Wednesday, 30 October 2013

Pantai Batu Hitam, Kuantan Pahang

Selain Balok dan Teluk Cempedak, Pantai Batu Hitam amat terkenal di kuantan, Pahang. Pantai ini terletak kira-kira 10 km dari kuantan. Sekiranya anda dari kuantan dan menghala ke kuala Terengganu, pantai ini terletak di sebelah kanan bahu jalan. Keunikan pantai ini berbanding pantai yang lain adalah bentangan batu hitam yang menonjol pada pantai berpasir putih. 

Pengunjung-pengunjung bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga para pelancong luar. Pantai ini agak sesak pada penghujung minggu. Pantai ini begitu bersih dan mempunyai banyak kemudahan seperti tempat duduk, kemudahan tandas awam, tempat mandian, ruang untuk berkhemah dan berkelah.. Pantainya selamat untuk bermandi-manda. Gerai-gerai makanan laut pun ada di kawasan ini. Saya suka persekitarannya yang tenang dan bersih disertai dengan pohon-pohon nyior melambai-lambai kedatangan anda sekalian.






























Tok Selampit ingin mengatakan bahawa pantai ini semenangnya sesuai untuk berkelah, mandi manda dan berkhemah. Kita lihat apakah maksudnya Tok Selampit supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kemudian hari. 
TOK SELAMPIT ialah nama gelaran yang diberikan kepada tukang cerita atau penglipur lara yang selalunya menceritakan kisah-kisah hikayat, mitos, lagenda, atau cerita rakyat kepada masyarakat kampung. Penduduk kampung pada zaman dahulu biasanya akan berkumpul beramai-ramai untuk mendengar Tok Selampit bercerita. Tok Selampit akan bercerita diselang-selikan dengan nyanyian gurindam, syair, pantun dan seloka. Antara alat muzik yang digunakan Tok Selampit bagi mengiringi ceritanya adalah seperti rebab, serunai dan gendang. Kebiasaannya Tok Selampit melalui kisah hidup yang lara dan sering merantau dari satu tempat ke tempat yang lain. Antara cerita popular yang diceriterakan seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Awang Donan dan Hikayat Malim Deman.

11 comments:

  1. Sukandaily | Sport images at its best

    www.sukandaily.com.my


    Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video

    ReplyDelete
  2. cantik suasana pantai.. isi tabung.. :D

    ReplyDelete
  3. cantiknyer view...

    ReplyDelete
  4. bersih jer pantainya ...

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Pantai Bantu Hitam juga terkenal di sini. Saya selalu pergi. Mandi manda dan jalan-jalan. Uniknya batu hitam itu. Tapi kalau air dah pasang, semua batu hitam itu lesap. :)

    ReplyDelete
  6. Motor tu yang menarik... Bila dapat nak pakai ni.. hehehe

    ReplyDelete
  7. ha ah.. mmg ada batu kaler hitam..

    ReplyDelete
  8. eh...jie xprnah dgr pn..bleh pergi ni..

    ReplyDelete
  9. Permandangan pantai yg sungguh mendamaikan.. terbaik.. :)

    ReplyDelete
  10. Sejuknya mata memandang..klu dapat pergi sendiri lagi best !!

    ReplyDelete