Tuesday, 20 August 2013

Day 2 : Hatyai City-Chiang Mai

Trip 2 : Hatyai City-Chiang Mai
Hari Kedua (12 Ogos 2013)

Pagi-pagi dah keluar cari makan. Alhamdulillah,pagi yang nyaman,indah dan berkabus. Pasal janji dengan taxi ke airport jam 9.00 pagi. Jalan punya jalan tertarik dengan singlet. Beli singlet merah design pokok ranting dengan harga 130 bath. Harga kita RM13. Buang je 0 di belakang jadi sama harga dengan ringgit Malaysia. Pagi-pagi susah nak cari makanan di Market Talad Kimyong. Pasar itu tak jauh dari Lee Gardens. Arahan ke sana akan diberikan pada hari terakhir di Thailand nanti. Pasal saya suka cari makan di kawasan ini. Satu lagi jangan lupa minta peta Hatyai City dari pihak hotel. Senang nak jalan nanti. Saya beli mee hoon goreng sebagai sarapan pagi. Harga 20 baht. Tak begitu sedap, tawar rasanya. Cintaku beli buah jambu sebagai sarapan pagi. Harga 50 baht sekilo. Cinta belanja jambu 60 baht. 

T Shirt
         
 Cari singlet lebih kurang sama dengan lelaki bersinglet


Kapal kreatif atas basikal

 Petai

 Cinta beli Jambu

50 Bath satu kilo

          Asian Hotel di Jalan ke Market Talad Kim Yong            
  
Diamond Plaza Hotel di Jalan ke Market Talad Kim Yong


Kami berlepas dari VC apartment jam 9.00 pagi dengan taxi 300 baht. Hampir setengah jam perjalanan ke Hatyai International Airport. Flight Airasia akan berlepas jam 11.05 minit. Thanks to Airasia. I am able to fly.  Your asia's best low cost airline. Harga tiket untuk dua orang 6585.20 bath (RM670.52).Seorang harga RM335.26. Harga ini beli last minit, 2 minggu sebelum flight. Pasal tak tahu nak ke mana, pasal ada cuti panjang. Itu rasanya cuti budget kami. Satu lagi yang sangat penting di airport ini luggage tidak boleh ditinggalkan di merata tempat tanpa diawasi dan mesti dibawa bersama ke mana kita pergi, Pengumuman ini diulang siaran berpuluh kali sampai bingit telinga mendengarnya. Jika didapati berbuat demikian, kita boleh didenda 2000 baht. 


Hat Yai International Airport


Sepi itu indah

Cintaku

Pejabat Pos dalam airport

First Aid dalam airport

Sami-sami Buddha mendapat keutamaan di Thailand. Depa boleh bawa makanan sendiri. Dalam flight, tempat duduk cinta adalah di sebelah sami Buddha. Ditukarnya tempat duduk. Cinta dapat duduk hot seat. Apalagi, saya tumpang sekaki, ada banyak tempat kosong untuk hot seat. Di airport sendiri ada tempat duduk khas disediakan untuk paderi dan sami-sami Buddha. Bertuahnya hidup mereka di Thailand. 


Free hot seat

Tempat letak kaki yang luas 

Paramugari lalu lalang. Bukan main slim lagi. Ayu,cantik menawan. Bisikan hati sang suami. Terimalah isteri seadanya. Suami malu bila isteri gemuk. Itu hal sang suami. Si isteri pun satu hal, bila dah kurus, bukan main seksi lagi.
 
Kami mendarat di Chengmai International Airport jam 1.00 tengah hari. Flight mengambil masa 1 jam 45 minit sahaja. Kami naik teksi airport ke LannaThai Guest House tambang 120 baht. Sebelum itu, kutip risalah terlebih dahulu di airport terutama peta Chengmai.


Dilampirkan kedudukan Chiang Mai dan Chiang Rai dalam negeri Thailand.


 Chiang Mai & Chiang Rai



Cheng Mai International Airport

Aku dan The Lanna kingdom

Kami check in di Lannathai Guest House. Cinta dapat dari agoda.com. Website : www.lannathaiguesthouse.com.  Alamat : 41/8 Soi 6 Loikroh Rd, Chiangmai Thailand 50100. Tel : (053) 275563, 820389 Fax : (053) 820391. Email : Lannathai_GH@hotmail.com.  Harga double bed room 400 baht sehari dengan kipas. Kami jenis tak tahan air con punya. Selepas berpuas hati dengan keadaan bilik, kami teringin nak merayau-rayau di kawasan sekitar Guesthouse. Menurut tripadvisor, perlu dapatkan Nancy Chandler's Map of Chiang Mai terlebih dahulu. Pi kat kedai buku Thae Phae Gate. Kedai buku itu dekat dengan Airasia. 

Putih berseri cadar katil

Dalam beg tu ada rice cooker kecil

Ranjang kami


Menurut Mamat Receptionist, belok ke kiri jalan dari Lanna Guest house. Belok kiri apabila sampai ke simpang jalan.  Jalan lurus di sepanjang jalan Loikroh Rd. Anda akan jumpa Le Meridien dan Centara. Kemudian, jalan lurus sehingga jumpa sungai dan air pancutan. Bila sampai ke simpang empat, belok ke kanan, jalan terus sehingga anda akan nampak Airasia dan  Tha Pae Gate. Terdapat dua buah kedai buku dekat dengan Airasia, Antara dua buah kedai, saya beli di Backstreet Books. Murah sikit. 230 baht. Buku Nancy Chandler's Map of Chiang Mai, disertakan buku rujukan kecil. Buku ini mengandungi maklumat tentang penginapan, tempat-tempat menarik, membeli belah, tempat makan, tempat hiburan,sukan, tempat-tempat awam,dan pengangkutan.  Taukehnya, orang Putih yang telah berniaga lebih kurang 20 tahun di Chiang Mai.

Signboard Lannathai Guesthouse

Depan Lannathai Guesthouse


Berposing sakan


Pandangan Sisi Lanna Guesthouse


Le Meridien landmark kami.

Wayar-wayar mencacatkan pandangan.


Dalam sepanjang perjalanan banyak rumah tradisional, teringat akan rumah tumpangan yang pernah saya menginap di suatu masa dahulu. Biasanya di rumah lama, stor ada tikus, bilik ada nyamuk, atas syiling ada musang, bilik air ada katak. Dah macam zoo pulak. Macam-macam ada. Sama-sama menumpang kasih di bumi Allah.  Cicak pun sihat-sihat belaka. Nak musang berjanggut tu boleh? Kuatnya saya mengelamun. Anyway, imaginations is the highest kite one can fly- Lauren Bacall.

Air pancutan dan sungai dalam menuju ke Airasia dan Tha Pae Gate 

Ada Pertunjukan sempena Queen Day depan Tha Pae Gate  

Songthaew dan Airasia

Disebelah Airasia lorong masuk ke kedai buku

Pertunjukan Pentas Sempena Hari Queen Thailand

Lorong ke dua buah kedai buku

Membaca buku antara hobi utama saya

Pandangan dalam Gecko Books

Pandangan luar Backstreet Books

Tanda arah Kedai Backstreet Books

Wat di bandar The Lanna Kingdom

Banyaknya signboard

Dalam perjalanan pulang, mengikut susur jalan yang sama, kami bercadang tengok pakej pelancongan ke Cheng Rai dan di sekitar Cheng Mai. Dalam perjalanan ternampak sekumpulan anak muda meraikan hari jadi bersama kawan-kawan. Hari Jadi ? Ohh bukankah itu penanda aras bahawa mati semakin mendekat?  Bab mata ini bukan main jahat lagi termasuk hati kita. Kalau dapat keluarkan hati, pasti saya basuh supaya  boleh tengok kotoran yang ada dalam hati. Malangnya saya tak dapat buat. Tapi saya akan cuba basuh dengan sabun. Opps solatlah bro. Pasti bersih juga. Apa pun Allah bagi pinjam hati untuk kita pelihara. Suatu hari nanti kena pulang balik sama ada dalam keadaan rosak atau masih terjaga. 


Moh kita balik ke bisnes kita. Kami telah melawat lebih kurang 9 buah agensi pelancongan di sepanjang perjalanan balik ke Lannathai Guest House. Bersepah agensi pelancongan di situ. Hanya terdapat dua buah agensi pelancongan yang pakejnya memuaskan hati kami.. Kedua-duanya terletak bertentangan dengan Centara. Harga ke Cheng Rai 1200 bath seorang siap naik boat ke Loas dan perkampungan long neck. Nama agensi : Big Hmong Tours & Taxi Service. Mr. Pao Hang. 99/3 Loikroh Rd. Chiang Mai 50100. Mobile : 081-8848697, 086-1859900. Email : bighmongtours@yahoo.com. Satu lagi agensi adalah di sebelah agensi Big Hmong Tours. Nama agensi : Mae Ping Car Rent & Travel. Mr. Raky. 081-5953351 (Contact 24 hours). Tel : 053-232599. Email : maeping_rak@hotmail.com. Kami pilih Big Hmong Tours ke Chiang Rai termasuk pergi naik boat ke Laos di sempadan Golden Triangle dan lawatan ke perkampungan Long Neck dan Big Ear sekali. Kedua-dua tempat itu adalah optional. Pasal naik boat itu caj 300 bath dan Long Neck caj 200 bath. Harga berbeza-beza antara agensi pelancongan. Pakej lain di sekitar Chiang Mai kami pergi sendiri. Pasal lebih murah.
    
Sebelah malam kami jalan-jalan di pasar malam. Banyak sangat pasar malam di Chiang Mai. Anusarn market menjadi pilihan. 3 min berjalan kaki dari tempat penginapan kami. Ramainya wanita berniaga. Bukankah wanita dihormati kerana kemampuannya sendiri? Apa-apa pun sama ada lelaki atau wanita patut bersyukur. Dengan bersyukur, kebahagiaan akan bertambah. Semoga hari ini lebih indah daripada kemarin. 

3 comments:

  1. as-salam, bulan 5 lepas pun saya duduk kat Lanna thai GH, mmg dekat sgt ngan anusarn market sepelaung jek hehe... saya ambil package ke chiang rai kalau x silap dalam 1600 bhat seorang siap naik boat ke laos dan long neck sekali...saya ambil dari GH tu sendiri last minit gak...

    kami sewa motor dan ronda puas2 kat chiang mai, kami ronda sampai masuk ke kawasan Chiang Mai University dan mendaki atas dari wat doi suthep..hehe

    ReplyDelete
  2. Wasalam. Memang best tinggal di Lannathai Guest House. Lebih-lebih lagi, Hulubalang sewa motor. Dapat ronda puas-puas.Terus mengembara satu dunia hulubalang. Hihihi.

    ReplyDelete
  3. Salam Encik Khairuddin, saya akan ke chiang mai pada 29 April ini dan bercadang untuk mengambil 1 day trip ke Chiang Rai. Adakah servis yang ditawarkan Big Hmong Tours & Taxi Service baik? saya juga akan duduk di Lanna Guest House nanti.

    ReplyDelete