Penceritaan saya masih berkisar pada hari keenam, tentang lawatan saya ke Golden Triangle. Kami mengikuti pakej yang ditawarkan oleh Big Hmong Tour dengan harga 1200 bath (RM120) untuk sehari perjalanan. Pakej ini termasuk makan minum, perjalanan bot ke Sungai Mekong dan singgah di Loas dan melawat perkampungan orang asli Thailand (termasuk Long neck). Pakej ini adalah antara pakej yang termurah.
Entri sebelum ini, adalah tentang lawatan saya ke Hot Spring Chiang Rai dan The White temple. Ini adalah lawatan ketiga dalam rangka lawatan sehari ke Chiang Rai.
Golden Triangle terletak di Wilayah Chiang Rai, wilayah yang paling ke utara Thailand. Golden Triangle dalam bahasa Inggeris bermaksud pertemuan tiga buah negara, iaitu Loas, Myanmar dan Thailand. Bagi orang tempatan, adalah Sop Ruak, iaitu pertemuan Sungai Mekong dan Sungai Ruak.
Golden Triangle terkenal sebagai kawasan pengeluaran dadah di peringkat antarabangsa. Namun begitu, sehingga hari ini adalah kawasan tarikan pelancongan yang terbesar di utara Thailand. Kawasan persekitaran yang bergunung-ganang dipisahkan oleh Sungai Ruak yang mengalir ke Sungai Mekong. Sungai-sungai ini membentuk sempadan semulajadi di antara tiga buah negara, Loas ( ke timur Sungai Mekong), Myanmar ( ke utara Sungai Ruak) dan Thailand (ke barat Sungai Mae Khong).
Saya sungguh teruja apabila menyusuri sepanjang Sungai Mekong. Saya penggemar aktiviti air. Kami dikenakan bayaran sebanyak 300 bath visa lawatan masuk ke Loas. Itu sumber hasil bagi Loas. 300 bath sama dengan RM30 kita. Buang kosong je bagi mata wang Thailand akan menjadi sama dengan ringgit kita. Lawatan ke Loas mengambil kira-kira satu setengah jam. Jenuh juga, terburu-buru, tak menang tangan. Nak snap gambar dan nak shopping lagi. Saya suka tengok benda-benda yang pelik di Loas. Kita mesti pandai tawar menawar. Fridge magnet (FM) agak mahal, terpaksa beli FM Loas, sebagai cendera hati kenangan.
Pertemuan di antara Sungai Ruak dan Sungai Mekong dalam musim kering. Dataran berdekatan kita adalah Thailand. Beting Pasir itu adalah Mynamar. Dataran yang paling hujung adalah Loas.
Sumber : Wikitravel
Peta menjelaskan pertemuan tiga buah negara
Negeri China bersempadan dengan Myanmar dan adalah juga jiran terdekat Thailand. Banyak juga kapal dagang China berlabuh dan berdagang di Sungai Mekong.
Kapal pelancongan kami
Patung Buddha di Sungai Mekong
Arak binatang bertujuan untuk kesihatan. tenaga batin dan mengubat penyakit.
Fridge Magnet (FM) Loas
Welcome drink : Ular, terasa tengkok terbakar dalam mimpi.
Anda ingin merasa minuman ular
Selamat Datang ke Loas (Pulau Donsao)
Shopping di Pulau Donsao (Loas)
Wind Chimes,alat bunyi-bunyian kegemaran saya
Arak Ular dan Kala Jengking
Arak Kura-kura
Perjalanan pulang Dari Pulau Donsao
Selamat tinggal Pulau Donsao (Loas)
Menyusuri Sungai Mekong dalam perjalanan pulang ke Chiang Rai
Kelihatan Kasino yang dilabur oleh pihak China di Loas
Kelihatan kemilau mentari jingga tetap setia menghampar sinarnya, adakah kita setia dengan cinta yang diuar-uarkan? Persoalan untuk difikir sebelum saya mengundurkan diri. Selamat tinggal sahabat sekapal, best jalan-jalan ke Pulau Donsao (Loas).
ketika kita bersedih, kita akan mgerti nikmat kebahagiaan...
Ketika kita sakit, kita akan mengerti nikmat kesihatan...
Ketika kita sunyi, kita akan tahu berharganya sebuah persahabatan.
Dan ketika menutup mata, buat selama lamanye baru kita tahu nikmat sebuah kehidupan.
kita bahagia kerana kasih sayang.
kita matang kerana masalah.
kita lemah kerana putus asa.
kita maju kerana usaha.
kita kuat kerana doa.
asslamualaikum suddenly i feel that I miss my thailand trip last year... best kan pergi sana... ^_^
ReplyDeleteeksotik jugak baran2 kat pasar tu ye. Geli tengok ular dalam botol tu huhu.
ReplyDeleteSeronok btol yea En. Khai dpt jenjalan tempat org... bile plak nk ajak Giorgio jenjalan skali?... He3
ReplyDeleteSalah satu hobby Giorgio gak ni travel2 tempat org... (^_^)
Tempat yang famous dikaitkan dengan aktiviti dadah akibat pengaruh filem aksi Hollywood tahun 80'an dulu. Rasanya, kawasan ni subur dengan aktiviti pertanian kan. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar pun senang nak dapat jugak kan?
ReplyDeleteBuah-buahan dan sayur-sayuran berlambak kat pasar depa.
Deletegelinya tengok ular dan kala jengking tu..
ReplyDeleteBestnya dpt tengok sendiri ular dn lain2 binatang dlm balang tu... pastu kedudukan triangle tu sungguh unik, teruja ida nak pegi satu hari nnti
ReplyDeletemerata tempat admin dah pergi..bestnyer...
ReplyDeleteCepat betul update..tak sempat nk kejor...heee..JM pernah naik perahu di Sg Mekong, Ho Chi Minh..kiranya Sg Mekong ni besar dan luas sehinga ke Laos ye
ReplyDeletefirst time tengok arak binatang
ReplyDeleteBintang pun jadi arak? Fuh... peliknya cita rasa manusia.
ReplyDeleteomg...what with those reptiles in the bottles? (-___-)
ReplyDeleteseram tengok ular tu
ReplyDeletewah beznye jenjln kat thai
ReplyDeletearak ular n kala tu...geli je tengok..hihi
menabung kat sini
wahh sangat menarik :)
ReplyDeletearak binatang ?? ohh noo
Jauh perjalanan luas pandangan... Lokasi yg teringin nak dijejaki
ReplyDeleteFuhh arak ular tu klu kena sure mabuk melingkar mcm ular punya hehee.. perkongsian terbaik.. :)
ReplyDeletepergh.. arak kala jengking...
ReplyDeleteSangat menarik dan mengujakan.
ReplyDeleteRenungan yang lebih berharga dari segunung intan, tahniah.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat...
Delete