Tuesday, 5 November 2013

Day 6 :The White Temple (Wat Rong Khun)

Kuil Putih Chiang Rai, Thailand.



Wat Rhong khun adalah kira-kira 5 kilometer ke Selatan Bandar Chiang Rai, wilayah utara Thailand. Wat Rong Khun, terkenal di kalangan orang asing sebagai White Temple, sebuah kuil Buddha di Chiang Rai,Thailand. Kuil ini adalah idea pelukis Thailand yang terkenal, Chalermachai Kositpipat pada tahun 1997. Kuil ini masih belum siap sepenuhnya dan dijangka siap pada tahun 2070. Bahagian bangunan yang siap telah dibuka kepada orang ramai dan bayaran masuk adalah percuma.

Setelah mempelajari doktrin Buddha selama 20 tahun, akhirnya Chalermchai berniat untuk menghabiskan sebahagian hidupnya dengan membina bangunan putih ini dengan harapan akan menjadi bangunan warisan dunia pada suatu hari nanti.Beliau memulakan kerjanya pada tahun 1997 dengan wang yang telah dikumpul selama 20 tahun dengan menjual lukisan.

Kuil ini dibina dengan warna putih untuk menggambarkan kesucian Buddha dan kaca putih menggambarkan kebijaksanaan Buddha yang memancar ke segenap pelusuk bumi dan semesta. Jalan masuk yang melalui jambatan, dengan dua lubang tangan-tangan yang menggapai menandakan lubang neraka. Di atas jambatan, jalan menuju ke syurga terdapat ikan-ikan dan air terjun menandakan Si Tandon, sungai yang memisahkan syurga dan dunia di bawahnya. 

Setiap ukiran mempunyai maksud yang tersendiri dan adalah semata-mata untuk Lord Buddha. White Temple adalah hasil nukilan Chalermachai Kositpipat yang ditujukan kepada Lord Budddha, Dharma dan Raja Thailand. Beliau telah mengabdikan sebahagian hidupnya dengan membina bangunan ini, dan dunia kesenian Buddha. Beliau berharap agar tempat ini akan menjadi terkenal di peringkat antarabangsa sebagai tempat pengajian Buddha dan meditasinya.


White Temple (Wat Rong Khun) 















Tangan-tangan menggapai keluar dari lubang neraka 


Kelihatan satu tangan yang jejarinya bercat merah. Tangan itu adalah tangan wanita. Wanita yang bertanggungjawab mengheret lelaki ke lubang neraka. 

Wanita-wanita dalam lubang neraka

Dari lubang neraka, Buddha percaya perjalanan seterusnya adalah jalan ke syurga.

Dari lubang neraka, kini dalam perjalanan ke syurga





















Setelah selesai perjalanan dari neraka ke syurga, Penganut Buddha akan berjumpa dengan Lord Buddha. Dalam dewan itu tersergamnya, Lord Buddha.

Di atas bumbung ini, tersergamnya empat jenis binatang. Gajah mewakili bumi. Naga mewakili air. Angsa mewakili angin. Singa mewakili api.















Kelihatan Lord Buddha tengah bertapa



















Saya tengah bergambar di tandas. Tandas yang begitu cantik ukirannya.


Di dalam tandas pun sangat cantik dan bersih. Bak kata : Golden Toilet which gives out a secret message to people that beauty is in the mind and can be conceived for all objects.

.


















In a nutshell do go and visit this incredible place. Indeed, very beautiful and unique.I

14 comments:

  1. salam blogging , menarik .. done klik :)

    ReplyDelete
  2. wow banyaknya gambar menarik.. tandas pon cantik!

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaa tempat tu.... gambar yg 3 terakhir tu macam kepala predetor jer ;)

    ps/ Salam kenal 1st time sampai sini terus terpikat... Ida masuk blog saudara ke dalam senarai blog list Ida... kalau sudi lakukan lah perkara yang sama yer ;)

    ReplyDelete
  4. cantik dan unik kuil2 tersebut :D

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat tengok tempat orang...gambar2 yang cantik...

    ReplyDelete
  6. fuyoo...menarik tempat nie...bro punya gambar memang tempting laa..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Sangat tertarik dengan simbolik tangan-tangan yang ditunjukkan. Paling menarik, tangan yang ada cat merah. Kalau dikorek lagi cerita di sebalik simbolik tangan tu, tentu lebih menarik. Juga, mungkin boleh dijadikan pedoman buat kita juga. (walaupun agama berbeza)

    ReplyDelete
  8. Kuil tu dijangka siap pada 2070...biar BETUL...kenapa ambil masa yg lama eh..rasanya kalau 2070..JM pun dah tak ada kat duni ni heheheeh

    Mmg cantiklah kuil ni dari segi design dan architechure nya..pastu ada 2 orang model so swet pasangan suami isteri tu..cute je ...kecik molek hehehe

    Agama dorang pun percaya ada syurga dan neraka..kalau lah mereka kembali kepada agama Fitrah...Alhamdulillah...kalua JM ke Chiang Mai..akan singgah jgk di kuil ni ambil gambar buat kenangan..hrmm..bila lah JM dpt melancong bersama 'pasangan' ni heeeee

    ReplyDelete
  9. pndai diorg letak pokok janggut nabi adam tu dekat bawah dagu topeng tu...

    ReplyDelete
  10. Istana kayangan.. ukiran nya pun halus sgt.. tandas pun cantik mengalahkan rumah kita kan?.. Salam blogging.. :)

    ReplyDelete
  11. Pertama kali saya tengok ni. Terima kasih Tuan Khairudin yang sudi berkongsi.

    ReplyDelete