Thursday, 2 April 2015

Wang Kelian dan Wang Prachan

Kenalilah Wilayah Satun, Thailand.

Sempadan-sempadan Malaysia Thailand (Sinarmelayu.blogspot.com)

Wang Kelian dan Wang Prachan adalah satu-satu tempat djadikan tempat percutian kami sekeluarga pada sebahagian akhir tahun 2015. Daripada peta di atas, kita dapat melihat sempadan antarbangsa antara Malaysia dan Thailand. Sempadan dari barat ke Timur adalah Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Satun, Songkhla, Yala dan Narathiwat bagi pihak Thailand.

Saya telah pun melawat Songkhla yang terkenal dengan Hatyai. Insyallah, akan melawat Satun dalam sikit masa lagi.  Yala, Narathiwat, dan Pattani belum ada dalam perancangan kami.

Sekiranya anda dari Perlis, anda boleh memasuki Thailand melalui Wang Kelian langsung ke Wang Prachan (Wang Belacan dalam bahasa Melayu), Wilayah Satun. Dari Padang Besar, Perlis langsung ke Padang Besar di Wilayah Songkhla,

Dari Kedah pula, anda akan memasuki Bukit Kayu Hitam langsung ke Sadao di Wilayah Songkhla. Di Perak, rentasan sempadan adalah dari Pengkalan Hulu (dulu dikenali sebagai Keroh) langsung ke Betong di Wilayah Yala.

Rentasan sempadan di Kelantan ada tiga tempat. Dari Bukit Bunga, langsung ke Ban Buketa, Wilayah Narathiwat. Rantau Panjang ke  Sungai Golok di Wilayah Narathiwat. Pengkalan Kubor ke Tak Bai, di Wilayah Natathiwat.

Tumpuan percutian saya pada penghujung tahun 2015 adalah ke Wang Kelian dan Wang Prachan. Kami berkira-kira hendak bercuti ke Perlis langsung ke Wang Kelian dan Wan Prachan. Kemungkinan ramai sanak saudara yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan boleh join kami ke Thailand. 

Dari Wang Kelian, Perlis  anda boleh langsung ke Wang Prachan, Wilayah Satun. Anda boleh melepasi kedua-dua sempadan itu, tanpa sebarang dokumen perjalanan ( Pas sempadan dan Pasport) sejauh 2 km. Zon Aliran Bebas (Free Flow) mula diperkenalkan pada 6 Disember 1993. Pemberhentian  Zon Aliran Bebas di Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis adalah berkuatkuasa 1 April, 2015. Saya sendiri telah menghubungi Bilik Gerakan, Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-88801555 tengah hari tadi untuk mengesahkannya. Pembatalan sama pernah dilakukan pada 1 Februari 2008 lalu dan dibuka semula kepada orang ramai pada 4 Disember tahun yang sama. Mungkinkah sekatan itu akan dikaji kembali demi kebaikan ekonomi negeri Perlis ?

Saya suka ke Wang Kelian dan Wang Prachan. Produk kedua-dua negara ada dijual di sini. Pasar  minggu yang dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Pasar itu biasa dikunjungi pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan awam. Wang Kelian adalah lebih kurang 40 km dari Kangar dan 15 Km dari Padang Besar.  

Zon Aliran Bebas,Wang kelian diberhentikan berkuatkuasa 1 April, 2015 telah mengubah haluan perancangan percutian kami sekeluarga. Kami akan bercuti ke Perlis, langsung ke bandar Satun yang lebih kurang 47 km dari pintu masuk, Wang Prachan (Wang Belacan dalam bahasa Melayu). Sebahagian besar sanak saudara yang tidak mahu membuat passport atau pas sempadan tidak dapat menyertai rombongan kami seperti yang dirancangkan sebelum ini. 

Untuk keterangan lanjut tentang Wilayah Satun, anda boleh membaca blog satunsiam.blogspot.com. Penulis adalah Pn. Karlisa Halim seorang blogger tourism. Beliau fasih berbahasa Melayu dan suami adalah warga Malaysia. Pn Karlisa Halim tinggal di Kampung Guar Ban Khuan Satun. 

Kampung Guar terletak 1 km dari Pekan Chalung. Pekan Chalung adalah persimpangan untuk ke Hat Yai, bandar Satun dan Pak Bara.

Dari Chalung ke Wang Kelian lebih kurang 26 km.
Dari Chalung ke bandar Satun lebih kurang 10 km dan ke Tammalang lebih kurang 17 km dan ke Tanyong Po lebih kurang 20 km.
Dari Chalung ke Hat Yai lebih kurang 100 km
Dari Chalung ke Pak Bara lebih kurang 46 km
Dari Chalung ke Manang lebih kurang 50 km.

Moh kita ke Satun, Thailand.



·         
·        

28 comments:

  1. pernah dengar Wang Kelian tapi tak pernah dengar Wang Prachan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang Prachan atau dalam bahasa Melayu Wang belacan adalah pintu masuk rentasan sempadan ke Thailand dari Wang kelian, Perlis.

      Delete
  2. pernah ke wang kelian ni tempat shopping barang2 siam tapi xmurah sgt..

    ReplyDelete
  3. pernah dengar Satun tapi first time dgr Wang Prachan..tapi kalau WANG RINGGIT...kerap sgt JM dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama asal Wang Prachan adalah Wang Belacan,akibat dijajah oleh Thai maka Bahasa Melayu kian pupus di Satun

      Delete
  4. Trip penghujung tahun 2015? dh siap sedia preparation dari sekarang? HEBAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita merancang Allah yang menentukannya.

      Delete
    2. Saje merancang trip untuk anak-anak, sanak saudara dan kawan-kawan yang berhajat mengikut trip kami. Hi3.

      Delete
  5. katanya perlis pun tak suka undang2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya mengurangkan jumlah aliran kemasukan pelancung ke negeri itu.

      Delete
  6. Info baru buat saya.. terima kasih atas info ni tuan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap anda dapat ke Satun suatu hari nanti. Insyallah.

      Delete
    2. Mmg teringin nak ke sana... aamiin.. :)

      Delete
  7. Wang Kelian tu memang terkenal dengan sejarahnya. kalau tak silap dalam perlombongan bijih timah.

    ReplyDelete
  8. Wang Kelian memang terkenal dengan sejarahnya. kalau tak silap dalam perlombongan bijih timah.

    ReplyDelete
  9. wahhh..detail betul penerangan ttg negara thailand yg diberi. saya ni harap jer org kedah tp xpnah masuk lg ke thailand...huhu

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  10. Sy paling jauh pn smpai upp bkt itam tu je..tu pn sbb tlajak simpang sepatutnya nk g uum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Ada masa boleh pi jalan-jalan kat negara jiran.

      Delete
  11. Wang Belacan... dari manalah agaknya dapat nama tu...bolehlah en Din buat siasatan nanti...

    ReplyDelete
  12. Assalam,
    memang iols soka pi wang kelian
    window sopin sajork he3

    ReplyDelete
  13. Salam
    Terima kasih kerana sudi Highlight blog cap ayam kami :)
    Disamping mengusahakan Tourism, kami juga aktivis bahasa Melayu di Satun. Kami juga membantu mengajar bahasa melayu di sini.Pelajar ada lebih kurang 232 org berumur dari 5 th ke 12 th.
    Selamat Datang Ke Wilayah satun. Info lanjut baca di blog kami.
    Terima Kasih sekali lagi.Semoga Allah memberkati anda dan family...aamiin.

    ReplyDelete
  14. tentu byk yg menarik kat satun tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak tempat yang menarik. Antara yang utama adalah pulau dan pantai di sekitar Satun yang menarik.

      Delete
  15. nak pegi tapi mak ayah tanak pi.. huuurm..
    ada jual pulut mangga dak ?

    ReplyDelete
  16. cadang nak bermotor ke satun gimana ya apa keperluannya . info berguna "good job"

    ReplyDelete