Saturday, 4 January 2014

Visa Ke China (2014)

Jalan-jalan Ke Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur

Saya bertolak dari Tanjung Malim, Perak. Sejam je dah sampai ke Pasar Seni dengan bas Transnasional (Rm 7.60). Sambil itu, saya berhenti di Pasar Seni. Saya suka Pasar Seni. Ini tempat saya melepak zaman belajar di U dahulu.

Pasar Seni
 Kereta Lembu Pasar Seni
 Kasturi Walk Pasar Seni
 Daya Bumi

Lepas ini, baru saya nak mulakan kerja. Saya naik LRT dari Pasar Seni  Rapidkl ke Ampang Park. Harga cuma RM1.60 sehala. Laluan yang akan saya lalui adalah Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park. Lepas itu saya turun di Ampang Park, cari exist Plaza OSK. Dari eskalator, anda akan jumpa dengan Tutti frutti dan terus menghala ke May bank atau Old Town White Coffee. Anda kena rajin tanya orang. Ibarat kata,' malu bertanya sesat jalan'. Anda akan berjumpa dengan Bank of China atau RHB Investment Bank dan terus belok ke sebelah kanan jalan. Jalan terus sehingga penghujung jalan sehingga jumpa 157 Hampshire Place atau di depan bangunan adalah Tokio Marine. Peta dilampirkan di akhir penulisan saya. 

 Jalan Masuk ke lift Level 5 Hampshire Place
 Bertentangan dengan 157 Hampshire Place 

 Bangunan Pencakar langit 157 Hampshire Place
 KLCC
 Jiran 157 Hampshire Place

Alamat adalah Level 5 (Application) & Level 6 (Collection). Hamsphire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur. Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) and Collection : (9am-4pm). Tutup pada cuti umum Malaysia.

Dokumen yang diperlukan semasa memohon adalah seperti berikut :

(i) Borang Visa Application boleh didapati secara percuma di kaunter Chinese Visa Application Service Center atau download dari www.visaforchina.org. 
Tel : +603 2175 8888.
ii) Sediakan sekeping gambar berlatar cerah (contohnya, warna putih) bersaiz pasport. 
iii) Bawa passport asal yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.
iv) Perlu salinan untuk passport kita. Salinan yang ada muka depan kita. Kalau tak ada perkhidmatan photocopy dengan sekeping 20 sen.
v) Cetak tiket penerbangan atau hotel booking. Booking hotel untuk sehari memadai.
Sekarang tidak perlu lagi bukti booking hotel lagi, cukup sekadar menyebut tempat penginapan kita di borang. Contohnya saya menulis Shanghai Dock Bunk Hostel, No 55, Hongkong Road, The Bund & North Bund, Shanghai,China.
vi) Saya boleh buat bagi pihak isteri. Tak perlu hadir kedua-duanya dan boleh diwakilkan.
vii) Saya buat single entry je. Harga pun dah naik. Sekarang RM85 dan dahulu RM58. 
viii) Kutipan adalah 4 hari bekerja. Saya buat pada  hari Jumaat dan akan kutip pada hari rabu depan di tingkat 6 dari jam 9am-4pm. Bayaran dibuat semasa hari  kutipan nanti.     



31 comments:

  1. lepas ni nk ke shanghai plak ke..? waa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shanghai...tak tulis lagi entri tentang Shanghai walaupun pi sana bulan Januari 2014

      Delete
  2. lepas ni ke china ya? best nya..

    ReplyDelete
  3. uish, bestnya... teruja tengok gambar...

    ReplyDelete
  4. Selamat travel ke Shanghai en Din... skrang ni sejuk sangat kat sana...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. tq for sharing. wah, nmpknya destinasi berikutnya adalah china!

    ReplyDelete
  7. Hmm.. tak sedar lak kewujudan tempat ni. Nanti balik KL kawe check ehhh.. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. Jalan2...makan angin. Seronoknye...

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan perjalanan & ceria sentiasa.. jngn lupa share pengalaman ye sahabat.. :)

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya dalam Malaysia pun banyak tempat yang cantik...samada pernah pergi dengan tidak jer...Ida pernah cakap dgn member, minggu lepas ida 1st time sampai ke Sunway Primad... dorang ketawa dan tidak percaya...;)

    ReplyDelete
  11. Sunway Piramid...haha yg di atas salah eja

    ReplyDelete
  12. Cepatnya, saya naik komuter pun lambat juga nih.

    ReplyDelete
  13. Dulu saya ke China pun orang lain tolong buatkan visa.

    ReplyDelete
  14. oh... kena apply visa ya kalau nak ke china? hoho baru tau...

    ReplyDelete
  15. salam..
    nak tanya sikit..masa nak mohon visa china ni perlu attach sekali ke itineraray perjalanan kita?? ke cukup sekadar flight n hotel booking?

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah .. Thanks dengan info dari Tuan Khairuddin Lim.. memang nak buat visa ke China ni :D

    ReplyDelete
  17. Tq atas info.
    Esok nk apply visa cina. Nk ke Urumqi melalui Chengdu. (Keretapi 3000km)

    ReplyDelete
  18. Biasanya...pagi2 panjang ker beratur?

    ReplyDelete