuk memperolehi arang bermutu tinggi, suhu api mesti dijaga peringkat demi peringkat.

Begitu lenanya Sang Anjing

Setiap tanur terdiri daripada batu-bata dan memerlukan 25,000 bongkah batu untuk membangunkannya.

Setiap tanur boleh memuat sehingga 1500 batang kayu arang  yang  mencecah 50 tan.

Proses pembakaran kayu mengambil masa 30 hari untuk menghasilkan arang berkualiti tinggi. Kayu di masak dalam suhu yang berbeza-beza. 10 hari api besar, 10 hari api kecil dan 10 hari lagi untuk proses penyejukkan arang.

Arang dibungkus mengikut gred dan di pasarkan ke Jepun dan Korea antara pasaran utama bagi tujuan pembuatan alat-alat solek dan pencuci muka.  

30 comments:

  1. Wah banyaknya kuantiti kayu yang boleh diisi dalam setiap tanur tu yer... Dulu Zumal selalu beli arang untuk bakar ikan sekarang dah malas guna arang. Hehe ^^

    ReplyDelete
  2. Waaa.. menarik jugak pergi tempat2 rare macam ni :D

    ReplyDelete
  3. Tak ada ke mr Chuah bagi arang barang sekilo untuk cenderahati en Din...

    Industri ini menyumbang kepada kepupusan hutan bakau. Ada tak usaha mr Chuah untuk menanam semula pokok bakau di sini...

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian.baru tahu proses membuat arang ni

    ReplyDelete
  5. Pengalaman sekeluarga...banyak ilmu dan cerita kemanusian bolih diperolehi dalam lawatan anda...

    ReplyDelete
  6. tgk foto ni tingat seorg penyanyi wat pre wedding photoshoot kat sini ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat pre wedding photoshoot memang rare dan rusty.

      Delete
  7. proses buat arang ni bukan kerja senang..demi mencari sedikit rezki suri rumah disini sanggup mengerah tenaga...

    ReplyDelete
  8. Best dpt mlawat tmpt cmni..

    ReplyDelete
  9. Bagusnya pengalaman mcm ni. Bukan semua org tahu nk melawat tmpt2 mcm ni. Thanks sharing tuan. Sgt menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap bro boleh melawat anak-anak melawat ke Taiping dan Kuala Sepetang suatu hari nanti.

      Delete
  10. Lawatan sambil belajar sekeluarga.. sangat seronok. Tahniah buat tuan MKL sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  11. that is nice and lovely place of information i like this website as well desert safari Dubai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Definitely, Evening Desert Safari Dubai is very marvellous too.

      Delete
  12. aah ada terbaca info hari tu, arang ni bgs utk kecantikan
    blh putihkan gigi jugak, kan skrg ada colgate yg ada bahan arang tu
    oo macam tu kubah nak bakar kayu jd arang
    pernah tgk kat ch 551 proses pembuatan arang
    bagusnya ada trip mcm ni

    ReplyDelete
  13. 30 hari proses membuat arang pak Lim ? lamanya.... Mungkin proses yang lama itu yang membuat arang dari Kuala Sepetang kualitas no 1 terbaik.

    ReplyDelete
  14. beberapa tahun dulu saya pernah ke sini dengan geng bujang trang tang tang... kami bermalam di homestay... untuk kakitangan pejabat perhutanan kot.. siap naik bot lagi ronda-ronda muara kat situ seronok juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala Sepetang memang sesuai dijadikan destinasi percutian keluarga. Kuala Sepetang juga kira-kira 10 km dari Taiping. Taiping adalah satu lagi destinasi pelancungan dalam negeri yang menarik.

      Delete
  15. Saya orang Taiping pun tak pernah sampai, boleh pergi next time :D

    ReplyDelete
  16. penah tengok majalah 3 dan macam2 dokumentari pasal kilang arangni... ooo boleh gi wlaaupun bukan rombongan yerk... tapi tuler kalau bawak budak2ni nampak anjing mau lari lintang pukangn....

    ReplyDelete
  17. pernah tengok kat TV. macam best je kalau pergi tengok depan mata

    ReplyDelete
  18. Seronoknya dpt rasai sendiri pengalamannya...

    ReplyDelete
  19. zaman sekrg dah ada ubat gigi arang - kembali ke zaman dulu, guna arang utk gosok gigi...

    diantara dokumentari yg paling saya ingat ttg kilang arang ni ialah 'Suri Kuala Sepetang'..ttg pengorbanan isteri-isteri yg bekerja di kilang arang - sayu, sendu, mmg sedih..

    ReplyDelete
  20. Wah menarik juga ni MK..Dapat mdlawat kt tempatw begini..Sesekali kita pon kena tahu jgk ttg sejarah arang kayu ni...

    ReplyDelete
  21. respect dengan orang-orang yang kerja sini..mesti panas dan penat..huhu

    ReplyDelete
  22. Assalam,
    weeee
    malu lagi disini
    tak sampai lagi ke kilang arang ni he3

    ReplyDelete
  23. aaaa yang ni CT teringin nak pergi.. pernah lalu saja.. tapi singgah belum..

    ReplyDelete
  24. tak sangka lak perluan 30 hari utk jadi arang yg sempurna . jadi bhn kosmetik rupanya ...

    ReplyDelete
  25. kilang arang kayu....tgk pun dah leh rasa penat pekerja kat sana...berpanas...ber'hitam'

    ReplyDelete