Thursday, 17 July 2014

i-City Shah Alam 1 : Malaysia Travel

My First Visit to the Coolest Hotspot inTown

Kembara kami kali ini adalah ke I-City, Shah Alam. Melancong dalam negeri juga tidak kurang menariknya. Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang baik lagi hujan batu di negeri sendiri. Nak ke i-City agak mudah juga. Kan GPS ada, pasti boleh sampai punya. Kalau tidak cari saja pintu masuk No.2 ke UiTM (berhampiran Wisma Jakel Seksyen 7 Shah Alam). Ada simpang 4 dan traffic lite, ambil saja laluan yang bertentangan dengan pintu masuk ke UiTM.

Di harap tidak mengelirukan anda. Guna je GPS. Jalan terus sampai jumpa simpang ke kiri selepas sungai kecil (Longkang besar), masuk ke kiri dan jalan terus. Dari sini anda pasti nampak kerlipan lampu LED di i-City. Saya terus memandu Ke Gate A. Terus masuk ambil parking tiket. Parking di mana-mana area di kawasan berhampiran Maybank, KFC, 7 eleven, The Chicken Riceshop atau Pos Malaysia. Parking fee tak mahal. Kami parking dari jam 930 pagi sehingga 1000 malam baru di caj RM12.00.

Alamat : I-City, XG 7, Jalan Plumbum X7/X, Pusat Komersil Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Harga masuk pulak. Murah je. RM 70 untuk 6 attractions. i) Water World  ii) House of Horror iii)Trick Art Museum iv) Snowwalk v) Red carpet  vi) Space Mission. Harga asal adalah RM165. Kami beli semasa MATTA FAIR bulan Februari 2014. Link blog tentang MATTA Fair Feb 2014 telah saya siarkan di ink berikut :  http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/03/jalan-jalan-matta-fair-mac-2014.html. Berbaloi kalau beli di MATTA FAIR. MATTA FAIR yang berikut adalah pada bulan Sept 2014.  

Mengimbau kembali semasa kami bercuti ke Sydney sahaja. Kalau nak masuk ke Madame Tussauds, Sydney beli tiket di kaunter sahaja dah AUD 40 (RM120). Atau on line tiket sahaja AUD 28 (RM98). Kiranya berbaloi, di Malaysia RM70 boleh tengok 6 attractions instead of Red Carpet (Madame Tussauds Malaysia). 
  


Begitu indahnya negaraku, Malaysia

Di kejauhan Giant Ferris Wheel

Peta i-City

Gate A  : Pintu Masuk Kami. Kami cari parking di kawasan ini. 

Pintu B: Water World & Snowalk

Pintu C : Trick Art Museum, House of Horror, Red Carpet & Space Misson

We Were here

Kakitravel

Cinta

16 comments:

  1. Wah dh semakin menarik la iCity skrg. =D

    ReplyDelete
  2. wahh...lama dah tak singgah i-city dah terasa lain plak bila tengok gambar2 nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Tak pernah ke I-city walau dah brtahun dok kl . Sedih kan..hehe

    ReplyDelete
  4. bila la nak jejak i city agaknya ...

    ReplyDelete
  5. ish dah lain dah ict..dlu p de apa.. skrg mcm2 dah ada..tket pun dah mahai

    ReplyDelete
  6. Bila tengok gambar2 ni, teringat pulak ttg entri sahabat di taman tema Manila tu hehee... Nice sharing bro.. :)

    ReplyDelete
  7. gambar giant ferris wheeltu cantikler...
    i city tu best tapi masalahnyer harga tiket kadang2 letih nak membaayarnyer...
    semua tempat kena bayar.. takder pakej ker hapa entahler tak periksaler pulak...

    ReplyDelete
  8. icity yg cantik sentiasa berubah isinya...

    ReplyDelete
  9. Kita pun belum sampai sini..dekat tapi jauh..he..he

    ReplyDelete
  10. tak bagitau nak ke sini
    boleh sua muka...hehe
    awat p siang, p malam sikit baru meriah

    #prayforMH17

    ReplyDelete
  11. Tak pernah pergi lagi ICT..

    setakat wisma jakel je (tarikan kuat)..

    ReplyDelete
  12. Bayar RM 70 untuk semua boleh masuk ? Murah gila parking fee....hehehe

    ReplyDelete
  13. Lorrrr abe mkl dh blk dari sydney rupanya, bila nk up entri. Jm yg dekat ni pun x jejak lg kaki ke sana sedih!! X de ke gambar dgn lampu yg bergemerlapan tu. Bestnya travel ngan chenta je ke mana2 mcm g honeymung

    ReplyDelete
  14. Sangat menarik...sesuai untuk seisi keluarga

    ReplyDelete