Wednesday, 2 October 2013

Incik Hubby Terchenta,Kuala Terengganu dan Halim Othman

Gerai Kak Pah di Kuala Terengganu.



Masjid Kristal


Hari Pertama (20 September,2013)

Bagi post kali ni, Incik Hubby Terchenta (Mr. Khairuddin Lim) meminta saya (Si Cinta) agar menulis sesuatu tentang percutian kami di Kuala Terengganu. Ini bukan percutian yang dirancang pun memandangkan kami baru je balik dari Bali tiga hari lepas. Sebenarnya Incik Hubby Terchenta ada urusan kerja di KT jadi saya pun tanpa berasa segan dan silu terus mengangkat tangan mengoffer diri jadi driver Incik Hubby Terchenta ke KT memandangkan Incik Hubby Terchenta kata saya bawa kete boleh lawan Michael Shumacer **mati la kena saman AES.


Kami bertolak dari Tanjong Malim pukul 5 ptg hari Jumaat sebab Incik Hubby Terchenta nak setelkan semua urusan kerja dulu sebelum bertolak ke KT. Saya ni dah cemas sebab kami bertolak dah lewat dan pukul berapa nak sampai KT nye sebab saya tak boleh bawa kete memalam. Kalo siang Incik Hubby Terchenta kata saya bawa keta macam pelumba F1 tapi kalo malam beskal pun boleh potong (cis ini satu penghinaan ni hihi). Tapi disebabkan bilik hotel dah ditempah melalui Agoda jadi dengan rabun-rabun ayamnya saya pun gigihkan diri juga drive kete. Kami terpaksa melalui jalan Genting Highland yang berliku2 tu. Adoiii cemas jugak sebab banyak bas dan lori lalu kat situ. Masing2 bawa kenderaan macam bawa kat litar sepang. Saya yang tak pernah drive kat jalan tu berdoa banyak2 jangan la jadi apa2 yang buruk kat kami.

Cadangnya kami nak singgah makan kat Warung Pinggan Besar Aziz Satar kat Kemaman, banyak review cakap makanan kat sana best-best dan banyak pilihan. Yang paling super duper sedap adalah sata nyum nyum. Tapi rasanya malam2 bute ni yang ada pinggan je kat warung tu.  Akhirnya kami decide singgah je mana2 restoran yang kami jumpa. Dalam pukul 8 lebih kami sampai di Cherating. Singgah kat sebuah restoran nak mengisi perut yang kelaparan. Saya order nasi goreng ayam dan Incik Hubby Terchenta order nasi putih dgn tom yam. Tom yam nya sedap tapi nasi goreng ayam nya kureng sikit. Pukul 10 kami meneruskan perjalanan ke KT. Sorang pakcik yang kami jumpa di restoran suruh kami bawa keta slow lepas di kawasan Kemaman sebab katanya jalan gelap dan banyak lembu lalu lintas **ate boleh ke guna ayat cenggini. Fail BM aiollsss.


Tugas memandu dipass kan kepada Incik Hubby Terchenta memandangkan Tuan Puteri sudah mahu beradu **menyesal aku bawa minah sorang ni asik nak membuto je, kata Incik Hubby Terchenta dalam hati.(kata sayang isterikan,kata saya pulak dalam hati kiki..)

Dalam pukul 2 pagi kami pun sampai di Pantai Batu Burok. Cari punya cari pusing punya pusing haram tak nampak bayang Intan Beach Resort, Pantai Batu Burok. Maps kat iPhone tunjukkan dah sampai kat resort tu. Tapi tengok kiri kanan macam kawasan kubur je,semak samun **cis koman betul maps iPhone ni. Kami pun berenti keta tepi jalan sebab nak call org resort. Baru nak pegang fon, tetiba Incik Hubby Terchenta cuit saya, “cinta, ada pak polisi sebelah keta kita” kata beliau dengan nada cuak kikiki. Polis tu pun tanya arah tujuan kami.. Agaknya dia ingat kami nak merampok atau couple yg ingin bermadu mesra ditepi jalan kot **helluuu pak polisi, ai ni ala2 ostajah gitu, xbuat maksiat-maksiat ni..

Akhirnya setelah beramah mesra dengan pak polisi, diorang pun bagi la arah nak ke Intan Beach Resort. Rupa-rupanya dekat je dengan jalan kami berenti tu. Belakang jalan je. Apa punya maps iPhone la **ketuk-ketuk iphone kat meja bagi stabil sikit.
Kami sampai bilik pukul 2.30 pagi. Masuk bilik je terus check wifi hehe. Xde la pulok..Incik Hubby Terchenta gigih turun kat kaunter panggil technician betulkan wifi. Akhirnya berjaya juga dapat wifi kat bilik tu. Excellent lagi ~~ngeeee. Lepas tu Incik Hubby Terchenta pun update la blog beliau dan saya rakyat marhein yang takde blog ni seperti biasa membongkang tidur.
**nanti Incik Hubby Terchenta buat post khas tentang Intan Beach Resort ni ye. Harap peminat sabar menunggu (ada ke Incik Hubby Terchenta peminat kuikuikui)

Hari Kedua  (21 September 2013)

Lepas kami solat subuh, kami cepat-cepat bersiap sebab ada sesuatu yang memanggil-manggil perut kami di Medan Selera Pantai Batu Burok. Apakah itu??? Yaaa tak lain dan tak bukan Nasi Dagang Kak Pah yang disebut-sebut seantero dunia sebagai antara nasi dagang yang terenak di muka bumi Terengganu ini. Kedai Kak Pah ni nombor 30 di deretan kedai makan Pantai Batu Burok. Kedainya nombor dua atau nombor tiga dari hujung (saya pun tak ingat **ini kes banyak makan semut la ni). Dari resort kami 5-7 minit je.

Menuju ke Gerai Kak Pah
Ramainya
NO 30 Gerai Kak Pah

Kami sampai dah lewat, dalam pukul 9.30 pagi. Risau juga sebab orang kata Kedai Kak Pah ni pukul 9 lebih dah tutup sebab memang ramai orang. Masa kami sampai tu ramai orang kat kedai Kak Pah tu. Siap ada orang bercakap-cakap guna mic lagi. Dalam hati, kenapakah begitu ramai manusia sekalian umat di sini. Ada funfair kah??


Suria fm

Kami pun menuju ke kaunter Kak Pah nak oder makanan, tetiba sorang pakcik kat situ cakap, nak nasi dagang pi ambik kat bawah khemah depan Kedai Kak Pah. Aikkkk laku sangat ke, sampai Kak Pah bukak khemah jualan depan kedai dia ni. Tiba-tiba uolsss tau apa yang kami nampak...

Gerai Makan Percuma

Penulis Blog Jemputan
Nasi Dagang Kak Pah  





Tadaaaaa







Halim Othman

Halim Othman uolssss. Rupa-rupanya pagi tu Suria FM buat promosi kat KT dan diorang memilih gerai Kak Pah sebagai tempat promosinya. Pagi tu Nasi Dagang Kak Pah diberi secara percuma kepada orang ramai. Jadinya sarapan kami hari tu disponser oleh Kak Pah dan Suria FM. Terima kasih Kak Pah & Suria FM. Semoga bertambah rezeki. Nasi Dagang Kak Pah memang NO. 1. Super sedap super delicious. Kalau pi KT mesti try nasi dagang KakPah ni. Lepas pukul 10 pagi gerai Suria ditutup dan pelanggan lepas tu kena beli kat gerai Kak Pah. Maksudnya no more breakfast free ye kawan-kawan. 


Wah Peminat

Peminat Halim Othman
Peminat Kecil
Peminat Baby tua

Menemui Peminat
Gaya seorang DJ Suria fm
Peminat no 1 
Saya dan Halim Othman
Banner Suriafm




Pantai Batu Buruk, destinasi kami yang berikutnya. Tunggu episode akan datang

Akhir kata, kajang Pak Malau kajang Berlipat, Kajang Hamba mengkuang layu. Kajang ini berupa atap rumah. Kajang berlipat dibuat dari pokok rumbia dan disusun elok. Manakala  kajang mengkuang tidak tersusun dan kasar. Maksud tersirat adalah gambaran kehidupan orang kaya dengan orang miskin. Saya memang suka akan cerita 'Seri Mersing'. Renung-renungkan wahai pembaca yang budiman.

19 comments:

  1. datang singgah kembali.. terangganu memang banyak tmpat menarik

    ReplyDelete
  2. Bestnya..tak pernah sampai lagi sana.. =D
    Done isi tabung kat sini jugak..

    ReplyDelete
  3. wow terbaikk .. abee biasa lalu jerr tak pernah singgah pun ... best jika dapat travel mcm ni .. :)

    ReplyDelete
  4. Dah lama sy x ke KT.. mmg indah terutama pantainya. Anyway.. pic masjid Kristal tu cantik.. klik isi tabung sbg penghargaan :)

    ReplyDelete
  5. dah lamer xtrun terengganu....rindu dengan kedamaian di sana...

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi sampai terengganu...insya Allah, andai dimurahkan rezeki, nak juga ke Terengganu....

    ReplyDelete
  7. dah lama tak tengok muka halim othman...
    datang isi tabung kat sini balik..

    ReplyDelete
  8. fuyoo, suria fm tu.... mesti best tu kn, slmt bercuti ye =)

    ReplyDelete
  9. masa saya pergi ikut rombongan pengantin , so mmg x bebas lah nak pimana - mana . alhamdulillah . org jawa kata ; langkah kanan - dpt mkn free ...

    ReplyDelete
  10. wah beznye suami isteri bergabung dlm 1 blog
    sehati sejiwa
    cantik la gambar percutiantu..makanan tu nampak sedap
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  11. wahh siapa ada sinar fm :) best jalan2 kat ganu

    ReplyDelete
  12. wah siap jumpa dgn dj lagi yerr. memang best ^_^

    ReplyDelete
  13. syok nyer..minggu depan aku nka pergi ke K.T jugak..hu3

    ReplyDelete
  14. nmpak syok je =) lama xpergi pntai btu bruk..nsi dagang ganu mmg sdap hu3..klik2 sini

    ReplyDelete
  15. nasi dagang sodap.... eh tabung tutup kedai la... nanti kita datang balik eh :) best la entri ni boleh senyum sorang sorang baca

    ReplyDelete
  16. Saya suka Terengganu... sebab makanan dia pun sedap2 dan banyak tempat menarik boleh terjah kat sana

    ReplyDelete
  17. terenganu yg tennag dan mendamaikan...

    salam kenal & saya follow sini

    ReplyDelete

  18. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete