Thursday, 9 April 2015

Selamat tinggal Gunung Datuk

Gunung Datuk Rembau atau Gunung Rembau

Setelah berada di puncak Gunung Datuk selama sejam kami pun turun. Saya mengalami kekejangan beberapa kali semasa menuruni tangga. Sebelum balik ke Port Dickson kami makan di Restoran Cendol Madu Rembau. Senang sahaja hendak mencarinya. Cari petanda sign board Restoran Anak Ghombau dan Karaoke. Restoran ini terletak di Taman Rekreaksi Awam Pinggiran Sungai Rembau. Saya makan laksa dan cendol madu seperti yang diidamkan semasa menaiki Gunung Datuk tadi.

 Mengalami kekejangan kaki

 Saujana mata memandang 

 Batu-batan begitu besar

 885 meter/2,900 kaki


 Insan yang kerdil berbanding batu dan pokok

 Bergayutan di atas pokok

 Aku dan pokok

 Akar banir
 Jambatan penghujung antara Gunung Datuk

 Keterangan akan Mount Datuk

 Sign board untuk ke Restoran Cendol Madu Rembau

 Taman Rekreasi Awam Pinggiran Sungai Rembau

 Selamat datang ke Cendol Madu Rembau 

Puisi buat Gunung Datuk Rembau

Selamat tinggal Gunung Rembau
Pujaan hatiku
Tinggal untuk kembali ke kota

Moga Kuala Lumpur
tidak runtuh seperti Pompei

Moga dinding kota tidak musnah 
akibat kekuasaan Sang Belang
akibat kerakusan Sang Singa
Rakyat berlindung di bawah kepakmu

Satu demi satu peristiwa berlaku
dari kehilangan pesawat MH370, 
pesawat MH 17,tsunami banjir,
dan GST hadiah buat kami 


Seandainya badai terus mengganas
satu demi satu 
akan berhijrah ke gunung
mencari gua-gua perlindungan
dengan suntikan semangat baru
dan kita akan kembali pulih
demi kelangsungan Kota Lumpur

Kaki travel Khairuddin
Bumi Mua'alim,
9hb April 2015.  
Read more ...

Wednesday, 8 April 2015

Puncak Gunung Datuk

Gunung Datuk Rembau, Negeri Sembilan.

Kami telah sampai ke puncak Gunung Datuk Rembau. Gunung Datuk mempunyai pemandangan yang sangat cantik dari atas. Pemandangannya ohsem. Kesemua gambar berikut adalah pandangan di atas puncak Gunung Datuk.

Di negeri Sembilan, terdapat dua buah gunung yang sangat terkenal. Gunung Datuk Rembau. Gunung Angsi, Ulu Bendul Jelebu. Mana yang lebih cantik ? Saya mengatakan pemandangan di Gunung Datuk jauh lebih cantik daripada Gunung Angsi. 

Apabila berada di atas puncak, anda akan berasa ini adalah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah. s.w.t. Sesungguhnya rezeki bukan hanya dalam bentuk wang, tapi juga umur yang baarokah, kesihatan yang baik, dikelilingi banyak kebaikan dan suasana hati yang penuh dengan kedamaian. Subhanallah Alhamdulillah........



 Dua tangga kembar yang kedua

 Bila Sang Gunung berbicara

 Dua tangga kembar yang ketiga

 Tangga yang terakhir

 Yeaah berjaya ke puncak Gunung Datuk akhirnya

Menjejaki tapak kaki Hang Tuah. Harap anda akan menjejaki tapak Hang Tuah, Pahlawan Melaka yang terkenal. 

 View yang superb

 Kelihatan bandar Rembau

Rezeki kami. Subhanallah Alhamdulillah

 Nassier dan saya teringin makan laksa dan cendol di atas gunung dari kaki gunung lagi. Terbayang ada gerai laksa dan cendol di atas gunung.  

Nassier kini telah kembali ke Melbourne untuk menyambung pengajian perubatannya.

Nassier berdiri di atas batu yang terakhir. 

Setelah puas berehat, kami menunggu masa untuk turun ke bawah.

Read more ...

Monday, 6 April 2015

Gunung Datuk Rembau

Gunung Datuk Rembau 1

Saya suka mendaki gunung. Saya berpeluang mendaki Gunung Datuk, Rembau di Negeri Sembilan. Saya telah mendaki bersama-sama dengan adik beradik saya. Saya mempunyai dua orang adik. Adik lelaki, Abu Hanifah. Adik perempuan, Noor Fadillah. 

Tiket masuk adalah RM5.00. Anda boleh membeli di kaunter tiket. Saya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke atas puncak Gunung Datuk. Pendakian agak mudah kecuali pada tangga yang terakhir. Saya ada masalah pada hari tersebut. Semasa saya turun,kaki saya berasa tegang apabila mendaki dua anak tangga terakhir. Tangga besi itu terlalu lurus dan mencengkam urat kaki saya. 

Pada keseluruhannya, saya simpulkan pendakian seperti berikut :   
Hidup selalu indah,
Langit selalu cerah,
Malam berbintang terang,
Itulah lukisan alam....

  Dari Kiri, Abu (adik lelaki), Nassier (anak), Zarif (anak Abu) dan Noor (adik perempuan)

 Keris nan sebatang

 Pokok berusia beratus tahun

 Plastik kuning sebagai penanda arah jalan

Setengah tempat bertali walaupun kadang kala ada laluan yang berbatu batan dan berakar kayu

 Anda akan berjumpa dengan wakaf yang telah runtuh
  
 Tempat berehat di pertengahan jalan ke puncak Gunung Rembau

 600 meter sebelum sampai ke Puncak Gunung Datuk

 Tangga pertama

 Tangga pertama sangat mudah 

Anda perlu melepasi tangga ini untuk ke tangga yang berikutnya 

Tangga kedua ini agak mencabar 
Read more ...

Saturday, 4 April 2015

Itinerari Mengelilingi Sumatera

                           Moh kita keliling Sumatera.


            Buffaloes Wallowing under the Scorching Heat of the Morning.


Itinerari ini saya telah mohon share daripada Zulhabri Supian.


Hari 1 - Jakarta ke Banda Aceh

- Jakarta-Banda Aceh. Sampai di airport dijemput Tardi yang menyewakan motor 55 ribu per hari +628126957885
- Menginap di Hotel Wisata di Peunayong, 125 ribu. Depan hotel banyak makanan khas Aceh; mie goreng, nasi goreng, sate dan macam-macam, durian pun ada.

Hari 2 - Banda Aceh

- Keliling Banda Aceh dengan motosikal; melawat Muzium Tsunami, Kapal PLTD, ngopi di Dhapur Khupi, Masjid Baiturrahman, minum teh tarik di banda Acheh.

Hari 3 - Banda Aceh

- Melawat Kapal Tsunami, Makam Syiah Kuala. Minum teh tarik di Canai Mamak KL yang dipunyai orang Malaysia.
- Jemput 2 kawan yang akan menyelam di airport.
- Lepak makan dan makan. Makanan Aceh memang terbaik!

Hari 4 - Banda Aceh ke Pulau Weh

- Berangkat ke Pulau Weh dengan bot laju, 75,000 rupiah untuk kelas eksekutif. Perjalanan selama sejam. Dari hotel menuju pelabuhan dijemput dengan harga 100,000 + bawa ke warung sarapan pagi nasi gurih (spt nasi lemak) yang murah dan sedap.
- Tiba di Balohan, pelabuhan di Pulau Weh dijemput sopir hotel dengan biaya 200,000 untuk perjalanan 45 minit menuju Iboih.
- Menginap di Fina Bungalows, 175,000. Santai di pantai Iboih.

Hari 5 - Pulau Weh 

- Sewa motor 50,000 untuk jalan2 di Pulau Weh; sempat ke Kota Sabang, Pantai Gapang dan Tugu Nol KM, awal mula negara Indonesia dari Sabang (Pulau Weh) ke Merauke (Papua) yang terbentang luas dan indah.
- Santai di pantai Iboih

Hari 6 - Pulau Weh ke Banda Aceh

- jam 2pm berangkat ke Banda Aceh
- dijemput sopir + keliling Aceh; makan Ayam Tangkap, minum kopi di Solong. 300,000 untuk 4 jam.

Hari 7 - Banda Aceh ke Medan

- Berangkat ke Medan dengan pesawat Lion Air
- Menuju ke kota dengan Railink yang baru dibuka, 87,500. Tiba di Medan, naik becak motor ke Hotel Residence, 30,000. Kamar berharga 70,000 yang paling murah.

Hari 8 - Medan

- Keliling Kota Medan dengan berjalan kaki; Masjid Al Mashun, Istana Maimoon, Kesawan, Kampung Keling dan Lapangan Merdeka.

Hari 9 - Medan ke Parapat

- Naik travel Nice Trans Taxi (sebutan untuk pengangkutan yang menggunakan van atau mpv di Indonesia) ke Parapat. 75,000 rupiah dengan perjalanan 4-5 jam.
- Sampai di Pelabuhan Tigaraja di Parapat, sambung dengan bot 10,000 ke Tuk Tuk di Pulau Samosir yang berada di tengah Danau Toba. Perjalanan selama 1 jam.
- Menginap di Carolina Cottages, 75,000.

Hari 10- Pulau Samosir

- keliling Pulau Samosir dengan menyewa motor 80,000; ke Tomok, muzeum, Pantai Pasir Putih dan Panguruan.
- oleh kerana sedang musim hujan, saya memutuskan untuk berangkat ke Bukit Tinggi malam ini
- kembali ke Pelabuhan Tigaraja dan membeli tiket travel ke Bukittinggi 250,000 yang berangkat jam 11 malam
- Sementara menunggu santai di warung kopi

Hari 11- Bukittinggi

- Perjalanan dari Parapat ke Bukittinggi memakan waktu 15 jam
- Menginap di Hotel Jogja, 110,000. Strategik di pusat kota; dekat dengan Jam Gadang, Ngarai Sianok dll

Hari 12- Bukittinggi ke Padang

- Menuju Padang dengan travel, 50,000 dengan lama perjalanan sekitar 3 jam.
- Menginap di hotel termahal sepanjang trip ini; Hotel Hang Tuah, 285,000. Di depannya ada mal, Plaza Andalas dan dekat dengan Pantai Padang serta pusat kota.

Hari 13- Padang

- Pindah penginapan ke Brigette's Inn tidak jauh dari hotel dan berdekatan dengan Jambatan Siti Nurbaya, harga kamar single tanpa ac 95,000
- Sewa motor 50,000 sehari; jalan2 ke Gunung Padang, Pantai Air Manis yang terkenal dengan batu malin kundang dan kota Padang

Hari 14 - Padang

-Jalan2 Kota Padang dengan motor

Hari 15 - Padang ke Pekanbaru

- Menuju Pekanbaru dengan travel, 140,000 (7-9 jam) melalui jalan perbukitan yang indah dan banyak selekoh maut
- Menginap di rumah CS di Jalan Riau

Hari 16 - Pekanbaru

- Jalan2 di kota Pekanbaru dengan angkot dan bus; melawat Masjid Raya yang gah.
- Tonton wayang filem Indonesia, Noah
- Masih di rumah CS

Hari 17 - Pekanbaru

- Sewa motor 50,000. Keliling Pekanbaru; Balai Adat Melayu, Anjungan Seni Idrus Tintin
- Lepak dengan teman dari komunitas seni budaya Siku Keluang
- Menginap di Wisma Rainbow, 150,000

Hari 18 - Pekanbaru ke Jambi

- hari santai; makan dan massage.
- Jam 8 malam berangkat ke Jambi dengan travel Ratu Intan, 220,000. Perjalanan 8 jam yg agak mengerikan kerana pemanduan yang gopoh dan di pertengahan pemandunya mengantuk.

Hari 19 - Jambi

- Menginap di Hotel Lestari, tidak jauh dari pejabat Ratu Intan. 225,000.
- Charter ojek 120,000 ke Candi Muarojambi, Sg Batanghari dan toko buku Gramedia.

Hari 20 - Jambi ke Palembang

- Naik travel Ratu Intan ke Palembang, sengaja naik Alphard 200,000 untuk lebih selesa hehe, kalau Innova 130,000.. Perjalanan 6 jam.
- Menginap di kost Mess Abadi, 60,000. Dekat dengan Jambatan Ampera.
- Melihat senja di Jambatan Ampera yang indah dengan lampu indah menghiasinya.

Hari 21 - Palembang

- Jalan2 ke Pulau Kemaro menyusuri Sungai Musi yang sibuk bersama teman BPI Palembang (Backpackers Indonesia)
- dibawa jalan2 ke Jakabaring melihat kompleks sukan yang digunakan untuk Sukan Sea 2011 dan Islamic Solidarity Games baru lalu dan Wisma Atlet yang terkenal kerana kes rasuah.
- Mencuba makanan khas Palembang; pempek, pindang patin dan martabak telor.
- Menonton filem Indonesia di International Plaza, Adriana.

Hari 22 - Palembang

- Hari santai; menonton 2 filem Indonesia di International Plaza - Sokola Rimba dan 308

Hari 23 - Palembang ke Pulau Bangka

- Jam 7 pagi berangkat ke Pulau Bangka (Muntok) dengan jetfoil Express Bahari, 210,000 + tiket travel ke Pangkalpinang (ibu kota Pulau Bangka) 60,000.
- Perjalanan dgn jetfoil memakan masa 3 jam dan perjalanan darat dari Muntok ke Pangkal pinang juga 3 jam.
- Menginap di Brilliant Inn, 150,000 dengan ac dan tv.
- Sewa motor 50,000 sehari; jalan2 ke Pantai Pasir Padi dan ke toko buku Gramedia.
- Oleh kerana hotel terputus elektrik, maka melepak di kopitiam di Bangka Trade Center yang tidak jauh. Seirng terjadi elektrik terputus di Bangka dan Belitung juga. Isu hangat di sini.

Hari 24 - Pulau Bangka

- Dengan motor menjelajah ke Sungailiat, 32 km dari Pangkalpinang. Ada Pantai Matras yang pasir putihnya memanjang dan batu granit besar di hujung sebelah kanan. Tidak ramai orang kecuali waktu petang.
- Selain Pantai Matras, ada Pantai Parai yang harus membayar 25,000 untuk masuk (dapat teh kotak)
- Menuju pulang melalui Pantai Tanjung Pesona yg sedikit tercemar kerana aktiviti lombong timah yang banyak tidak jauh dari pantai.

Hari 25 - Pulau Bangka ke Pulau Belitung

- Jam 1 pm berangkat ke Pulau Belitung dengan jetfoil Expres Bahari, 210,000 dan 4 jam perjalanan. Tidak seperti Bangka, pelabuhan di Belitung iaitu Tanjung Pandan berada dekat kota. Jalan kaki sudah sampai ke penginapan saya, Hotel Mendanau Belitung (150,000 dengan ac dan tv)
- Jalan kaki ke Pantai Tanjung Pendam menikmati senja dan kebetulan pada waktu malam ada konsert artis Indonesia, Nita Thalia dan Zivilia. Padat dengan cowok cewek :)

Hari 26 - Pulau Belitung

- Sewa motor 80,000 untuk melawat Gantung; replika SD Muhammadiyah (Laskar Pelangi) dan rumah Ahok, wakil gubernur Jakarta yang sekarang semakin disukai meski tegas. Singgah ke Manggar, kota yang diberi julukan kota 1001 warung kopi. Seperti biasa minum kopi dulu dan memesan mie yang ternyata sangat enak. 
- Menjenguk Bukit Samak yang penuh semak, tidak terurus. Bekas perumahan pegawai Belanda sewaktu zaman kegemilangannya.

Hari 27 - Pulau Belitung

- Dengan motor menuju Tanjung Tinggi, lokasi penggambaran Laskar Pelangi dan kemudian ke Tanjung Kelayang menyewa bot 400,000 (terpaksa seorang diri kerana tiada orang lain yg boleh berkongsi bot) ke Pulau Lengkuas yang indah (boleh naik rumah api di sini untuk pemandangan sekitar pulau yang sgt indah), Pulau kepayang, Pulau Batu Berlayar dan Pulau Burung.

Hari 28 - Belitung ke Jakarta

- Menuju Jakarta dengan pesawat Sriwijaya Air.

Nota

Sebenarnya 28 hari tidak cukup, Sumatera terlalu besar dan untuk trip ini saya memilih tempat2 yang laluannya tidak berputar balik untuk menghemat wang dan masa. Secara keseluruhan dari 10 provinsi (negeri) di Sumatera,3 provinsi iaitu Lampung kalau mahu ke Anak Krakatoa dan Bengkulu yang pernah dulunya ingin ditukar dengan Singapura serta Kepulauan Riau (Batam Bintan) yg pernah saya kunjungi beberapa tahun dahulu tidak disinggahi. Setiap provinsi di Sumatera sebetulnya memerlukan 10 ke 14 hari untuk dijelajahi, itupun secara tergesa-gesa. Di provinsi Sumatera Barat, Pulau Mentawai saja memerlukan seminggu paling minimum, begitu juga Pulau Nias di Provinsi Aceh.

Apa yang pasti suatu hari saya akan kembali untuk menjelajah dengan lebih dalam, trip kali ini untuk menengok saja dulu.

Selesai.

Read more ...

Pantai Morib dan Pantai Kelanang

Kuala Langat, Selangor

Daerah Kuala Langat  adalah salah satu daripada sembilan daerah dalam negeri Selangor. Kuala Langat mempunyai banyak tempat yang menarik. Di antaranya adalah Pantai Morib dan Pantai Kelanang. Saya berkesempatan ke sana baru-baru ini. 

Kita boleh bermain air laut di Pantai Kelanang. Pantai Kelanang berselut. Selalunya nelayan dan para pelancong tempatan datang ke sini untuk mengutip ketam. Kutip ketam ala-ala negara Korea tuuu..macam dalam rancangan "Running Man''... kat negara kite ade jugak.. hihihihi



Main Layang-layang (kiri) dan trek sukan basikal (kanan)


 Pantai Kelanang

 Sekitar Kawasan Pantai Kelanang

 Nelayan di Pantai Kelanang

Pantai Morib

 Pokok doa di Pantai Morib

Cantiknya pasir di Pantai Kelanang

Bahagian Pantai Morib pula, banyak kemudahan yang disediakan seperti surau, gerai makan dan tempat perkelahan. Kita boleh duduk dekat gigi pantai pun boleh tapi kat benteng je laa... hihihi..

Selain pantai, kat Kuala Langat ni femes dengan Ladang Teh Boh. Inilah satu-satunya ladang teh yang pertama di dunia di kawasan tanah rendah. Menariknya, ladang teh ni ditanam selang seli dengan pokok kelapa sawit.

Kuala Langat ni jugak merupakan sebahagian sejarah negara kita seperti terdapat Bekas Istana Jugra, Bekas istana Bandar, Bekas Istana Long Puteri atau Maimun, Kampung Sungai Lang, Penjara dan Balai Polis Jurga Lama, ade bekas stor tempat simpan peluru, tapak jeti pengkalan batu hampar (kawasan transpotasi untuk berhubungan kawasan klang dan sekitarnya untuk membawa hasil timah dan hutan), Hatter's Castle di Pulau Carey dan banyak lagi. Moh jejalan! Happy Weekend :)

Negaraku Permai di Pantai Morib 
Read more ...

Thursday, 2 April 2015

Wang Kelian dan Wang Prachan

Kenalilah Wilayah Satun, Thailand.

Sempadan-sempadan Malaysia Thailand (Sinarmelayu.blogspot.com)

Wang Kelian dan Wang Prachan adalah satu-satu tempat djadikan tempat percutian kami sekeluarga pada sebahagian akhir tahun 2015. Daripada peta di atas, kita dapat melihat sempadan antarbangsa antara Malaysia dan Thailand. Sempadan dari barat ke Timur adalah Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Satun, Songkhla, Yala dan Narathiwat bagi pihak Thailand.

Saya telah pun melawat Songkhla yang terkenal dengan Hatyai. Insyallah, akan melawat Satun dalam sikit masa lagi.  Yala, Narathiwat, dan Pattani belum ada dalam perancangan kami.

Sekiranya anda dari Perlis, anda boleh memasuki Thailand melalui Wang Kelian langsung ke Wang Prachan (Wang Belacan dalam bahasa Melayu), Wilayah Satun. Dari Padang Besar, Perlis langsung ke Padang Besar di Wilayah Songkhla,

Dari Kedah pula, anda akan memasuki Bukit Kayu Hitam langsung ke Sadao di Wilayah Songkhla. Di Perak, rentasan sempadan adalah dari Pengkalan Hulu (dulu dikenali sebagai Keroh) langsung ke Betong di Wilayah Yala.

Rentasan sempadan di Kelantan ada tiga tempat. Dari Bukit Bunga, langsung ke Ban Buketa, Wilayah Narathiwat. Rantau Panjang ke  Sungai Golok di Wilayah Narathiwat. Pengkalan Kubor ke Tak Bai, di Wilayah Natathiwat.

Tumpuan percutian saya pada penghujung tahun 2015 adalah ke Wang Kelian dan Wang Prachan. Kami berkira-kira hendak bercuti ke Perlis langsung ke Wang Kelian dan Wan Prachan. Kemungkinan ramai sanak saudara yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan boleh join kami ke Thailand. 

Dari Wang Kelian, Perlis  anda boleh langsung ke Wang Prachan, Wilayah Satun. Anda boleh melepasi kedua-dua sempadan itu, tanpa sebarang dokumen perjalanan ( Pas sempadan dan Pasport) sejauh 2 km. Zon Aliran Bebas (Free Flow) mula diperkenalkan pada 6 Disember 1993. Pemberhentian  Zon Aliran Bebas di Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis adalah berkuatkuasa 1 April, 2015. Saya sendiri telah menghubungi Bilik Gerakan, Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-88801555 tengah hari tadi untuk mengesahkannya. Pembatalan sama pernah dilakukan pada 1 Februari 2008 lalu dan dibuka semula kepada orang ramai pada 4 Disember tahun yang sama. Mungkinkah sekatan itu akan dikaji kembali demi kebaikan ekonomi negeri Perlis ?

Saya suka ke Wang Kelian dan Wang Prachan. Produk kedua-dua negara ada dijual di sini. Pasar  minggu yang dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Pasar itu biasa dikunjungi pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan awam. Wang Kelian adalah lebih kurang 40 km dari Kangar dan 15 Km dari Padang Besar.  

Zon Aliran Bebas,Wang kelian diberhentikan berkuatkuasa 1 April, 2015 telah mengubah haluan perancangan percutian kami sekeluarga. Kami akan bercuti ke Perlis, langsung ke bandar Satun yang lebih kurang 47 km dari pintu masuk, Wang Prachan (Wang Belacan dalam bahasa Melayu). Sebahagian besar sanak saudara yang tidak mahu membuat passport atau pas sempadan tidak dapat menyertai rombongan kami seperti yang dirancangkan sebelum ini. 

Untuk keterangan lanjut tentang Wilayah Satun, anda boleh membaca blog satunsiam.blogspot.com. Penulis adalah Pn. Karlisa Halim seorang blogger tourism. Beliau fasih berbahasa Melayu dan suami adalah warga Malaysia. Pn Karlisa Halim tinggal di Kampung Guar Ban Khuan Satun. 

Kampung Guar terletak 1 km dari Pekan Chalung. Pekan Chalung adalah persimpangan untuk ke Hat Yai, bandar Satun dan Pak Bara.

Dari Chalung ke Wang Kelian lebih kurang 26 km.
Dari Chalung ke bandar Satun lebih kurang 10 km dan ke Tammalang lebih kurang 17 km dan ke Tanyong Po lebih kurang 20 km.
Dari Chalung ke Hat Yai lebih kurang 100 km
Dari Chalung ke Pak Bara lebih kurang 46 km
Dari Chalung ke Manang lebih kurang 50 km.

Moh kita ke Satun, Thailand.



·         
·        
Read more ...

Wednesday, 1 April 2015

With love from Taiping : Kunang-kunang atau Kelip-kelip di Kuala Sepetang

Kunang-kunang Kampung Dew di Sungai Sepetang



Selepas makan mee udang di Salleh Stall, kami bergegas ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang. Saya telah berjanji untuk menyertai kumpulan lain melihat kelip-kelip berterbangan liar pada waktu malam. Kami terpaksa menyertai kumpulan lain untuk mendapat harga istimewa. Seorang dikenakan harga RM22. Sekiranya 15 orang ke atas dikenakan harga RM20 


Kamera saya bukan jenis yang dapat menangkap gambar kelip-kelip. Gambar di atas adalah dari kamera Arild Hagen Norway. Saya hanya dapat menceritakan pengalaman saya. Saya pernah melihat kelip-kelip di Kuala Selangor. Saya lihat tertarik dengan kelip-kelip yang ada di kuala Selangor berbanding dengan Kampung Dew di Sungai Sepetang. Kedua-dua tempat itu adalah antara tiga kawasan perlindungan kelip-kelip paling penting di dunia. Satu lagi tempat adalah di Great Smoky Mountain National Park di Tennessee, Amerika Syarikat.

Di sini, kami menaiki bot laju menyusuri sepanjang tepi Sungai Sepetang. Di kuala Selangor, kami menaiki sampan dan dapat melihat dengan jarak yang lebih dekat lagi. Menurut jurucakap, kelip-kelip hinggap pada Pokok Berembang (sonneratia caseoraris). Pokok Berembang adalah satu spesies pokok bakau.

Kelip-kelip adalah kumbang bersayap. Mereka kelihatan bercahaya atau pada perutnya boleh berwarna kuning, hijau, atau merah pucat. Hanya Kelip-kelip jantan yang boleh terbang. Kelip-kelip betina hanya menunggu di tanah. Ia  boleh hidup selama 30 hari tanpa makan. Kelip jantan mati selepas mengawan. Kelip betina mati selepas bertelur.

Saya dapat melihat mereka suka menyala bersama. Kelip-kelip juga suka menyala secara berirama.

Sekiranya ada peluang, lawatlah kedua-dua tempat kelip yang terkenal di Malaysia. Sumbanglah kepada sosio-ekonomi penduduk Kuala Sepetang dari segi tarikan pelancong. Kedua, sebagai penunjuk kualiti alam sekitar apabila iklim berubah seperti pemanasan global. 

Hubungi En. Abd Wahab (019-5547310). Harga sebelum GST. (1 April 2015). Firefly seorang RM22 dan 15 orang ke atas RM20.  

Selain, itu anda boleh mengikuti aktiviti yang lain seperti memberi helang makan, melihat matahari terbenam, dan melihat bangau dengan bot. 

Egret(Bangau) 1 Person RM8 dan 15 People above RM7.
K. Sangga Feed the Eagles 1 Person RM22 dan 15 People above RM20.
Sunset 1 person RM22, 15 People above RM20.
Min 6 People. Boleh join orang lain.

Aktiviti melihat kunang-kunang mengakhiri malam kami. Ini adalah hari kedua (20 Feb 2015). Hari pertama (19 Feb 2015) kami dipenuhi dengan perjalanan ke homestay di Kamunting. Kami telah singgah di Pasar Changkat Jering pada hari pertama. 
1.  Jogging di Taman Tasik Taiping
2.  Muzium Taiping
3.  Muzium Matang Kota Ngah Ibrahim
4.  Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang
5.  Stesen Keretapi Kuala Sepetang (Port Weld)
6. Jambatan Kuala Sepetang untuk menikmati suasana matahari terbenam di Perkampungan nelayan
7.  Makan mee udang Kuala Sepetang
8.  Kelip-kelip Kampung Dew




Read more ...