Thursday, 7 November 2013

Day 7 : Northern to the Southern City

Day 7 :  Chiang Mai - Hatyai City
Hari Ketujuh (17 Ogos,2013)


Tik....tik...tik ...bunyi titik hujan membasahi bumi renak. Aku bertemankan selimut lusuh peninggalan arwah di sebuah wakaf dekat kedai mekk. Berderummmm...bunyi lori dengan enjin bas ekspress rakyat dengan laju menuju ke sebelah Utara China Selatan. Aku merantau ke bumi renakk yang dipanggil rumah keduaku di bumi yang nyata ini. 


Pemergianku ke tanah gersang di bumi renakk ini hanya satu persinggahan seperti yang ku harapkan...ohh...ohh..sunyinya aku tanpa irama cengkerik malam yang bertemankan sang unggas. 

Pandanganku kabur dari sengketa sepanjang masa.....ohhh Tuan Noor Hidayah...adakah kau tahu betapa seksanya aku di lembah yang hina ini....tolonglah aku...tolonglah kawe.....hihihi 

Rupa-rupanya aku terjaga dari mimpi. Aku seringkali bermimpi dan ternyata hari ini adalah hari terakhir kami di bumi Chiang Mai. Aku suka Chiang Mai, bumi yang sungguh indah dengan keunikkannya yang tersendiri. Sekiranya anda ke Chiang Mai, rugi sekiranya tidak menjejak kaki ke Chiang Rai. Chiang Mai dan Chiang Rai bagai teh dengan gula. Bagaikan lagu dan irama. Pengalaman saya, anda boleh backpacker di Chiang Mai.Tapi di Chiang Rai baik ambil pakej dari agensi pelancongan kecuali anda bermotor dan memandu kenderaan itu sendiri. Banyak tempat yang boleh dilawati dan masa sangat singkat. Ini terpulang kepada kemampuan masing-masing.    

Pada pagi itu, kami dijangka check out jam 1.00 tengah hari. Kami akan berlepas ke Hatyai jam 6.00 petang dari Chiang Mai International Air port. Sebelum itu, kami pergi sekali lagi ke Warorot Market. Kami suka ke sana. Banyak barang boleh dicari dan dilihat di sana. Kami juga suka ke kawasan di sekitar Masjid Hidayatul Islam Banhaw. Di sana, banyak terdapat makanan Islam dan sesuai dengan selera kami.



 Lanna Thai Guest House. Rumah penginapan kami selama di Chiang Mai. Kami berasa selesa di sini.






                                       Membeli belah di Warorot Market pada pagi itu.




Kenapa tiba-tiba terselit gambar gajah? Saya asyik kutuk gajah sepanjang masuk melawat Maesa Elephant Camp. Saya suka gajah tapi tak boleh tahan dengan bau gajah. Asyik nak muntah bagaikan ibu mengandung. Kutuk punya kutuk, chip kamera saya buat hal. Hilang sebahagian gambar gajah. Sayang sungguh hingga gambar gajah melukis pun turut hilang. Sedihnya. Lagipun, benda ini berlaku secara kebetulan sahaja kerana beli chip murah dari Shenzen, China. Banyak pengajaran, lain kali berhati-hati dengan barang tiruan dari negeri China. Lain kali, kosongkan chip kamera yang satu lagi dan simpan sebagai tambahan. Kami ada dua chip, yang satu penuh dengan gambar. Meleret-leret pulak saya,  Saya boleh katakan Maesa Elephant Camp adalah  biggest Elephant Camp di Thailand. Best demonstration. Elephant Painting here  is the most beautiful elephant painting in the world. Boleh goggle internet tengok gajah melukis. Hebat sungguh, sampai lukisan gajah dilelong. Ada juga peminat yang membeli lukisan gajah dengan harga 3000 bath (RM 300).

Gambar gajah di bawah ini tertinggal terpisah. Lupa hendak download sebelum ini. Maka letaklah di sini sebagai kenangan abadi kami.









 Sekiranya anda terjumpa benda yang diminati di Chiang Mai, anda mesti beli kerana tidak akan jumpa di tempat lain di Chiang Mai  itu sendiri. Sesetengah barang ada di tempat lain juga. Beli sekiranya dah jatuh hati sangat.


 Elephant riding 30 minutes





Balai Menunggu untuk naik gajah

Elephant Show

Kami bertolak ke Chiang Mai International Airport jam 4.00 petang. Elok pergi awal-awal ke airport. Takut tertinggal flight. Kami book taxi ke airport dengan Lanna Thai Guest House. Harga 150 baht (RM15). Harga masa dari airport ke sini adalah 120 bath (RM12). Lebih kurang je. Pasal dah jenuh, hendak book kenderaan di luar sana, deme suka meletakkan harga yang pelbagai. Jenuh tawar- menawar. Macam-macam harga, maklum le kita pelancong. Pengalaman yang paling suspen semua penumpang semasa di pintu berlepas. Masing-masing, suspen dengan gelagat Pegawai Airasia check bagasi secara rawak. Dah le semasa check in mahu pun di awal pintu masuk ke dalam balai berlepas tak timbang berat yang sepatutnya tidak lebih 7 Kg. Pegawai itu pilih bag secara rawak dan yang didapati melebihi 7 Kg ditahan. Nasib baik kami tak dipilihnya. Lain kali, ikutlah peraturan. 7 Kg je. Tak patut di saat akhir. Biar check awal-awal. Patutlah flight delay sekejap.    

Flight lebih kurang 2 jam dari Chiang Mai ke Hatyai City. Berlepas jam 6.00 petang tiba jam 8.00 malam. Book taxi dalam air port sendiri. Harga 3200 bath (RM32) dari air port ke Hatyai City. Perjalanan sepatutnya setengah jam tapi kerana kesesakan lalu lintas mengambil masa sejam dan lagi pun hari telah malam. Kemudian, kami check in di Laemthong Hotel, Hat Yai Central untuk malam terakhir di Thailand. Hotel ini kami perolehi dari agoda.com. Hotel di bandar ini semuanya fully booked. Ini je hotel yang ada, hotel lama dan biasa je. Pasal besok adalah hari perarakan Buddha dan disambut secara besar-besaran. Malahan orang Malaysia pun bergegas ke sana menyambut hari perarakan Buddha. 


Tahniah buat semua pembaca yang setia, yang telah berjaya untuk berkonvokesyen, tinggal satu siri lagi. Hahaha. Kejayaan anda adalah kejayaan semua, gelanggang telah dibuka buat anda, teruskan tari pencak silat anda, warnailah kanvas-kanvas yang tersedia, lakarlah peta perjalanan anak bangsa anda dengan semangat yang menggunung, tiada erti pasrah dan resah serta tekadkan perjuangan anda tiada penghujungnya selagi nadi terus berdenyut. Terus membaca dan terus mengembara melihat dunia alam semesta ciptaan Allah SWT yang begitu indah dan tak terkata dan tergambar. Bertabahlah demi mengembara selagi hayat di kandung badan. Mengembara dan melihat dunia orang lain adalah salah satu nikmat kurniaan Allah kepada kita semua. Amin.  

29 comments:

  1. salam.. hatyai city..
    antara tempat masuk dlm list saya nak bercuti.. baca entry ni sedikit sebnyak bg saya gambaran dekat sana..
    suka tgok gambar cantik.. buat tak2 sabar2 nak p sana..
    tq atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. saya belum sampai sana lagi baru balik bercuti dari bangkok....klau ada masa teringin jugak nk pergi...

    ReplyDelete
  3. selangkah pun kenit tak jejak lagi di bumi Thailand ni hehe. Tapi, membaca pengalaman abg Khairuddin cukup mengujakan! Naik gajah .... mesti tinggi je dari atas kan (^_^)

    ReplyDelete
  4. warorot market tu bersihnya ... x dpt nak klik mr. nuff sbb ads nyer x de ... next bw saya klik yer ...

    ReplyDelete
  5. hehehehheheh..seronok nyer kalau dapat pergi..

    ReplyDelete
  6. done follow back, www.iuzira.com
    wah, tingin nak naik gajah

    ReplyDelete
  7. Best2.. nnti nk pergi jugak.. sblm nie dah pernah sampai di hatyai, phuket n krabi jer.. chiang mai blm lgi.. insyaallah ada rezeki sampai la.. =D

    ReplyDelete
  8. waaaaaa ! mcm best ! memang best tengok . Tetiba teringin pulak nak pergi . Kalau ada rezeki lebih . In Shaa Allah sampai sana :)

    ReplyDelete
  9. Macam best ja..kita tak pernah sampai sini lagi..tapi dah pergi hatyai..

    ReplyDelete
  10. Wah seronok.. shopping tmpt yg mcm tu lagi rambang mata.. tngok kt gmbar pun dah rasa teruja.. syabas.. :)

    ReplyDelete
  11. Wah, hebatnya...bilalah dpt pergi melancong ni..

    ReplyDelete
  12. kalau dah tak suka bau gajah tu..mesti tak naik gajah pusing2 kawasan keliling kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak naik pun....takut termuntah...tengok Elephant Show je.

      Delete
  13. Itu la kutuk2 gajah lagi kan chip kamera dah hilang hehehe... betul ker org kata gajah kat Thailand ni berdaulat? etah laaa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara kebetulan sahaja....memang ditakdirkan chip kamera nak rosak. Pasal beli Chip Kamera tiruan dari Shenzen, China. Lain kali, kita beli yang asli.

      Delete
  14. Orang yang dah sampai Chiang Mai memang selalu remind saya...once nampak yang berkenan, beli terus. Jangan duk think twice think later. Hahaha.

    ReplyDelete
  15. Cantik la dinding yang ada gajah tu. Itu bukan lukisan kan? Nampak timbul.

    ReplyDelete
  16. Seronok pulak tengok travel ke Chiang Mai ni. Banyak aktiviti menarik jugak kat situ. Takdalah asyik nak shopping je. Heheh

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas komen kawan-kawan. Ada masa dan peluang, sila lawat ke Chiang Mai. Jangan lupa Chiang Rai. Pengenap tu. Ikutilah pelbagai aktiviti yang menarik yang disediakan.

    ReplyDelete
  18. x de gambar tuan blog naik gajah ke..? hehe

    ReplyDelete
  19. Saya tak naik gajah...tak tahan dengan bau gajah..nanti gajah naik minyak.

    ReplyDelete
  20. Banyak pengalaman Tuan Kahiruddin mengembara kan.

    ReplyDelete
  21. Menarik jugak chiangmai ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik, boleh le pi dengan geng2 Travelholicawesome.

      Delete
  22. Memang satu keingingan nak naik gajah.

    ReplyDelete
  23. pengajaran yang bernilai, 12-12-14 nak ke patani, pataya, bangkok, hingga chiangrai. terima kasih tuan tanah.

    ReplyDelete
  24. Best nya cerita2 tentang Chiang Main...nak pergi lagi ke Chiang Mai....

    ReplyDelete