Monday, 7 July 2014

Bertemu Semula di Jannah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini (1953-2014)

Tiga perkara yang ditinggalkan anak adam.



Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini telah meninggal dunia pada awal pagi Sabtu, 5hb Julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi akibat jangkitan paru-paru yang dikesan sejak dua tahun yang lalu. Beliau berusia 61 tahun dan meninggalkan seorang anak, Aliff Omar. 




Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953. Allahyarham pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru. Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album. Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.




aliff sharifah aini
Anak yang soleh, Aliff Omar mengimamkan solat jenazah


Saya adalah peminat utama Arwah Datuk Sharifah Aini. Saya dibesarkan dalam suasana yang penuh dengan dendangan lagu-lagu klasik era biduanita negara di corong-corong radio pada tahun era 70an, 80an dan 90an. Apa yang membuat saya terharu dan menangis kegembiraan adalah apabila melihat anaknya , Aliff mengimamkan solat jenazah untuk arwah ibunya yang tersayang Sabtu lalu.  Ini juga nukilan saya sebagai seorang blogger, dan berharap anak-anak lelaki, Muhammad Nassier dan Ahmad Nasree akan mengimamkan solat jenazah apabila saya menemui pencipta pada suatu hari kelak. Hasrat ini telah saya sampaikan kepada anak-anak saya dan juga cinta, isteri tersayang melalui nukilan ini.   

Sesungguhnya, para pembaca yang budiman  tiga amalan yg dibawa mati adalah seperti berikut yang disabda Nabi Muhammad SAW  :

1) doa anak yang soleh - Anak yang soleh dan solehah tidak lupa mendoakan kebaikan untuk orang tuanya di setiap akhir solatnya.
2) ilmu yang dimanfaatkan - berkongsi dengan orang lain kebaikan dan ilmu yang bermanfaat. ilmu-ilmu agama dan sesuatu yang baik kita share di facebook, merupakan saham akhirat yang paling mudah untuk kita buat, InsyaAllah. Setiap yang membaca lalu mengamalkan atau menyampaikan, pahala terus mengalir kepada kita walaupun kita berada di sana.
3) sedekah dan amal jariah - sedekah yang paling hebat adalah di mana apabila tangan kanan memberi tetapi tangan kiri tidak tahu langsung. Hati yang ikhlas, takut akan timbulnya riak.

Begitu terharu saya membaca nukilan terakhir Arwah Datuk Sharifah Aini untuk para peminatnya :



Kredit : meradongtoday.blogspot.com


Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Selamat beristirehat dan bertemu Sang Pencipta, Biduanita Negara, Arwah Datuk Sharifah Aini. Mari kita semua mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah di alam Barzakh. Amin Ya Allah.

Satu artikel yang membuat hati saya sebak dan terharu.. Sila baca dan link adalah seperti berikut :

Melupakan Arwah Datuk Sharifah Aini sebagai biduanita negara.

http://saifulislam.com/2014/07/melupakan-sharifah-aini-sebagai-biduanita-negara/


Kredit  : Astro Awani, Rotikaya.com, beautifulnara.com.  



29 comments:

  1. saya juga rasa terharu melihat anak dia yang mengimamkan solat jenazah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga anak-anak kita akan mengimamkan solat jenazah apabila kita meninggal dunia kelak.

      Delete
  2. semoga allahyarhamah memperolehi husnul khotimah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, sama-sama kita berdoa agar allahyarhamah mendapat husnul khotimah.

      Delete
  3. smoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. amiin..

    ReplyDelete
  4. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati... semoga segala amalannya diterima olehNya...

    ReplyDelete
  5. al-fatihah.. terharu baca..
    semoga beliau ditempatkan dikalanganorg yg beriman

    ReplyDelete
  6. Semoga Allahyarhamah di tempatkan bersama mereka yang beriman.

    Saya suka lagu-lagunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka lagu-lagunya. Semoga rohnya dimasukkan ke dalam syurga.

      Delete
  7. Mmg sedih dgn berita ni tp kita hanya mampu berdoa agar beliau aman d sana dan al fatihah buat arwah. Alhamdulillah beliah pergi dlm bulan mulia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga arwah dimasukkan ke dalam syurga. Amin,insyallah.

      Delete
  8. Semoga ALLAH merahmati beliau. Kita hormati pesanan beliau dan marilah sama2 kita doakan agar beliau di redhoi ALLAH. In sya ALLAH pengakhiran yang baik nampaknya utk beliau. Kita ni tak tahu mcm mana lagi. Al-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya pengakhiran yang mulia dan baik. Semoga arwah dimasukkan ke dalam syurga.

      Delete
  9. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman... Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Terima kasih kerana kunjungan anda ke blog saya..semoga roh arwah dimasukkan ke dalam syurga.

      Delete
  11. Al Fatihah..semoganya rohnya dicucuri rahmat...

    Regards
    Strider-

    ReplyDelete
  12. setiap ibubapa mengimpikan anak yg soleh yg kelak akan menyembyangkan jenazahnya n mendoakan saat kematiannya...alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah doa dan harapan kita sebagai ibu bapa mengimpikan anak yang soleh yang kelak akan menyempurnakan kita apabila kita meninggal kelak. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh. Kita sebagai ibu bapa selalu mendoakan kebahagiaan anak-anak dunia dan akhirat. Amin.

      Delete
  13. Terima kasih...insyallah banyak berdoa agar roh kita nanti akan dimasukkan ke dalam syurga. Alfatihah.

    ReplyDelete
  14. al-fatihah buat arwah.kita takkan dapat mngagak pengakhiran kita macamana nanti.semoga akan mendapat khusnul khatimah dan anak soleh untuk terus mendoakan kita..

    ReplyDelete