Tuesday, 28 April 2015

Pantai Si Rusa Port Dickson

Batu 4 Jalan Pantai, 71050 Port Dickson Negeri Sembilan.

Pantai Si Rusa adalah Kampung halaman aku. Aku dibesarkan di sini bersama aluanan ombak, bisikan pasir laut, tangisan Sang Nelayan dan keriuhan Sang Helang. Di sini aku habiskan sebahagian besar usia remajaku. Di sini adalah tempat aku bermanja. Di sini juga aku dibesarkan sehingga usia mencapai 19 tahun sebelum melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi awam. 

Bagaimana hendak ke Pantai Si Rusa ? Waze atau dari lebuh raya Seremban- Port Dickson. Sebelum terus ke Teluk Kemang, belok ke kiri dan terus jalan sampai jumpa Bandar Tentera Port Dickson. Dari situ, terus sehingga ke jalan simpang, satu ke kiri dan satu ke kanan. Belok ke kanan, anda akan menghala ke Teluk Kemang. Belok ke kiri anda akan jumpa dengan Pantai Si Rusa, di sebelah kiri anda.

Pantai Si Rusa, Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung adalah berjiran antara satu sama lain. Sekiranya anda bercanda di Pantai Sirusa, anda harus juga bersantai ke Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung.

 Nun di kejauhan adalah Pantai Pulau Burung dan berdekatan dengan Pantai Cahaya Negeri.

 Bot-bot nelayan

 Pantai Si Rusa

 Tapak Perkemahan untuk bermalam

 Sahabatku, teman permainan adalah seorang nelayan sekarang

Tapak untuk kaum nelayan

 Pantai yang sesuai untuk pelbagai aktiviti pantai

 Jambatan menghubungkan Pantai Si Rusa, Pantai Cahaya Negeri dengan Pulau Burung

 Aku selalu merindui bau-bau pantai dan laut

 Bot, Laut dan Pantai adalah sebahagian daripada diriku.

 Begitu damai dan tenangnya hati apabila aku melawat ke sini kemarin. Harap dapat kembali ke sini menghirup bau-bau laut dan pantai berpasir

Walau pun aku telah kembali ke hutan belantara, sungai, kolam air panas  dan banjaran Titiwangsa yang menemani sebahagian sisa-sisa usia tuaku, aku tetap merinduimu, merindui sebahagian usia remajaku yang dibesarkan di sini. Aku pasti mengunjungimu, sayangku, laut dan pasir pantai.  Amin,insyallah.

29 comments:

  1. alangkah seronok jika berumah di tepi pantai..beruntung membesar di persekitaran begitu aman..saya tak pernah lagi jejak kaki di port dickson..but looking for word to :D

    ReplyDelete
  2. pantai-pantai di sebelah sini nampak indah bersih terjaga dan sesuai utk plbagai aktvti perkelahan...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya suasana... gambar2 ni seolah2 ada cerita disebaliknya.. pasti bnyk nostalgia tuan MKL membesar di sini... :)

    ReplyDelete
  4. wahhhh...cantiknya!! msti best umah dekat ngan laut. boleh slalu tenangkn diri tengok ciptaan Allah. Insya Allah ada masa nnt blhla jln2 ke sini. Sb tak jauh dari KL ni kan :-)

    ReplyDelete
  5. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...yang indah, tenang dengan desiran ombak laut...

    ReplyDelete
  6. tempat yang cantik dan mendamaikan..

    ReplyDelete
  7. Menghimbau masa lalu ke en Din... Cantik juga pantai di PD ni...

    ReplyDelete
  8. masa kecik2 n bapak keje askar dulu biasa duduk kat n.sembilan..quarters army Sungala kem.....pantai port dickson n teluk kenang tu dah biasa sangat...

    Sirusa tu pun macam biasa jer...

    ReplyDelete
  9. tak sangka kampung halaman Pak Lim sangat indah dan mendamaikan. kapan ya saya bisa main ke kampung halaman pak Lim ? melihat aktivitas nelayan di pantai..

    ReplyDelete
  10. itu bot ke sampan...ehh...ke JM dah keliru Nurul Ajai...boat ada moto sampan ada dayung kan kan kan abe MKL...bila nk turun Koya :-)

    ReplyDelete
  11. JM dah balik!!!! x sabar nk serang blog kaki travel nih

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak pergi PD, moga dapat singgah PD masa kenduri hujung tahun nie ^-^

    ReplyDelete
  13. Subhanallah ..rindu nak tengok ketenangan ombak laut.

    ReplyDelete
  14. bestnye kampung awak.untunglah time balik kampung, dapat tukar angin.saya balik kampung tak macam kampung

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Akak belum cuba berkhemah di Pantai ini.

    ReplyDelete
  16. Wah bestnyer ke pantai ..mesti seronok tgk panorama pantai dan alam sekeliling..

    ReplyDelete
  17. Memang seronok dpt bercanda di pasiran pantai.

    ReplyDelete
  18. bestnyaaa membesar kat kawasan macam ni.. CT suka area fishing village n pantai. tapi tak gemar nak mandi berendam saja..

    ReplyDelete
  19. best pi jalan2 tepi pantai waktu petang, angin bayu sepoi2 bahasa ;3

    ReplyDelete
  20. wah pantai yang menyenangkan pak kim kereenn...

    ReplyDelete
  21. yg ada jambatan tu cantik .. next klu pi PD nak cari temat ni ...

    ReplyDelete
  22. mesti seronok tengok tempat kita membesar masih cantik dan tak diancam pembangunan...kawasan tmpat saya membsar dulu dah didirikan kondo...sedih sangat.

    ReplyDelete

  23. Dear.Admin,
    Allow me to introduce my Region " SULAWESI OF INDONESIA " also as tour destination area for Holiday & Adventure /www.alamnusantaratour.com

    ReplyDelete
  24. Assalam,
    kawasan nelayan yer
    memang santek semua view
    terpelihara

    ReplyDelete
  25. can best ja... rmh dkt dgn pantai

    ReplyDelete
  26. can best ja... rmh dkt dgn pantai

    ReplyDelete
  27. can best ja... rmh dkt dgn pantai

    ReplyDelete