Friday, 4 July 2014

Permohonan Visa ke China 2014

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur
( Maklumat ini ditulis berdasarkan pengalaman membuat visa pada 3 Julai 2014) 

A) Panduan Jalan dari LRT Pasar Seni Rapidkl ke Ampang Park

Saya naik LRT dari Pasar Seni  Rapidkl ke Ampang Park. Harga cuma RM1.60 sehala. Laluan yang akan saya lalui adalah Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park. Lepas itu saya turun di Ampang Park, cari exist Plaza OSK. Dari eskalator, anda akan jumpa dengan Tutti frutti dan terus menghala ke May bank atau Old Town White Coffee. Anda kena rajin tanya orang. Ibarat kata,' malu bertanya sesat jalan'. Anda akan berjumpa dengan Bank of China atau RHB Investment Bank dan terus belok ke sebelah kanan jalan. Jalan terus sehingga penghujung jalan sehingga jumpa 157 Hampshire Place atau di depan bangunan adalah Tokio Marine. 

Landmark Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur

Bangunan Pencakar langit 157 Hampshire Place

B) Panduan Jalan ke 157 Hampshire Place Office, Kuala Lumpur
  
Peta 157 Hampshire Place Office adalah seperti berikut :


Alamat Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur adalah seperti berikut :

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur, 
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm). 

Tutup pada cuti umum

C) Borang Permohonan Visa ke China. 

Borang boleh didapati secara percuma sama ada dari website atau di kaunter Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur. Saya biasa isi on the spot dan terus submit. Permohonan pertama saya dahulu ke Shenzhen saya muat turun dari website. Permohonan kali kedua ke Shanghai terus ke kaunter dan isi terus submit. Begitu juga penulisan kali ini adalah permohonan kali ke 3 ke Guilin. Terus ambil borang di kaunter dan submit on the spot.


Dokumen yang diperlukan semasa memohon adalah seperti berikut :

(i) Borang Visa Application boleh didapati secara percuma di kaunter Chinese Visa Application Service Center atau download dari www.visaforchina.org. 
Tel : +603 2175 8888.

ii) Sediakan sekeping gambar berlatar cerah (contohnya, warna putih) bersaiz pasport. 

iii) Bawa pasport asal dan sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput.

iv) Perlu salinan muka depan pasport pemohon. Kalau tak ada, perkhidmatan photocopy di sediakan di sana dengan sekeping 20 sen.

v) Cetak tiket penerbangan dan salinan boleh diterima. Salinan tidak akan dikembalikan.

vi) Sekarang tidak perlu lagi bukti booking hotel lagi, cukup sekadar menyebut tempat penginapan kita di borang. Contohnya saya menulis Green Forest Hostel, Nan Men Qiao Tou, No 110-25 South Zhongshan Road, 111111 Guilin, China.

vii) Saya boleh buat bagi pihak isteri. Tak perlu hadir kedua-duanya dan boleh diwakilkan. Boleh diwakilkan untuk lawatan ramai. 

viii) Anda boleh memilih sama ada single atau double entry. Harga single entry adalah RM85 dan double entry adalah RM105. Sekiranya anda ingin membuat 2 kali lawatan ke China dalam masa 6 bulan, eloklah pilih double entry. Menjimatkan masa dan duit sekali gus.



D) Hari dan Masa Pungutan Pasport dan Visa


Kutipan adalah 4 hari bekerja. Saya membuat permohonan pada  hari Jumaat dan boleh di kutip pada hari rabu depan di tingkat 6 dari jam 9am-4pm. Bayaran dibuat semasa hari kutipan nanti. Jangan lupa bawa bersama anda slip pungutan.   




35 comments:

  1. Kawasan tu tempat saya selalu lalu.. klu bukan bulan puasa, boleh kita jumpa minum2 petang hehee. Slmt mengembara ke China.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, nanti ada masa dan peluang kita jumpa. Masa akan tiba dan pasti tiba.

      Delete
  2. Wah...nak ke china pula..bestnyer..dapat pergi Kota Larangan mesti best.

    ReplyDelete
  3. En Din... mana entry Shanghainya...lama dah tunggu ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tulis Sydney dahulu...Insyallah Shanghai bila ada masa dan peluang nanti.

      Delete
  4. wah, hou leng aa~ hehee *menunggu entry guilin en.khai* ;3

    ReplyDelete
  5. Saya dapat kelulusan visa dalam masa 4 jam. Pagi saya buat, petang hari yang sama saya dapat.

    Ke mana di China?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah....anda bertuah sangat...buat visa ekpress kot atau pun kelulusan khas...Saya ke Guilin kali ini.

      Delete
  6. Boleh la tengok visa masa ke beijing.. tapi semua orang yg uruskan... heeeee

    ReplyDelete
  7. selamat mngembara ke china.. x sabar tunggu entry ke cina..
    owh itu dokumen yg perlu dibawa...baru tau..memudahkan nanti utk urusan masa dpan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry ini sebagai rujukan kawan-kawan. Entri ini adalah maklumat terkini dan ditulis pada bulan Julai 2014.

      Delete
  8. oooo cam tu rupanya... wahhh selamat mengembara

    ReplyDelete
  9. Dari philiphines ke china pulak ye abe, huhuhu bg kami x ber wang ni boleh tgk je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM lagi hebat dari kami...Kami baru mulai nak berjalan. Terima kasih kerana banyak belajar ilmu berjalan dari blog JM. Banyak phalanya.

      Delete
  10. Info bagus.. Blh sy link ke kaki travel jika ada pertanyaan dari kwn2 / pelanggan biz travel sy...tq en Din.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...no hal....kita suka berkongsi informasi dengan kawan-kawan blogger.

      Delete
  11. Nice sharing.. info berguna kalau nk buat visa nanti..=D

    ReplyDelete
  12. Info berguna.. selama ni tak pernah pergi buat visa sendiri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you....Dah follow blog anda di Bundle Bobi. Follower ke 23.

      Delete
  13. nmpaknya x lama lagi akan muncul entri jalan2 kat china la plak. heheh

    ReplyDelete
  14. menarik...info yang berguna..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. Nampak macam senang je nak apply sendiri ni ek...

    ReplyDelete
  16. kalo nak apply ol9 atau pos boleh x

    ReplyDelete
  17. Bang, kalau nak senang guna ejen ni http://www.tripvisa.my . Mereka cuma nak visa form,passport dan gambar je. Lain-lain macam flight booking ke hotel voucher ke tak payah. Siap pungut passport dari customer dan hantar balik, percuma. Nak buat 3 tahun multiple entry pun boleh. Tapi mahal la. Tak semua ejen boleh buat 3 tahun multiple entry. Hanya 3 atau 4 ejen je yang dapat privilege ni.

    ReplyDelete
  18. Saya nak pergi Ghuangzhou 3 org. boleh tak sorg shj yg bawa passport etc utk mohon visa tu. or semua kena hadir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.No hal.Seorang jadi wakil kepada 2 orang yang lain. Bawa passport etc.

      Delete