Thursday, 2 January 2014

Hari Keluarga 2013 & Taming Sari (Hari Pertama)

Cuti-cuti Malaysia 

Salam Saudara Blogger semua. Bulan disember bulan jalan-jalan atau aku yang selalu terlebih cuti. Sampai tak sempat nak tulis entri. Kali ini entri tentang hari keluarga kami. Kami memilih Melaka sebagai destinasi percutian kami. Kali ini kami sewa di A formosa, Alor Gajah. Sewa sebuah banglo empat bilik dengan dua bilik tandas untuk RM1200 dua malam. Yang penting ada swimming pool di belakang rumah. Pasal anak-anak buah kaki swimming. Alamat adalah No 888, Villa D'Faro. Tuan punya banglo adalah Kak Aton yang boleh dihubungi di talian 0126962078. Terletak dalam A formosa, jalan menghala ke Water World Resort. Berbaloi pasal menempatkan 8 buah keluarga. Ini dikatakan untuk mengeratkan tali persaudaraan dan belajar toleransi dan bermuafakat. Banyak boleh belajar daripada hari keluarga seperti ini.  

Antara destinasi lawatan kami adalah seperti berikut :

(i) Menara Taming Sari, Melaka dan kawasan sekitarnya. 

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
    














29 comments:

  1. pernah pergi melaka, tapi x naik pun menara tu.. tengok2 je..

    ReplyDelete
  2. wah.. menarik tu.. bawa keluarga bercuti.. :D

    ReplyDelete
  3. Cantik keretapi dulu. Best dapat bercuti selalu...

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  4. Wahh. Bestnya dapat bercuti dgn keluarga beramai ramai :)

    ReplyDelete
  5. erk..xpenah lg MG naik menara tming sari ni ..
    len kali nk g la ..huhu :)

    ReplyDelete
  6. wah2xx..ramainya yang pergi pasti seronok..:DD

    ReplyDelete
  7. 8 buah keluarga..?? wahhh.. sgt berbaloi sewa apartmen mcm tu.. siap ada swimming pool tu.. mmg seronok la anak-anak..

    ReplyDelete
  8. rm1200 utk beberapa ahli keluarga berkumpul , ok gak tu .

    ReplyDelete
  9. aha..keluarga besar....anak2 saudara katan nya..kira nya anak sendiri tak suka swimming lah eh heee

    buat perjumpaan begini baru lah boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara SEPUPU tu...jeless aaa ngan org yg byk cuti ni...mcm JM ni nk cuti lebih sikit perlu berkira2 guna calculator..bukan jari lagi dah

    ReplyDelete
  10. Br je pergi br2 ni.. sewa Homestay jimat ckt...

    ReplyDelete
  11. wow... best nya dapat pegi jalan beramai-ramai. so far utk family sy susah nak buat mcm tu (x prnh pun).

    ReplyDelete
  12. lama dah rasanya tak pegi jalan-jalan kat melaka nih...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. Lama juga xke melaka...Nak pergi kena hari biasa, baru selesa, nak parking senang dan xjem.
    Salam dari Relaks Minda

    ReplyDelete
  14. seronok 1 family bercuti..

    ReplyDelete
  15. Bersiar2 di Melaka sekeluarga mmg seronok.. sy pun suka.. best.. :)

    ReplyDelete
  16. tempat ni dah selalu pegi..
    tu pun sebab selalu lepak kat mahkota parade..hehe

    ReplyDelete
  17. Seronoknya dapat jalan2 satu famili...

    ReplyDelete
  18. wah beznye jenjln kat melaka
    byk tmpt bersejarah kat situ
    menabung sini-inti college

    ReplyDelete
  19. alamak, bestnya... nice info, baru rancang nak pergi tapi tak tahu bila..

    ReplyDelete
  20. seronok bila bersama orang yang tersayang :)

    ReplyDelete
  21. Tentu seronok kan.... haha dah lama Tuan Khai tak masukkan gambar2 macam ni ;)

    ReplyDelete
  22. Wah besar keluarga en Khairuddin ye...

    Saya juga pernah ke sini bersama keluarga..
    Link----> Eidul Adha di A'famosa Resorts

    En MKL nak ke Shanghai ke... memang best tapi masih kurang blogger yang ke sana, jadi dulu saya main redah je sbb tak banyak rujukan...

    ReplyDelete
  23. tak pernah pun sampai sini en.Khai. someday maybe.. (:

    ReplyDelete
  24. Seronoknya berhari keluarga. Mengeratkan silaturahim :)

    ReplyDelete
  25. Seronok bila ada berkumpul begini.. banyak perkara yg terlepas bole catch-up balik..

    ReplyDelete
  26. suka melaka.. mmg seronok jalan2 di melaka.. ^^

    ReplyDelete
  27. lama tak pegi melaka.. bestnya dpt jalan2 kt sana

    ReplyDelete
  28. Dah lama tak ke Melaka. Dulu masa belajar di UPM selalu juga turun Melaka.

    ReplyDelete