Hari telah pun menjelang petang. Selepas menyusuri Sg Mekong dan balik dari membeli belah di Dansao, Laos. Kami ke sebuah restoran di Pekan Chiang Rai untuk makan tengah hari. Pakej makanan tengah hari telah termasuk dalam RM 120 yang kami bayar kepada Big Hmong Tour. Kami makan buah-buahan sahaja sebagai tengah hari kami. Saya asyik makan buah mangga. Sedap sungguh buah mangga Siam. Selepas makan, kami mencari tempat untuk solat. Kami solat di tepi van memandang semua tengah mengejar masa. Kan, Islam itu mudah.
Kemudian, kami dibawa ke Mae Sai, sebuah pekan di sempadan Myanmar dan Thailand. Bandar ini adalah pintu masuk ke Myanmar. Kami tidak melintasi sempadan ke Myanmar kerana akan dikenakan RM50 untuk visa. Lagipun, masa sangat mencemburui kami. Kami shopping di Mae Sai. Barang-barang di sini murah juga. Saya beli Tshirt dan FM. Cuma setiap tempat yang kami singgah ada barang-barang keluarannya sendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Sekiranya anda tidak membeli barang-barang keluaran hasil tempatan di sesuatu tempat anda pasti tidak akan menjumpainya di tempat lain lagi. Misalnya, barang-barang keluaran khas di Doi Suthep temple tidak terdapat di Mae Sai.
Membeli belah di Bandar Mae Sai
Sekitar Bandar Mae Sai
Mae Sai Customs House : Boundary Post. Nun di seberang sana adalah sempadan Thai- Myanmar. Caj RM50 visa masuk ke Myanmar.
Kesibukan Pekan Mae Sai
Buah Berangan
Destinasi terakhir kami adalah melawat perkampungan orang asli di Thailand. Orang asli telah datang ke sini dari selatan negeri Cina beratus tahun dahulu. Mereka masih mengekalkan kehidupan tradisional dan tidak mengikut arus perdana dunia. Lawatan ke Perkampungan orang Yao, Palong, Akha, Long Neck dan Long Ears adalah lawatan yang bermanfaat. Pakej kami RM120 telah termasuk lawatan ke Long Neck dan Long Ears. Sekiranya tidak termasuk anda perlu membayar RM25 lagi. Lawatan untuk beramah mesra dengan Long Neck dan Long Ears adalah sangat istimewa.
Perkampungan Orang Asli Thai
Check Point Pertama untuk masuk ke Perkampungan Orang Asli
Mula-mula kami jumpa Orang Yao
Orang Yao
Tempat tinggal Orang Asli Thai
Kain tenunan Orang Asli
Long Neck
Pemandu Pelancong Kami
Kaki pun dililit dengan besi
Lilitan di leher pada suatu masa dahulu adalah untuk menggelakkan gigitan harimau yang akan mematahkan tengkok mangsanya. Kaum Hawa memakai kerana dianggap lemah berbanding kaum Adam.
Betapa beratnya lilitan besi. Kalau saya dah lama tersiksa hidup.
Long Ears
Long Ears tetapi ada lilitan besi di kakinya
Long Neck yang terpanjang lilitan
Tunjuk cara lilitan
Long Ears
Lilitan leher terpanjang
Kaum Yao
Kaum Akha
Pemandangan di perkampungan orang asli
Bunga ros di tempat persinggahan akhir. Kami singgah untuk berehat sebentar di pusat membeli belah beli dan tandas
Replika Buah Gajus. Teringat Ayam Masak Gajus Thailand
Wakaf
Pusat membeli belah dan Tandas.
Akhir kata, saya sangat seronok dengan lawatan ke Chiang Rai. Dengan hanya RM120 anda dapat ke semua tempat di Chiang Rai. Layanan diberikan oleh Big Hmong Tour cemerlang. Saya dapat ke Hot Spring Chiang Rai, White Temple, menyusuri Sungai Mekong ke Loas, Mea Sai, dan Perkampungan Orang Asli.
Hujan renyai-renyai sesampai kami lebih kurang pada pukul 9.00 malam setelah bertolak jam 7.30 pagi dari Lanna Guest House. Hujan adalah manifestasi sebuah kejujuran tentang harapan dan impian yang hilang, tentang rasa yang tidak pernah terpadam, menjadi paradoks yang membelenggu dalam setiap degup nafas yang berlagu. Dan hujan adalah irama terindah mengulit hati nan gundah.
Utara Thailand memang menarik, belum dapat sampai lagi, hanya pernah di sekitar Bangkok sahaja. Next time...Insyaallah
ReplyDeleteMcm takut pulak tgok leher panjang tu haha..
ReplyDeletetakut pulak tgk leher diorang jadi panjang...
ReplyDeleteTertarik dengan tradisi 'long neck' tu. Nampak macam menakutkan je. Tapi, tradisi sesuatu kaum itu, mesti ada sebabnya mengapa diamalkan. Menarik!
ReplyDeleteCantik permandangan.. tp leher tu ngerilah tengok.. :D
ReplyDeleteWah kecil2 lagi dah diajar pakai Long Neck tu yer...pastu kain tenunan tu cantik sangat!
ReplyDeleteOrang Yao...kat Guilin pun ada...kalaudh di belit kat leher macam tu..mcm mana lah dorang mandi eh...ke mmg tak pernah bukak2 llilitan tu...yeksa diri je kan..apalah tujuan dorang pakai mcm tu..nak cantik ke
ReplyDeleteTujuannya adalah untuk mengelakkan daripada dipatah tengkok bila diserang harimau. Sebagai senjata mempertahankan diri kerana kaum long neck ini hidup seperti nomad.
DeleteCantiknya kawasan perkampungan. Suka tengok kampung. Macam tenang je. Tapi seram la pula tengok leher diorang. tak sakit ke diorang ni?
ReplyDeletebestnya travel mcm ni..mcm2 leh jmpe..
ReplyDeletepernah terbaca pasal kaum yg tengkuk panjang ni.. menarik..
ReplyDeleteMenariknya tempat nie.. tak pernah sampai lg..kalaibada rezeki nk pergi sini jugak la.. =D
ReplyDeleteKawan-kawan jangan lupa singgah di perkampungan Long Neck bila singgah di Chiang Rai atau Chiang Mai.
ReplyDeleteBukan senang nak cerita satu tempat ke satu tempat dengan tepat melainkan kita sendiri yang pergi. Kalau dapat saya ke sana, sudah tentu saya abadikan dalam karya saya.
ReplyDelete