Friday, 10 April 2015

With love from Taiping : Kilang Kopi Antong

Lawatan Sambil Belajar

Entri Cuti-cuti ke Taiping belum habis lagi. Kita lihat kembali Jadual lawatan seperti berikut :

Hari Ketiga (21 Feb 2015)

1. Kaki Bukit Larut dan kolam renang Kemahkotaan
2. Kilang Kopi Antong
3. Kilang Arang Kg Dew
4. Zoo Taiping

Kami tidak tidak sempat berjogging di Kaki Bukit Larut dan ke kolam renang kemahkotaan. Lain kali sahaja. Pagi itu kami terus menderu ke Kilang Kopi Antong.

Lokasi : Antong Coffee Mill
              8A, Jalan Assam Kumbang,
              34000 Taiping, Perak

              GPS : AUNTONG SDN BHD
              Email : antong1933@gmail.com
              Website : www.antongcoffeemill.com.my

Waktu perniagaan : 830 pagi hingga 600 petang
Appointment : H/P 0123051106, 0149000055, 0195680008

Kilang Kopi Antong telah diasaskan oleh En. Tiah Ee Mooi pada tahun 1933. Kilang kopi ini adalah kilang kopi yang terlama di Malaysia dan telah melalui tiga generasi. Kami berpeluang merasai proses pembuatan kopi. Anda dapat merasai suasana pagi yang dicengkam oleh keharuman asap kopi yang dibakar menggunakan kayu api. 

Kilang Kopi Antong

'Chang Chun Pu' adalah salah satu tempat tinggal semasa Dr. Sun Yat-Sen dengan Chen Cui-Fen (teman kepada Dr. Sun Yat-Sen) semasa berada di Taiping. Kini, menjadi pejabat pentadbiran kilang kopi Antong.

Pelbagai jenis jenama kopi dunia 

Along dan Angah

Kembar tak seiras

Pejabat Pentadbiran Kilang Kopi Antong

Anda bukan sahaja merasai pelbagai jenis produk keluaran Antong tetapi juga pameran barang-barang antik simpanan Antong.

Gadis-gadis di rumahku

Doa agar kami bahagia sampai ke Jannah

Haruman aroma kayu api

Alangkah enaknya bila kopi dicecah dengan roti kok

Pusat Jualan Kopi Antong

Kesimpulannya, kami telah memperoleh 5 dalam 1 daripada lawatan ke Kilang Kopi Antong. 

Lima kebaikan yang diperolehi adalah seperti berikut :
(i) Education : Pendidikan
(ii)Taste : Rasa
(iii)Knowledge : Ilmu
(iv)Heritage : Sejarah
(v)Experience : Pendedahan  

21 comments:

  1. Kopi mcm ni mmg selalunya sedap ni.. betul2 kaww...

    ReplyDelete
  2. Klu ke taiping mmg bagus pergi tmpt2 mcm ni.. saya pun suka...

    ReplyDelete
  3. Semoga tuan sekeluarga sentiasa ceria selalu. Semoga berbahagia sekeluarga hingga ke jannah... aamiin.

    ReplyDelete
  4. Semoga berbahgia selalu...aamiinBila lagi nak melawat Taiping?

    Dah singgah pekan minggu cangkat jering....ada ikan pekasam sedap kat sana...dah pekena yong tau foo belakang bomba?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dah singgah kat pekan minggu Changkat jering.Banyak pekasam. Saya beli kerepek pisang dan pokok limau nipis. Yong tau foo kat belakang bomba memang kaw...

      Delete
  5. wah....teringinnya nak ke taiping.. moga bahagia selalu abg khai..

    ReplyDelete
  6. Nk tnggu cita zoo taiping...zoo malam kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pi zoo taiping waktu tengah hari...Waktu malam dah pergi dahulu. Tak berbaloi langsung. Baik pergi waktu siang. Malam tak puas tengok binatang.

      Delete
  7. kenangan kopi macam ni menggembalikan memori kopitiam ni. hehehe

    ReplyDelete
  8. kilang kopi antong menyimpan banyak sejarah juga...

    ReplyDelete
  9. classic nyaaa da kilang kopi macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama Kopi Antong banyak terdapat di pasaran sekarang juga. Pasal itu kilang kopi adalah klasikal.

      Delete
  10. Terasa nak minum kopi pula...

    ReplyDelete
  11. ini betul-betul bersejarah - Dr Sun Yat Sen pernah tinggal di sini...

    ReplyDelete
  12. i love coffee!!!bestnya kalau dapat merasa kopi o kaw kat sini

    ReplyDelete
  13. bestnya... boleh rasa banyak jenis kopi.

    ReplyDelete
  14. Wah ada brg antik lagi tuuu..klau suami saya nampak ni suka sgt dia...

    ReplyDelete
  15. Assalam,
    maluuuuuuuuuuuuuu
    iols orang tepen pun belom pernah pi kilang kopi antong
    sob3

    ReplyDelete
  16. itu namanya roti kok eh...dah berpuluh tahun tak mkn..dulu kecik2 cicah ngna kopi panas..slurrpp!!!

    ReplyDelete
  17. Lima kebaikan yang diperolehi adalah seperti berikut :
    (i) Education : Pendidikan
    (ii)Taste : Rasa
    (iii)Knowledge : Ilmu
    (iv)Heritage : Sejarah
    (v)Experience : Pendedahan

    tu je..ingatkan dapat KOPI FREE heheheh

    ReplyDelete
  18. Aun Tong ke Antong ke Untung ehehehe

    ReplyDelete