Monday, 6 April 2015

Gunung Datuk Rembau

Gunung Datuk Rembau 1

Saya suka mendaki gunung. Saya berpeluang mendaki Gunung Datuk, Rembau di Negeri Sembilan. Saya telah mendaki bersama-sama dengan adik beradik saya. Saya mempunyai dua orang adik. Adik lelaki, Abu Hanifah. Adik perempuan, Noor Fadillah. 

Tiket masuk adalah RM5.00. Anda boleh membeli di kaunter tiket. Saya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke atas puncak Gunung Datuk. Pendakian agak mudah kecuali pada tangga yang terakhir. Saya ada masalah pada hari tersebut. Semasa saya turun,kaki saya berasa tegang apabila mendaki dua anak tangga terakhir. Tangga besi itu terlalu lurus dan mencengkam urat kaki saya. 

Pada keseluruhannya, saya simpulkan pendakian seperti berikut :   
Hidup selalu indah,
Langit selalu cerah,
Malam berbintang terang,
Itulah lukisan alam....

  Dari Kiri, Abu (adik lelaki), Nassier (anak), Zarif (anak Abu) dan Noor (adik perempuan)

 Keris nan sebatang

 Pokok berusia beratus tahun

 Plastik kuning sebagai penanda arah jalan

Setengah tempat bertali walaupun kadang kala ada laluan yang berbatu batan dan berakar kayu

 Anda akan berjumpa dengan wakaf yang telah runtuh
  
 Tempat berehat di pertengahan jalan ke puncak Gunung Rembau

 600 meter sebelum sampai ke Puncak Gunung Datuk

 Tangga pertama

 Tangga pertama sangat mudah 

Anda perlu melepasi tangga ini untuk ke tangga yang berikutnya 

Tangga kedua ini agak mencabar 

31 comments:

  1. Wah... ohsem pictures... dah lama saya tak mendaki dan go jungle/island trekking, mesti sakit kaki dan satu badan lepas tu, tapi rasa berbaloi... hehe ;3

    ReplyDelete
  2. Tahniah... berjaya ke puncak...

    Tangga kedua tu tak nampak hujungnya...

    ReplyDelete
  3. Gunung Datuk!!! JM dah naik....hoyeyy!!!

    ReplyDelete
  4. dah ada bayaran masuk utk Datuk..dulu2 free aje...la ne kalau Encik perasan, makin kerap kes sesat di Datuk ne kan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hal banyak penunjuk jalan..tape kuning dan merah banyak disediakan..nasihat saya jangan trekking secara solo.. Biar berteman..

      Delete
  5. Seronok aktiviti mendaki ni... dah lama juga tak buat, mungkin akan kekejangan juge...hehe
    Pokok tu memang khazanah alam yg wajar dikekalkan! Tokeh balak mesti selalu jeling2 tu

    ReplyDelete
  6. mendaki bukit bukan senang tu..cuma pernah daki bukit pelindung di kuantan jer lama dulu..

    ReplyDelete
  7. Assalam,
    waaaaaaaaaaaa
    ghajinnya memanjat
    he3
    kalo iols semput la he3

    ReplyDelete
  8. dah lamer xmendaki sejak injured dlu...setakat sukan biasa biasa sj....

    ReplyDelete
  9. wah... nice jungle trekking... :)

    ReplyDelete
  10. tinggi jg tangga kedua tu..gayat..

    ReplyDelete
  11. Mmg nampak mencabar ni.. menarik.. :)

    ReplyDelete
  12. Takut pula jatuh panjat tinggi2 tu.. gayat hehee

    ReplyDelete
  13. Naik gunung. capek di awal, tapi indah kalau sdh sampai puncak. Bagus ada tangga pak Lim. tak ada tangga gimana mau naik ke puncak.

    ReplyDelete
  14. Seumur hidup belum pernah cuba mendaki. It's something interesting to be taking part into right?

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum... saudara khairuddin,

    wah... seronok nyer mendaki nie... dulu mselim3 pernah mendaki gunung ledang kat johor... mendaki memang memerlukan stamina... memang berpeluh2 dan mendaki dalam kumpulan agar tak sesat.. pengalaman mselim3 lah.. memang seronok mendaki nie... batu2 dan akar kayu agak licin kekadang kalau hujan... take care k...

    mselim3

    ReplyDelete
  16. Seronok juga kalau family outing macam nie ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Outing dengan adik beradik. pasal dulu kecik-kecik selalu main bersama-sama.

      Delete
  17. Aktiviti menyeronokkan apatahlagi bila lakukan dengan ahli keluarga.

    ReplyDelete
  18. mudah la sikit nak mendaki sbb dah ada tangga ...

    ReplyDelete
  19. berabad dah tak jungle tracking ... sekarang ni pancit kot kalau pergi :p

    ReplyDelete
  20. wah satu family suka mendaki.. bagus2..

    ReplyDelete