Friday, 18 October 2013

Bali Island-Simply the world's best Island-Part II


Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

BismillahahiRRahmananiRRahiim

Di sini adalah sambungan entri kedua. Buat diri saya, Bali adalah antara destinasi pelancungan kesukaan saya. Bali sesuai untuk honeymoon dan memiliki pemandangan antara yang tercantik di Indonesia.  Kali ini Pemandu pelancong bawa saya ke Yan Yan Gold Silver,pusat, membuat barang-barang kemas dari Perak dan emas. Kami telah melawat Desa Celuk @ Gianyar. Gianyar adalah menghala ke utara sebelum Ubud, yang terletak di Central Bali.

Saya suka pemandu pelancong, Afant kerana keramahan dan keikhlasannya memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggannya. Dia cuba sedaya upaya memuaskan hati kami. Kami diberi pilihan menentukan tempat yang kami hendak melawat. Misalnya, saya pilih untuk tidak pergi ke Barong keris Dance Show dan Sea Food di Jimbaran. Kami harus pilih kerana masa amat mencemburui kami.



Pintu Masuk Yan Yan





Anda boleh menawar sehingga 60% daripada harga asal


Harga Jualan tidak mengikut gram tetapi semakin rumit cara buatannya semakin mahal.

Timah diimport dari Kalimantan

Perak dan Timah dicampur kemudian dibakar

Yang dibakar itu direndam dengan air asam dan garam supaya berkilat




Saya berjalan ke arah tempat letak kereta



Saya bersama kenderaan yang disewa, muat untuk 7 orang, tapi kami berdua sahaja


Untuk renungan anda semua dan juga peringatan buat diri saya.

Biasa kita akan mendapat tiga pahala " Jika mulut seseorang berkata jujur, maka prilakunya kan bersih, jika niatnya baik, maka rezekinya akan ditambah, dan jika ia berbuat baik kepada keluarganya, maka umurnya akan ditambah". Subhanallah. Semoga kita semua akan mendapatkan tiga hal tersebut sehingga kita perolehi kebahagiaan dunia akhirat. Amin.

Renungan yang kedua adalah seperti yang berikut : In a nutshell, people talk behind your back for three reasons; when they can't reach your level, When they don't have, and what you have, When they try to copy your life style, but can't.  Ada aku kisah. Yang penting, Allah ada dan sama-samalah kita menjaga kekasih hati kita, Allah s.w.t. Insyallah, amin.  

16 comments:

  1. Borong penuh jari wife ke...hehe
    Sungguh indah dan halus sekali kesenian mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang kemas adalah sebahagian daripada wanita.

      Delete
  2. bestnye dpt tgk secara live cara pembuatannya...

    ReplyDelete
  3. wow....klu cmtu bleh larr bli yang buatannya biasa biasa...blk jual semula di malaysia...

    ReplyDelete
  4. wow best nya dpat tgk depan mata kan .. :)

    ReplyDelete
  5. salam jumaat.. unik cincin tu.. isi 2 tabung.. :D

    ReplyDelete
  6. bali antara tempat yang saya target nak pegi tapi tak berkesampaian lagi...tapi ade dengar orang kata barang kat bali quite expensive tapi lepas dengar boleh tawar smpai 60% mesti takde laamahal seperti disangka..

    p/s: isi tabung shell fuel save..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. wow seronoknyee.. bila le teman dapat berjalan2 ke sana ke mari..

    ReplyDelete
  8. waahh..seronoknyee...salam jumaat :)

    ReplyDelete
  9. wah beznye..jalan jalan makan angin
    yumida isi tabung Nuffnang sini - ford - selamat menabung :)

    ReplyDelete
  10. Wah.. sungguh beruntung dpt melawat ke tempat pembuatan barangan aksesori tu.. best.. hand made tu.. Salam Jumaat.. done klik2 sahabat :)

    ReplyDelete
  11. untunglah boleh jalan-jalan kat tempat orang.. harap2 1 hri nanti dapat rasa gak pengalaman tu... :)

    ReplyDelete
  12. jauh perjalanan, luas pengalaman...

    ReplyDelete
  13. Bali sesuai utk honeymoonk atanya...kalau mcm tu..JM nak pilih BALI lah for honeymoon...

    ReplyDelete
  14. Farah ada singgah sini jugak..tp tak beli pun sbb harga mahal sgt..lgpun tak berapa minat barang2 silver..hehehe

    ReplyDelete