Friday, 4 October 2013

Sang Penyu Di Rantau Abang

Rantau Abang, Terengganu 
(26 September,2013)



Syukur alhamdulillah dapat berkenalan dengan sang penyu. Sang Penyu salah satu habitat semulajadi yang hampir pupus. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menangani masalah ini bagi menggelakkan kepupusan.  Rantau Abang adalah kira-kira 60 km dari kuala Terengganu dan kira-kira 20km dari kuala Dungun. Rantau Abang adalah tempat penyu bertelur. Biasanya pada bulan April hingga Ogos adalah musim bertelur di Rantau Abang. Penyu akan mendarat pada waktu tengah malam sehingga pagi. Pantai sepanjang 3 km menjadi pilihan penyu mendarat kerana dikatakan di pantai ini mempunya ibu penyu. 

Pintu Gerbang Rantau Abang









Pantai Rantau Abang :

Kami melawat pantai Rantau Abang pada bulan September. Jadi terlepas peluang melihat penyu bertelur. Kami nasihatkan anda melawat pantai ini dari bulan April hingga Ogos untuk melihat aktiviti penyu bertelur. 

Hari Mendung
Bot-bot nelayan
 Gelanggang bola tampar
Angin bertiup dengan kencangnya
Dari Kejauhan
Laut bergelora
Pantai penyu mendarat
Hari nak hujan

Lawatan kami ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang.


Pusat ini mula beroperasi sejak tahun 1985. Pada tahun 1989, Pantai Rantau Abang telah diisytiharkan sebagai Santuari Penyu Rantau Abang. Panjang pantai adalah 14 km dari Kg. Jambu Bongkok hingga Kg.Sungai Kuala Abang.  Pantai ini menerima pendaratan penyu belimbing dan penyu agar. Purata pendaratan adalah kira-kira 30 hingga 50 sarang setahun. Terdapat 4 spesies penyu di Malaysia iaitu Penyu Belimbing(Dermochelys coriacea), Penyu Agar (Chelonia mydas), Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Lipas (Lepidochelys olivacea). Di dunia, kini terdapat 7 spesis penyu dan 4 daripadanya mendarat dan bertelur di pantai Malaysia.

Penyu Belimbing
Penyu Agar
Penyu Lipas
Penyu Karah






Habitat Penyu yang semakin hari semakin terancam



Seekor Penyu 


Penyu

Lukisan kanak-kanak


Tuntung Laut hidup antara 70-80 tahun

Tuntung laut tinggal di muara sungai dan bertelur di pantai. Semasa mengawan, tuntung jantan akan bertukar menjadi warna putih dengan jalur merah di sisi matanya dan tuntung betina tidak bertukar warna.

Bunga Kemboja bunga pujaan daku
Kawasan penetasan telur penyu. 

Telur penyu yang dikutip akan ditanam dalam pasir untuk tujuan kajian dan pemeliharaan supaya tidak mati dimakan burung. Telur ini akan di ram selama 60 hari.

Pintu masuk ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang

Pusat ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pengurusan penyu dan penguatkuasaan seluruh negeri Terengganu. Tempat ini adalah tempat mengumpul dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan penyu. Pusat ini adalah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan penyu dan untuk mendapatkan gambaran umum sebelum melihat penyu sebenar di pantai,

Seekor Tuntung laut (Painted Terrapin) dengan serendah hati merayu agar anda :

i) Jangan makan telur penyu
ii) Jangan musnahkan habitat semulajadi penyu
iii) Hentikan penggunaan peralatan menangkap ikan yang boleh menangkap dan membunuh penyu secara tidak sengaja
iv) Mencegah tumpahan minyak di perairan negara
v) Jangan membuang sampah ke dalam laut
vi) Jangan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menganggu penyu mendarat untuk bertelur. 
vii) Melaporkan kematian penyu dan kecurian telur penyu kepada Jabatan Perikanan.

Alamat yang berguna:
PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU
RANTAU ABANG
23050 DUNGUN 
TERENGGANU DARUL IMAN
NO TEL/ FAX ; 09-844 4169

14 comments:

  1. Wah seronoknya.. permandangannya pun mendung redup je. Thanks juga utk tips musim terbaik utk pergi ke sana ye.. done klik $$ :)

    ReplyDelete
  2. wah..seronok pulak kathy tengok...

    ReplyDelete
  3. saya pernah tengok telur penyu menetas kat penang... tak ramai yg tahu kat penang pun ada tempat penyu bertelur.. hehehe

    datang isi tabung sini..

    ReplyDelete
  4. Teringin nak ke terengganu... ;)

    ReplyDelete
  5. beznye
    yumida x pnh lg sampai ke tganu
    beznye..byk tmpt utk dilawat

    ReplyDelete
  6. wahh syok jugakan jalan-jalan di terengganu

    ReplyDelete
  7. Suatu hari nanti nak dtg sini jugak....mcm best jer...hehe

    ReplyDelete
  8. Dah klik tabung kat blog ni ...thanks bro

    ReplyDelete
  9. wow sangat menarik ... done klik $$

    ReplyDelete
  10. baru tau psal tuntung...jie pn ddk area ni..tapi xprnah pergi...

    ReplyDelete
  11. Dulu g terengganu tpi x g pun rantau abg sbb msim hujan masa tu.. Bestnya kn dpt tgk pnyu...

    ReplyDelete
  12. bestnya uncle ke sana.. saya teringin nak tngk penyu depan2..then nak pegang sangat ank penyu yang baru menetas.. :)

    ReplyDelete