Thursday, 10 July 2014

Mabuhay Manila 35 : Shopping time at Mall of Asia

Shopping di KULTURA, Mall of Asia.

Hari Keempat ( Isnin Malam)

Kami terus keluar dari Fort Santiago dan jalan lurus menghala ke depan Balai Bomba Intramuros. Banyak Jeepnay di sana untuk ke Mall of Asia

Bangunan di luar Fort Santiago

Sungguh klasik bangunan di Manila

Senja telah berlabuh dan kami terus mencari Jeepnay untuk ke Mall of Asia. Kami kesuntukan masa. Tak ada masa langsung untuk shopping. Kami naik Jeepnay di depan balai bomba Intramuros. Cari je Jeepnay yang hendak ke Mall of Asia. Harga dari Fort Santiago ke Mall of Asia adalah 25 Php (RM1.80). Masa ini adalah untuk shooping oleh-oleh.  


 
Aku dan Mall of Asia

Waktu Senja di Mall of Asia

SM Mall terletak berdekatan dengan Mall Of Asia

Mall of Asia

 Malam ini malam terakhir di Manila. Kami shopping je di Kultura yang terletak di Mall of Asia.

Alamat Kultura, Filipino adalah seperti berikut :

Kultura Store, INC.
SM Mall of Asia SM Central Business Park,
Bay City Pasay City 1300 Telepohone :# 556-0416 to 17


Kultura adalah di dalam Mall of Asia, level ground floor. Boleh di katakan sebagai kedai cendera hati. Saya beli tshirt, key chain, beg dan fridge magnet di sini.

Kultura Filipino

Anda harus meneroka Divisoria market. Cuba anda tengok komen di trip advisor. Pasar besar depa seperti di Tanah Abang Jakarta, atau Petaling Street atau Chow Kit Road di Kuala Lumpur. Pasar yang murah dan ada macam-macam. Cari je Jeepnay yang hendak ke Divisoria Market.

Divisoria Market, Cllaro M.Recto Avenue
Kredit : Ichareyes.wordpress.com

Kami terus mencari Jeepnay untuk pulang ke hotel. Kami mencari Jeepnay yang hendak ke UN (United Nation Station). Harga dari MOA (Mall of Asia) ke UN adalah 16 Php (RM1.20). Kita boleh naik Jeepnay di kawasan berdekatan dengan PHLPOST Post Office, di depan MOA. Kita kena rajin tanya orang. Depa fasih berbahasa Inggeris.

Anda boleh juga mengirim postcard dari sini ke Malaysia.

Hari kelima ( Selasa Pagi)

Flight kami ke Kuala Lumpur adalah pukul 6.40 pagi. Waktu kita adalah sama waktu dengan Manila. Kami ambil teksi dan terus bertolak ke airport. Harga Teksi adalah Php 170 (RM12.50) berbanding dengan dulu mula-mula kami sampai (Php 530= RM38.85)

Cuba anda hubungi En Edwin De Cruz di no 56-B, Nagtahan South Pandacan. di no 09089542327. En Edwin tinggal di kawasan yang tidak jauh dari Hotel Otis, Robinson, iaitu hotel tempat penginapan kami. Beliau beragama Islam dan berasal dari Pulau Mindanao. Caj perkhidmatan teksi beliau berpatutan.

Ini adalah entri terakhir lawatan kami. Ada satu lagi entri terakhir iaitu summary trip ke Manila termasuk pembentangan belanjawan kami ke sana. Jungan lupa airport tax yang perlu disediakan sebelum anda berlepas pulang ke tanah air (Php 550 = RM40.30). 
  
Bendera Manila : Mabuhay Manila. 

17 comments:

  1. wahh bestnya jalan-jalan..cantik gambar

    ReplyDelete
  2. 4 hari je di sana pesal Jm rasa mcm lama beno abe mkl d sana sbb entri masuk siri ke 35 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg mkl update rileks2 je..tu yang 35 siri.hehe.jangan marah Abg MKL

      Delete
    2. Rasa macam dua minggu kan JM..:)

      Delete
    3. Harap rakan-rakan blogger tidak jemu membacanya. Terima kasih kerana menjadi pembaca yang setia.

      Delete
  3. cantik bangunannya... klasik. pemandangan pun lawa ^___^

    ReplyDelete
  4. Kenapa kawasan Mall dia macam tak banyak kenderaan... lengang je tak macam kat tempat kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga. Pasal jalan-jalan masuknya sangat luas dan jauh dari jalan utama.

      Delete
  5. pengalaman lawatan yg sgt menarik di manila ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah mengutip banyak pengalaman mengembara ke Manila. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

      Delete
  6. Manila cantik juga ye?

    ReplyDelete
  7. kalau bawak awek masuk mall of asia tu ade kebarangkalian dia tak keluar dah..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Wah... cantik2 permandangannya. Paling seronok tengok gambar anda memikul dunia... amat berat tanggungjawab tu hehee.. :D

    ReplyDelete
  9. Tempat menarik boleh membeli belah sekali. :0

    ReplyDelete
  10. tuan, senang tak nak cari pej pos tu?

    ReplyDelete