Saturday 11 April 2015

Hiking,trekking dan jogging penyembuh penyakit

LAPAN Penyakit Merbahaya Boleh DiSembuh Dengan Berjalan Kaki (hiking, trekking, jogging)
 Berada di Puncak Gunung Datuk 

 Pekan Rembau

Bersantai di atas Gunung Rembau

Jom baca 8 tips menarik ini khas untuk anda semua  :-
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal untuk mengepam darah tanpa berhenti. 

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Apabila kita sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak berlaku.
4. Melangsingkan Badan : Jika berat badan berlebihan, mulailah rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).Kita mengetahui bahawa dengan bergerak badan akan melancarkan peristaltik usus, sehingga membuang air besar pun lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan pergerakan badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit di bawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
Nota : Harap korang boleh manfaatkan info berguna ini ye. Tak rugi apa pun malah kesihatan anda juga terjamin kan. Hehehe....

Perkongsian dari fb Azhar Hashimi (Hiking and Camping Around Malaysia)

20 comments:

  1. Insyaallah.. jika betul dgn caranya..

    ReplyDelete
  2. kalau baik utk kesihatan jantung eloklah diamalkan berjalan pantas gini.

    ReplyDelete
  3. betul.. tapi apa pun kena moderate.. lagi2 lagi yg ada injury macam CT..
    kena juga exercise kalo dak macam ayam ternak dah..

    uncle ske hiking ? woaaah..

    ReplyDelete
  4. Wah cik akak nie abg khai...jalan sikit dah semput..macam mana nak jalan jauh,.hahaha..

    ReplyDelete
  5. tetiba rindu dengan xtvt jungle trekking dan hiking

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg baik.. ni mesti artikel asal dalam bahasa indon ni.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pha Is. Itu komen dari seorang ahli farmasi.

      Delete
  7. Berjln kaki satu aktiviti sihat yg mudah tp sgt bermanfaat... :)

    ReplyDelete
  8. Kena banyak berjalan ler nampaknya ^-^

    ReplyDelete
  9. aktiviti senaman ringan tu
    kalau rajin jogging mmg blh hindarkan kita dri penyakit
    badan pun sihat n cergas

    ReplyDelete
  10. Betul. At least kita ada juga aktiviti sihat dalam rutin harian :)

    ReplyDelete
  11. nice info. bagus bila rajin buat ativiti yg mengeluarkan peluh ni :)

    ReplyDelete
  12. dah lama x buat aktiviti gini...rindu plak

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum.. khairuddin,

    wah.. memang tak dapat dinafikan... berjoging sangat baik untuk jantung yang sihat... mselim3 kena selalu jogging gak nie untuk jantung yang sihat..

    mselim3

    ReplyDelete
  14. Wah bersantai gitu..seronoknya dpt santai2 bersama keluarga..bersantai pulak kt gunung.lagi laa seronok..

    ReplyDelete
  15. Assalam,
    iols ni bertahun cita2 nak jongging
    tak jugak kesampaian
    hiking laaaaaggiii la kan3 :)

    ReplyDelete
  16. x ramai yang suka hiking, trekking, jogging..itu sbb badan x slim like org Koya...koya lagi hehehe

    ReplyDelete
  17. assalam... info terbaik... mohon share...

    ReplyDelete