Tuesday, 1 July 2014

Mabuhay Manila 31 : Intramuros II

Ramon Catholic Cathedral Of Manila

Di antara  tiga landmark utama yang kami singgah adalah Monumen Peringatan Tentera Jepun, Gereja St. Augustin, dan Gereja Manila Cathedral  di antara gereja tertua di Filipina. Akhir sekali, kami menghabiskan hari-hari petang kami di Fort Santiago pelabuhan pertama yang dibina Sepanyol sebagai kubu pertahanan. 

Bagaimana kami bergerak dari Rizal Park ke Gereja St. Augustin ? Uncle yang menjaga Rizal Execution Site yang menawarkan diri untuk menghantar kami ke Fort Santiago. Kami membonceng motorsikalnya, bertiga dengan bayaran 100 PHP (RM8.00). Rasa bersalah juga membonceng motorsikalnya tanpa helmet. Kalau di Malaysia sudah pasti kena saman. Katanya, ini part time job. Pasal kerja jaga ni gajinya kecil dan perlu kerja lebih untuk menampung keluarga. Uncle tu hantar kami ke Fort Santiago tapi Cinta minta dihantar terlebih dahulu ke Gereja St Augustin dan Gereja Manila Cathedral. Kedua-dua gereja terletak di jalan yang sama dengan Fort Santiago. Selari.

Dari Gereja St. Augustin anda terus berjalan anda akan ketemu dengan Monumen Peringatan Tentera Jepun, dan terus berjalan di arah yang sama anda akan berjumpa dengan Gereja Manila Cathedral. Depa pandai berbahasa Inggeris. Kena rajin bertanya je.


Roman Catholic Cathedral of Manila

Keterangan akan Roman Catholic Cathedral of Manila

Pandangan depan Roman Catholic Cathedral of Manila

Di lihat dari kejauhan Roman Catholic Cathedral of Manila

Sekiranya anda terus berjalan dari Gereja Roman Catholic tadi, anda akan berjumpa dengan Landbank Intramuros
  
Di depan Landbank Intramuros, anda akan berjumpa dengan Intramuros Fire Station. Fort Santiago adalah di belakang bangunan ini.

Ahli Bomba di Intramuros Fire Station

Di sebelah kanan anda, jalan masuk ke Fort Santiago, anda akan berjumpa dengan Mananzan Handicraft

Selamat Datang Fort Santiago, kami menghabiskan masa petang di sini. Banyak tempat yang menarik untuk dijelajah di sini 

Kereta kuda, pandangan biasa di Fort Santiago. Menanti kedatangan anda semua. Mabuhay Manila. 

24 comments:

  1. bilalah dapat ke Manila ni..teringin sesangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong jawab...booking je tiket, pastu pergi... sonang je...

      Delete
  2. melihatkan patung2 katolik pada bangunan tu... teringat sekolah idah dulu ada patung lebih kurang macam tu juga... tapi rasa sekarang dah tak ada dah... di turunkan kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya, bangunan-bangunan depa penuh dengan patung dan ukiran pelbagai jenis bentuk...sama fenomena seperti yang ada di Eropah.

      Delete
  3. Kota lama Intramuros...best ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kota pertembungan pelbagai budaya....best dapat menghayati budaya bangsa depa.

      Delete
  4. Pemandangan yang menarik berserta pengetahuan mengenai lokasi... untungnya dapat travel keluar...

    ReplyDelete
  5. nak naik kereta kuda..beznye...
    tahniah
    http://umikasum.blogspot.com/2014/07/top-komentar-blog-yumida-jun-2014.html
    tq bebyk sudi mengomen kat blog yumida
    moga ukhuwah antara kita terjalin erat
    salam ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Yumi. Moga hubungan terjalin erat. Selamat berpuasa.

      Delete
  6. cinta peminat tempat2 bersejarah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sejarah bangsa dijadikan teladan dan sempadan selagi hayat dikandung badan.

      Delete
  7. Senibinanya amat kukuh & mengkagumkan... mmg terjaga indah semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga warisan bangsa dan tamaddun diperlihara demi generasi akan datang.

      Delete
  8. bangunan lama ni senibinanya unik ...

    ReplyDelete
  9. ishh..kenapa JM leh terlepas entri ni..tak nak komen lah sbb dah merajuk..nak tgk gambar je :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak kerana sudi melawat blog picisan saya.

      Delete
  10. Yer la uniform depa sama ja.. beza tang topi jer..=D

    ReplyDelete
  11. Untungnya dapat ke sana..

    ReplyDelete