Wednesday 22 January 2014

Pantai Kelebang, Pantai Tanjung Bidara & Pantai Pengkalan Balak.

Senja di Pantai hatiku

Sempena hari keluarga Disember 2013,  kami lapan sekeluarga sebelah Aisah dan Hanapi telah melawat ke Pantai Kelebang, Pantai Tanjung Bidara dan Pantai Pengkalan Balak untuk menyaksikan senja melabuhkan tirainya. Pantai itu adalah pantai yang berkesinambungan dari bandaraya Melaka sampai ke Masjid Tanah. Kami telah melewati ketiga-tiga pantai itu yang terletak besebelahan antara satu sama lain. 

Berikut adalah keterangan akan Klebang, Pantai Pengkalan Balak dari http://ms.wikipedia.org.

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri MelakaMalaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.
Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.
Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng.Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).
Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri Ali Rustam telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung BidaraMelaka. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.
Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas di dampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia dalam daerah Alor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tg Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.
Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini. Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.













19 comments:

  1. bestnya dapat berkumpul macam ni.. lama tak pergi tanjung bidara

    ReplyDelete
  2. group tempat kerja ke? meriah dan dpt mengeratkan silatulrahim

    ReplyDelete
  3. seronok dpt pegi ramai2 camni.. :)

    ReplyDelete
  4. subhanallah lawanya pantai klebang

    ReplyDelete
  5. cantik pemandangan... wow siap pakai sedondon lagi tu... (^_^)b

    ReplyDelete
  6. wah. cantiknya view pantai ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Kenapa xjengah sekali Pantai Tg Keling...OK juge...

    ReplyDelete
  8. waaa menarik... tak buat family barbeque tepi pantai skali? ;3

    ReplyDelete
  9. Salah satu aktiviti yg saya suka buat dulu2 ialah lepak santai2 di pantai & pantai klebang adalah salah satu darinya.. tp dah lama juga tak ke sana.. Thanks sharing brader Khai.. :) :)

    ReplyDelete
  10. saya pernah dengar nama pantai tu
    tapi tak pernah pergi lagi

    gambar no 2 tu cantik betul! indah ciptaan ALLAH
    seronok dapat berkumpul ramai-ramai
    siap ada baju sedondon lagi!

    ReplyDelete
  11. tempat acik bersantai ketika belajar di sana

    ReplyDelete
  12. Ida pernah pergi sini masa ida kecil...bila dah besar ni cuma di Bandar Hilir jer ;)

    ReplyDelete
  13. wah cantik beach dia...
    beznye..selalu je mkn angin
    isi tabung-ikea
    Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!

    ReplyDelete
  14. seronoknya dapat bercuti sekeluarga begini.. cantik pantai tu..

    ReplyDelete
  15. ^_______________________________________^

    ReplyDelete
  16. nice...singgah...follow

    ReplyDelete
  17. Saya pernah pergi Pantai Pengkalan Balak saja.

    ReplyDelete