Sumur Jalatunda, Dieng
Sumur Jalatunda terletak di Desa Wisata Pekasiran, Kecamatan Batu, Kabupaten Banjarnegara. Sumur ini menyerupai sumur raksasa berwarna hijau pekat adalah kawah yang terbentuk akibat letusan gunung berapi. Jalatunda adalah bermaksud besar atau luas dalam bahasa Jawa. Fenomena terjadinya kawah sejenis ini hanya terdapat dua di dunia, dan satu lagi ditemui di Mexico.
Pelbagai cerita mitos telah diceritakan. Apa yang saya faham, sumur ini merupakan pintu masuk ke dalam istana puteri ular setengah dewa. Apa yang saya nampak dari mata kasar saya terdapat banyak ikan gergasi berenang di dalamnya.
Apabila anda sampai ke tangga terakhir, anda akan nampak beberapa karung beras berisi batu kerkil. Kononnya, sesiapa yang dapat melempar batu ke dalam sumur sejauh jarak tertentu akan mendapat keuntungan dengan terkabulnya niat mereka. Anda perlu membeli batu kerikil itu. Bagi pihak perempuan, jaraknya adalah ke tengah sumur. Pihak lelaki adalah ke seberang sumur ditandai dengan rimbun pohon bunga berwarna ungu, di celah-celah batu batan.
Sumur Jalatunda
Kawah Candradimuka, Dieng
Candradimuka adalah dieng biodiversity dan terletak kira-kira 6 kilometer dari kompleks kuil Arjuna, dalam desa Batur Pekasiran, kabupaten Banjarnegara. Kawah ini adalah kawah gas berasap yang airnya mengelegak tetapi tidak merbahaya. Anda boleh melihatnya dari jarak yang dekat.
Kawah bermaksud lubang di gunung. Candramuka adalah dewi atau dewa (sinar) bulan. Dengan itu, bermaksud gunung di muka Chandra. Menurut cerita wayang mahabarata, kawah Candradimuka adalah tempat para dewa merebus Gatotkaca sampai menjadi tulang besi,kebal segala senjata dan boleh terbang. Dari segi kiasan, bakal menjadi jenderal kalau berjaya dan kalau gagal menjadilah mee jawa.
Rujukan :
www.Indonesia.Travel
berasap lagi air tu.. isi tabung.. :D
ReplyDeletemacam2 kepercayaan mereka ek
ReplyDeleteSememangnya.
Deletewaah.. kalau ada sumur diladang.. hehehe
ReplyDeleteBoleh kita menumpang mandi...Nanti terjumpa tuan puteri ular setengah dewa. Lari...
DeleteMenggelegak air tu... Suasana yg tidak dpt kita nikmati disini
ReplyDeleteMacam air kepanasan menggelegak.
Deletemenggelegak airnya..
ReplyDeleteHebat kan.
DeleteFuhh.. menggelegak.. pengalaman yg sgt berharga tu.. :)
ReplyDeleteSaya suka sangat kawah ini.
Deletecantik tempat tu tuan..teringin juga nak pergi!
ReplyDeleteSilakan.
Deletesalam hujung minggu.. satu hari nanti nak pergi juga sana.. klik-klik tabung.. :D
ReplyDeletewah...berasap-rasap air kolam tu..ia memerlukan level kepanasan yang tinggi utk panaskan satu kolam..tak panas ke jalan area sana abg din??
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Memang panas....tapi saya jenis yang boleh tahan panas...
Deletemenarik tempat ni..
ReplyDeleteMelihat gambar-gambar yang ini, ada sedikit perasaan gementar. nampak macam menakutkan ada juga. hehe
ReplyDeleteHati-hati, hehehe.
ReplyDeleteLempar batu tu gimmick pelancongan...siap kene beli lagi :)
ReplyDelete