Tuesday, 7 January 2014

Kellie's Castle Batu Gajah,Perak

Lambang Cinta William Kellie Smith kepada Isterinya, Agnes.

Istana lama dibina pada tahun 1905, Kellie's Castle atau kadang-kadang digelar kesilapan kellie (Folly Kellie) terletak di Batu Gajah, Perak. Bangunan yang telah berusia 109 tahun adalah ibarat Taj Mahal Malaysia. Seperti mana Agra, di India, sebagai lambang Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, istana ini adalah lambang kasih sayang William Kellie Smith kepada isterinya, Agnes. Kedudukan sosial keluarga William Kellie Smith sangat tinggi pada waktu itu, dan adalah di antara 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan lombong bijih timah. Beliau maut pada tahun 1926, akibat paru-paru berair ketika berusia 56 tahun ketika berada di Lisbon, Portugal.

Sekiranya dari arah selatan tanah air atau dari Kuala Lumpur sebagai contohnya. Anda akan melalui lebuh raya utara selatan, keluar di susur keluar Gopeng iaitu laluan utama ke Batu Gajah. Sila ambil hala ke arah Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh. Setelah keluar dari tol Gopeng, masuk simpang ke kanan, jalan terus sehingga menemui lampu isyarat dan masuk ke simpang kiri, melalui jalan Gopeng. Simpang itu adalah jalan utama ke Batu Gajah,melalui taman herba dan kellie Castle kira-kira 12 km ke Batu Gajah. 

Sekiranya dari arah utara tanah air atau dari Ipoh sebagai contohnya. Anda akan melalui lebuh raya utara Selatan, keluar di susur tol Simpang Pulai. Anda masuk ke kiri dan melalui pekan lama Simpang Pulai dan terus sehingga bertemu lampu isyarat dan masuk simpang ke kanan. Anda akan melalui jalan yang sama apabila datang dari Kuala Lumpur, jalan Gopeng yang melalui taman herba dan kellie Castle kira-kira 12 Km ke Batu Gajah. 

 Kellie's Castle dari Seberang Sungai Kinta

 Antara sudut istana yang gagal disiapkan

 Ruang tamu Keluarga William Kellie Smith seperti keadaan asal

 Adakah anda ternampak lembaga anak gadis Kellie di sini ?

 Sahabatku, Dr Zam dan Dr Fildizan

 Terbengkalai

 Berdiri dengan megah mencakar langit

 Nampak tak  lembaga-lembaga bergantungan di atas tingkap ?

Ikon Pelancongan Negeri Perak 

Khatimah, projek arkeologi konservasi  telah dijalankan ke atas bangunan ini pada tahun 2000, sebelum proses pemuliharaan dan naik taraf dilaksanakan pada tahun 2011. Maka, dengan itu, istana Kellie kini berada dalam keadaannya yang terbaik berbanding sebelum ini telah menjadi salah satu  ikon pelancongan Perak.

Kini pengurusan Istana Kellie diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Aqfast Enterpise. Bayaran masuk untuk pelancong tempatan adalah kira-kira RM5.00 (dewasa) dan RM3.00 (kanak-kanak). Pelancong asing dewasa RM7.00 dan kanak-kanak RM5,00. Dianggarkan kira-kira 70 buruh binaan dibawa dari madras, India telah terkorban akibat jangkitan selesama Spanish sewaktu membina Kellie Castle. Maka, tidak hairan, jika istana separuh siap ini terus diselubungi pelbagai misteri dan diiktiraf oleh pengkaji kes paranormal dunia sebagai lokasi paling berpuaka di Malaysia.  

29 comments:

  1. walaupun sy org perak dan selalu lalu sini.. tp dh lama betul x g sini.. tapi dulu pergi pun tgk dari jauh je.. insyaAllah.. ada peluang nk try masuk plak.. thanks for reminding..

    ReplyDelete
  2. terbaik...cantik castelnya...tp citer2 yg menyeramkan menakutkan dihampiri...jenis penakut ni...

    ReplyDelete
  3. bestnye .. lame tak pergi perak ni =)

    ReplyDelete
  4. sayang terbengkalai mcm tu je istana cantik ne

    ReplyDelete
  5. aiza pernah lalu je kat situ, tapi tak pernah masuk.. kalau malam-malam lalu kat situ terasa seramnya..

    ReplyDelete
  6. hebat betul kuasa cinta zaman dulu yer bang...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. xpernah sampai sini lg teringin lak
    singgah follow
    www.kcuinghitam.net

    ReplyDelete
  8. Wow.. best.. saya pernah ke sana ketika berusia 15 tahun. Teringin utk singgah lagi. T kasih diatas perkongsian sahabat.. :)

    ReplyDelete
  9. malam tadi ada cerita pasal kelly castle ni dekat majalah 3
    saya pernah lalu tapi tak singgah

    p/s- saya suka gambar yang diambil. cantik =)

    ReplyDelete
  10. selalu lalu je depan ni. tak pernah singgah pun walaupun saya ini orang perak..

    ReplyDelete
  11. Keadaannya jauh berubah dari dulu... Sejak dah cantik ni belum lagi pergi.

    ReplyDelete
  12. wow! menariknya, mama belum jejak lagi ke sana, entah bila la tu..

    ReplyDelete
  13. acik tak pernah lagi kesini..cantik bangunannya

    ReplyDelete
  14. Bestnyer... X prnah sampai, kalau jadikan lokasi penggambaran best jg ni. Atau wedding photoshoot pon mmg sesuai...

    ReplyDelete
  15. ada kwn akak pergi situ , dlm perjalanan balik ada peristiwa aneh berlaku ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  16. Menariknya... idah selalu baca di belog rakan2 tentang tempat nie... tapi tak pernah dapat kesempatan untuk melihatnya lagi...
    Rasanya kalau tempat "keras" macam nie kurang sesuai kot bawa anak2 kecil...

    ReplyDelete
  17. semasa saya bekerja di ipoh dahulu. kerap juga lalu di sini...tapi sekalipun tidak pernah masuk..

    ReplyDelete
  18. terima kasih berkongsi gambar..dapat juga lihat dalamannya

    ReplyDelete
  19. dah lama x melawat kellie castle. last time pergi masa sekolah rendah dlu.

    ReplyDelete
  20. kenapa istana castle kadang2 digelar sebagai kesilapan kellie ek?? blh bagi jawapan tak??

    ReplyDelete
  21. http://jualmebeljepara.com/ coba ada yg mau model kelli juga ada

    ReplyDelete
  22. Hri2 boleh prgi me melawat? Kenakan bayaran tak?

    ReplyDelete
  23. Bka hri apa ye....ke hri2 bleh prgi tgok? Knakan byaran tak

    ReplyDelete
  24. dah lama aim nak ke sini, tapi tak kunjung tiba lagi

    ReplyDelete
  25. saya melihat istana ini dari film Singapore yang dibintangi oleh Mark Lee, sangat ingin kesana bila nanti melancong ke Malaysia lagi. Indah dan cantik istana ini. Adakah bas awam dari KL ke Kellie's Castle ini Salam persaudaraan dari saya sryatman.blogspot.com. Best regards : sryatman@yahoo.co.id

    ReplyDelete