Thursday, 9 April 2015

Selamat tinggal Gunung Datuk

Gunung Datuk Rembau atau Gunung Rembau

Setelah berada di puncak Gunung Datuk selama sejam kami pun turun. Saya mengalami kekejangan beberapa kali semasa menuruni tangga. Sebelum balik ke Port Dickson kami makan di Restoran Cendol Madu Rembau. Senang sahaja hendak mencarinya. Cari petanda sign board Restoran Anak Ghombau dan Karaoke. Restoran ini terletak di Taman Rekreaksi Awam Pinggiran Sungai Rembau. Saya makan laksa dan cendol madu seperti yang diidamkan semasa menaiki Gunung Datuk tadi.

 Mengalami kekejangan kaki

 Saujana mata memandang 

 Batu-batan begitu besar

 885 meter/2,900 kaki


 Insan yang kerdil berbanding batu dan pokok

 Bergayutan di atas pokok

 Aku dan pokok

 Akar banir
 Jambatan penghujung antara Gunung Datuk

 Keterangan akan Mount Datuk

 Sign board untuk ke Restoran Cendol Madu Rembau

 Taman Rekreasi Awam Pinggiran Sungai Rembau

 Selamat datang ke Cendol Madu Rembau 

Puisi buat Gunung Datuk Rembau

Selamat tinggal Gunung Rembau
Pujaan hatiku
Tinggal untuk kembali ke kota

Moga Kuala Lumpur
tidak runtuh seperti Pompei

Moga dinding kota tidak musnah 
akibat kekuasaan Sang Belang
akibat kerakusan Sang Singa
Rakyat berlindung di bawah kepakmu

Satu demi satu peristiwa berlaku
dari kehilangan pesawat MH370, 
pesawat MH 17,tsunami banjir,
dan GST hadiah buat kami 


Seandainya badai terus mengganas
satu demi satu 
akan berhijrah ke gunung
mencari gua-gua perlindungan
dengan suntikan semangat baru
dan kita akan kembali pulih
demi kelangsungan Kota Lumpur

Kaki travel Khairuddin
Bumi Mua'alim,
9hb April 2015.  

27 comments:

  1. Setengah berada di puncak Gunung Datuk selama sejam...setengah ke setelah?

    ReplyDelete
  2. di kaki gunung datuk tu kan ada statue keris besar tu..x ambil gambar

    ReplyDelete
  3. wau...sajak ni begitu menikam kalbu...sampai nk hijrah gunung dek kerana keadaan skrg..JM memahami maksud tersirat

    ReplyDelete
  4. Akar tunjang kat dalam tanah en Din..mana nampak. Itu akar banir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lim pandai buat puisi. GST itu apa pak Lim ? sewaktu saya ke Kota Kinabalu, saya tanya driver, masih bukang atau sudah kawin ? dia jawab belum kawin, karena mau kawin kena GST jadi ngak jadi kawin. katanya sambil ketawa. saya tak faham tapi ikut ketawa saja..hehe.

      Delete
    2. Trek mencanak naik ke Gunung Datuk ! Pernah naik dan bermalam di atas sana. Angin kuat waktu malam !

      Delete
    3. Gun Firdaus : GST itu cukai yang dikenakan ke atas Barangan dan Perkhidmatan di Malaysia. Bukan semua barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai. Ada senarai disediakan oleh pihak Kastam diraja Malaysia.

      Sudah tentu kos perkahwinan akan meningkat dengan adanya GST.

      Delete
  5. Tuan pandai berpuisi... puitis.. :)

    ReplyDelete
  6. Masih takut tengok tangga ke puncak gunung tu.. takut pulak jatuh huhu...

    ReplyDelete
  7. Pokok tu sangat besar.. tuan berdiri paras pangkal pokok je.. macam partition pangkal pokok tu...

    ReplyDelete
  8. sedap tu..cendol madu...hilang penat lelah...

    ReplyDelete
  9. puitisnya puisi tu :)

    nanti bila ke rembau.. nak cuba cendol tu juga lah

    ReplyDelete
  10. KEJANG KAKI JUGA MENDAKI GUNUNG YA...SAKIT TU.. SAJAK INDAH TERINSPIRASI DRPD KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI...

    ReplyDelete
  11. dahsyat sajak tu abg khai.. terbaik..deep !!

    ReplyDelete
  12. pokok tu besarnyaaa subhanallah.. uncle nampak kecik bebenor disitu..
    eeh CT ingat nak makan laksa n cendol di atas bukit.. rupanya dr atas bukit tu da set nak makan
    hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbayang dari bawah lagi sebelum sampai ke atas, seolah-olah ada gerai di atas puncak Gunung. Manalah tahu suatu hari nanti terdirinya gerai-gerai di atas Gunung Rembau. Hi3

      Delete
  13. comel bergayut kat akar pokok tu. so far sy x pernah lg daki gunung. klo hiking beramai2 mesti sronok, riuh rendah

    ReplyDelete
  14. sedap puisi tu abang MKL..maksudnya mendalam..

    ReplyDelete
  15. Alahai kita tk mampu nak panjat la..Kita mampu tgk jer ..tak larat tk cukup stamina haha

    ReplyDelete