Friday, 30 August 2013

Day 4 : Chiang Mai (Mae Rim)

Trip 4 : Out of Town Trips
Hari keempat (14 Ogos 2013)

Assalamualaikum. Semasa saya menulis coretan ini, hari ini adalah hari Jumaat. Hari Jumaat hari yang mulia as “ Friday is the mother of all days and the most virtuous in the sight of Allah SWT. Saya menyambung  coretan dengan kisah di Chiang Mai pada hari keempat. Kami bergerak pada jam 9.00 pagi. Seperti mana meminta mamat receptionist, menulis tempat yang ingin dituju dalam bahasa Thai. Moga pagi ini, pagi yang dipermudahkan Allah swt dalam setiap urusan. Itu doa saya setiap pagi kerana telah diberi nafas oleh Allah SWT. 

Setiap hari adalah secebis kehidupan
Setiap terbit matahari adalah secebis kelahiran
Setiap pagi yang segar adalah secebis keremajaan
Setiap rehat adalah secebis kedewasaan
Setiap tidur adalah secebis kematian.


Sebelum itu, kami berjalan-jalan di Anusarn Market. kami berharap dapat songthaew ke Mae Rim Road. Lagi pun kami hendak melihat suasana Anusarn pada pagi hari. 

Bayang-bayang kami


Kuil berdekatan Ansarn Market

Cantik Menawan




Kuil Buddha

Anusarn Market

Bahagian hadapan

Pasu Gajah

Penulis blog

Banyak juga kedai makanan muslim di sini

Dalam perjalanan ke Warorot Market, akan melalui Kalare Market

The Plaza dalam perjalanan ke Warorot Market

The Plaza

Masjid Hidayatul lslam Banhaw

Selepas itu kami menuju ke Warorot Market. Setelah empat hari di Chiang Mai, sudah tentu senang mencari di mana letaknya Warorot Market. Tengok peta yang ada. Kami bercadang naik Songthaew dari sana. Sebelum itu, saya beli jambu harga 50 baht sekilo sebagai makanan tengah hari. Kami berjaya mendapat songthaew dengan harga 300 baht  pergi balik untuk ke destinasi seperti berikut : Elephant Show, The Tiger Kingdom, Mae Sa Waterfall, Orchid and Butterfly farm.

Sepanjang jalan ke Warorot Market


Pandangan Warorot Market


Beg-beg


Produk Cheng Mai


 Barang Jualan


Bunga Orkid


Jagung

Buah Nona


Destinasi kami adalah ke Mae Rim Road. Kawasannya bengkak-bengkok seperti ular kena palu. Naik pening saya dan rasa tak selesa. Saya tidak boleh menjadi penumpang. Saya lebih gagah, dan  selesa sekiranya menjadi pemandu seperti mana naik  ke Cameron Highland. Bercakap tentang pemandu, isteriku selalu menjadi pengkritik yang membina. Membina dan menyokong setiap coretan dan luahan hati dalam blog aku. Terima kasih Cintaku. Saya sebagai sang  suami sangat menghargai segala usaha dan pengorbanan seorang isteri. Very well, writing a good essay is like a girl preparing to go out.  Always have someone to give comments. I have had to learn about saying no, defend what ever I write and to seek the truth in writing.

Berikut adalah lawatan ke Tiger Kingdom. Harimau adalah binatang jinak tidak sebagaimana yang anda sangkakan. Anda boleh bermain dan menyentuh harimau itu dengan semanjanya. Harimau itu dikelaskan mengikut umur dan saiz. Budak yang di bawah 15 tahun dibenarkan bermain dengan harimau yang bersaiz kecil sahaja. 


Tiger Kingdom

T Shirt Tiger Kingdom

Sang Belang

Kuanter Jualan

Dua ekor Pak Belang

Sang Belang yang kelaparan

Tiger Kingdom

Aku 

 Cinta

 Aku sekali lagi

 Cinta sekali lagi

Di sini,  sebagai contoh sekiranya anda datang berlima. Katakan 2 orang sahaja yang nak bermain dengan harimau yang paling kecil. Jadi  2 orang itu hanya bayar 620 x 2 = 1,240 bath. 2 orang itu dibenarkan berada dalam kandang harimau bermain dengan harimau selama 5 hingga 15 minit sahaja. Boleh bergambar sekali serta diawasi oleh seorang penjaga yang bertauliah.  2 orang ini boleh berjalan-jalan di sekitar taman harimau dengan harimau dalam kandangnya selagi mereka mahu.  Yang tiga orang lagi boleh menunggu rakan mereka di restaurant di luar taman kandang harimau. Yang tiga orang ini tidak perlu membeli tiket dan boleh melihat harimau dari jarak yang jauh.  Sekiranya anda tidak ingin masuk ke dalam kandang harimau tetapi ingin masuk ke laman harimau anda boleh membeli 420 baht ( harga minimum). Sekiranya anda datang seorang dan ingin khidmat jurugambar anda dikehendaki membayar 299 baht. Anda akan memperolehi 50-100 keping gambar dalam bentuk CD.  

Semua ini menjadi kenangan yang indah,seperti mana sang belang dan manusia. Dalam keadaan ini, harimau terhutang budi dengan manusia kerana hutan semakin lama semakin habis ditebang. Sang harimau di sini diberi makanan yang mencukupi dan hidup mereka sangat selesa berbanding dengan yang ada di hutan yang semakin kekurangan sumber akibat pembangunan manusia. Ibarat kata, seperti yang dipantunkan oleh sang musafir yang singgah sebentar di Tiger Kingdom.    

Bayu berdengung menguning padi,
Pipit bercanda terbang melaju,
Budi segunung khazanah hati,
Di lain beranda simpuh bertemu.

Sekarang ke Maesa Elephant Camp. Shows at 8am, 9.40am dan 1.30pm. Elephant Rides at 7 am to 2 pm. Kami dikenakan bayaran masuk untuk pertunjukkan gajah setiap seorang 200 baht. Di sini saya tak tahan dengan bau gajah. Terasa loya dan muntah. saya sangat peka kepada bau baik binatang mahu pun manusia. Nasib baik show pukul 1.30 pm. Kami tiba dari Tiger Kingdom pukul 12.30 am, sempat meninjau sekitar Maesa Elephant Camp. 

Maesa Elephant Camp

Elephant Keeper

Cintaku 

Jambatan Ke Pusat Gajah

 Riang Ria

Gajah Batu

Replika Gajah

 Belalai Gajah


Aku dan Gajah

 Kandang Gajah

 Jatuh Cinta dengan Gajah

Recycle Idea. Interesting & creative design.

Cinta dan Gajah


Daripada penceritaan di atas, yang menjadi keutamaan dalam pengembaraan adalah menjaga kesihatan. Moga kita sama-sama  menjaga kesihatan. Kesihatan adalah perkara utama dalam hidup. Apabila terjaga kesihatan dapatlah kita berjalan dan mengembara. Seperti slogan Abang Supermeng Malaya. So travel the world, see things, learn, share, relax, respect and repent.  Bahkata,orang yang berjaya akan menjaga kesihatannya  dengan menjaga setiap apa yang dimakan.  Seperti mana dia menjaga apa yang masuk ke minda begitu jugalah apa yang masuk ke fizikal kita.  Utamakan benda-benda yang memberi manfaat positif kepada fizikal dan mental kita agar hidup sentiasa sihat sejahtera. Juga bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan kira apa yang kita tidak ada dan jangan kira apa yang orang lain ada.  Sebaliknya, kira apa yang kita ada dan kira apa yang orang lain tiada. Petua di sini adalah sentiasa senyum serta  elak mencari nahas emosi sesama manusia. So, Pain is temporary,Victory lasts forever.

In a nutshell, strive for a path that you love of most and you can be even more than successful there. Have a great weekend ahead peeps!!! Masa dah pukul 4 ptg. Kami ingin mencari masjid untuk bersolat. Anyway, the masjids are free but empty. The Clubs are paid but full. Its amazing that people ignore to get free “Heaven” but purchase “Hell” with payment.

1 comment:

  1. Assalamualaikum ...cantik gmbr2 y diambil ni...terus rasa teruja, jd bersmgt lagi nak melwt chiangmai...

    ReplyDelete