Sunday, 26 April 2015

Panglima Awang : Traveller Melayu Pertama Mengelilingi Dunia

SEMINAR MENGANTARABANGSAKAN KEPAHLAWANAN PANGLIMA AWANG ORANG MELAYU PERTAMA MENGELILINGI DUNIA 


29 April 2015 (Rabu) di Dewan Seri Tanjong, UPSI, Tanjong Malim, Perak

Seminar ini akan menampilkan enam orang pembentang kertas kerja utama iaitu: 

1. “Kupasan dan Kritikan Empat Buah Novel Berkaitan Panglima Awang” - Zabidin lsmail, Persatuan Karyawan Perak

2. “Biografi dan Sumbangan Harun Aminrurasshid dan Penulis Lain Yang Menulis Tentang Panglima Awang dan Keturunannya” - Prof.Madya Dr.Talib Samat, UPSI

3. “Penelitian Semula Susur Galur Perjuangan Panglima Awang Selaku Orang Melayu Pertama Mengelilingi Dunia” - Mohd.Zamberi Abdul Malek, Mantan Karyawan Tamu Universiti Malaya

4. “Program Melestarikan Tapak Kelahiran Panglima Awang (Enrique De Malacca) di Kuala Sungai Baru, Melaka dan Kuburnya di Rembau, Negeri Sembilan” - Datuk Paduka Zainal Johan, Waris Bendahara Tun Perak.

5. “Proses Kreatif dan Pengalaman Menulis Novel Panglima Awang Penguasa Lima Lautan” - Rosli Mohd. Sah, Editor Yamani Angle Sdn.Bhd.

6. “Ilmu Pelayaran Dalam Novel Panglima Awang Karya Harun Aminurrashid” - Hasrina Baharum

Pameran beberapa contoh alat pelayaran yang digunakan oleh Panglima Awang semasa mengendalikan operasi pelayarannya pada abad ke-16 akan dipamerkan oleh Datuk Paduka Zainal Johan. Di samping itu diadakan juga majlis pelancaran buku dan novel tentang Panglima Awang terbitan ITBM, DBP, PERZIM, Yamani Angle Sdn.Bhd. dan Pekan Ilmu dan seumpamanya untuk mempopularkan semula tokoh Panglima Awang tidak mengenali tokoh ini. 

Majlis ilmu ini terbuka kepada umum. Keterangan lanjut tentang seminar ini bolehlah menghubungi Prof. Madya Dr. Talib Samat di talian 012-2269740.

Penyertaan adalah PERCUMA.

Kredit : Taman Pustaka

10 comments:

  1. Menarik.. saya pernah membaca kisah sejarah bugis 'lembing awang pulang ke dayang'. Adakah ia individu yg sama? Seronok juga klu ada kelapangan dapat join majlis ilmu spt ini... Tuan MKL hadir juga tak?

    ReplyDelete
  2. perbicaraan tentang panglima awang r henry the black yg sgt mengagumkn niuntung kalau dpt ikutinya...

    ReplyDelete
  3. Program yang bagus...orang Barat tidak mengiktiraf Panglima Awang, mereka mengiktiraf Ferdinand Magellan, biar kita mengantarabangsakan bangsa kita sendiri...belajar new verb - 'mengantarabangsa', before this is a noun or adjective..

    takkan Melayu hilang di dunia..

    ReplyDelete
  4. wow menariktu... kalau dekat boleh pergi.. nak gak tau...

    ReplyDelete
  5. wow satu kelainan nie..terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  6. wowww..kalau JM jadi Warga UPSI mesti takkan lepaskan peluang seminar berilmiah nih

    ReplyDelete
  7. orang dulu2 da canggih belayar n berkelana.. cewah berkelana tu.. xyah pun alat2 canggih cem kita. tp skrang.. kalo xde gadget x jadi apa..

    ReplyDelete
  8. Teringin nak tahu sejarah Panglima Awang nie..

    ReplyDelete