Di ambang kemerdekaan ke 56
Mesej dari kami semua
As salamu'alaikum buat semua yang tersayang. Moga sentiasa di rahmati Allah.
Sentuhilah jiwa ini Ya Allah
Merdekakan aku dari belenggu nafsi
Merdekakan aku dari sifat putus asa
Merdekakan aku dari keinginan yang mencari selain redhaMu
Jiwa ini adalah milikMu
Dan andai hidupku ini hanya mendapat murkaMu
Mana lagi hendak ku halakan wajahku dariMu Tuhan..
Semoga aku mengenal diriku supaya ku kenal diriMu dalam kembara mencari erti kemerdekaan ini..
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 56 kepada seluruh rakyat Malaysia. "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku " Walaupun berbeza ideologi politik, sambutlah kemerdekaan dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT. Marilah kita menjadi warga yang sayangi Negara dengan: 1. Mendoakan kesejahteraan negara, 2. Mendoakan pemimpin agar mentadbir dengan berintegriti serta mendapat petunjuk Allah, 3. Doakan rakyat agar cemerlang, bersatu & mendapat hidayah Allah, 4. Kita berusaha menjadi orang yang baik agar bertindak sebagai ASET kepada Negara, 5. Bersyukur dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Besok 31 Ogos 2013, kami mengadakan rumah terbuka adilfitri di ambang kemerdekaan negara yang ke 56. Wassalam.
Nota ini adalah sebagai peringatan diri sendiri di ambang kemerdekaan ke 56
semoga semua cita2 tu tercpai..~
ReplyDeletemari merdeka kan diri dr dibelenggu jahiliyyah..:)
Insyallah. Semoga kita berdoa selalu untuk kesejahteraan ummah.
Delete